BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

PUAN NORAINI...DOA PERSIAP MALAYSIA SENTIASA BERSAMA MU....


Tanggal: 28 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 4 Petang
Tempat: Kediaman Pn Noraini.

Masih menjalani rawatan di Hospital Ipoh, Perak...Puan Noraini Bt. Mat Saman..mengidap B-cell Lymphoma, stage 1V B. Isteri kepada Kpl Rosli..kakitangan PENJARA TAIPING..dan ibu kepada empat orang cahayamata lelaki. Sewaktu bersua dengan Pn Noraini...ini untuk ke dua kali nya bagi saya...beliau semakin sihat tetapi masih menerima rawatan di Hospital Ipoh.

Saya dan ahli PERSIAP PLPP dan PERSIAP TAIPING dapat berbual dan bertanya khabar tentang perkembangan kesihatan Pn Noraini...kami PERSIAP MALAYSIA sentiasa mendoakan semuga Allah sentiasa melindungi...merahmati serta memberi kekuatan untuk Pn Noraini menjalani hari-hari mendatang.

Terima kasih diatas layanan mesra ibubapa mertua Pn Noraini sepanjang kami berada di rumah Pn Noraini...dapat menikmati juadah petang yang enak lagi lazat...meehon sup...rojak buah..kuih muih yang enak....namun kami tidak dapat berbual panjang kerana masih ada tugasan disebelah malam yang menanti...iaitu MESYUARAT MT BIL 2/2010..

Sekian..semuga kita semua akan bertemu lagi dengan Pn Noraini sekeluarga..salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...

IKHLAS SELALU...
Noraini Bt Hj Man.

ZIARAH KELUARGA KIP SARUDDIN BIN JUSUH....


Tanggal: 28 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 3 Petang
Tempat : Kemunting, Perak.

Selaras dengan hala tuju PERSIAP MALAYSIA...hasrat dan impian untuk merealisasikan..''ILMU DI PERTINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN''...PERSIAP TAIPING dan PERSIAP PLPP telah mengaturkan ziarah ke rumah KIP Saruddin B. Jusuh di alamat Taman Palma, Kemunting Perak.

Saya dan ahli PERSIAP berkesempatan melawat rumah KIP Saruddin yang mengalami kebakaran pada 21 Mac 2010 yang lalu...banyak kerosokan yang berlaku dan sekarang dalam proses membaiki rumah tersebut. Di doakan semuga KIP Saruddin sekeluarga sentiasa tabah dan sabar...dan amat bersyukur Allah melindungi isteri dan anak-anak beliau.

Selepas itu saya dan ahli PERSIAP dibawa kerumah sewa KIP Saruddin yang tidak jauh dari situ. Isteri beliau baru melahirkan anak ke tiga....tahniah dari kami. Kesempatan ziarah ini dapat lah kami berkenalan dengan ibu mertua KIP Saruddin...suatu pertemuan yang dapat mengeratkan hubungan silatulrahim diantara kita semua...Alhamdulillah...

Terima kasih kepada PERSIAP TAIPING dan PERSIAP PLPP kerana mengaturkan ziarah ini..mudah-mudahan dengan jalinan ukhwah ini dapat menyatukan hati kita...hubungan silatulrahim kita semakin erat...terima kasih saya ucapkan kepada seluruh cawangan PERSIAP MALAYSIA yang telah menghulurkan derma ikhlas sebagai sumbangan kita kepada keluarga KIP Saruddin. Sumbangan ahli PERSIAP telah saya sampaikan pada petang itu.


Sekian..salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...


IKHLAS SELALU..
Noraini Bt Hj Man.

 

KENANGAN SEPANJANG SEMINAR WANITA PEMANGKIN KELUARGA BAHAGIA...BIRO PENDIDIKAN PERSIAP MALAYSIA 2010..


Tanggal: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat: Auditorium Ilmu PULAPEN, Taiping Perak.

Tajuk Seminar:
  • Wanita Dan Seksualiti - Dr Zubaidah Binti Md. Sani
  • 3G - Punca Dan Masalahnya - Dr Zamri Bin Mansor
  • Pengurusan Kewangan Dalam Institusi Keluarga - Prof. Madya Dr. Fauziah Binti Zainal Abidin.
Ucapan terima kasih didahulukan kepada Pengerusi Persiap Pokok Sena..Puan Hajah Dr Habsah diatas komitmen dan daya usaha menzahirkan sesuatu yang amat berguna kepada ahli-ahli Persiap...Pengisian ilmu khusus untuk wanita ini memberi kesedaran kepada kita sebagai wanita, isteri dan ibu.

Slot pertama..Wanita dan Seksualiti tertumpu pelbagai aspek berkaitan dengan penyakit yang banyak dihidapi oleh wanita masa kini..dan bagaimana cara untuk mengawal...mengubati dan sedaya mungkin mengelak dengan cara pengurusan diri dan penjagaan kesihatan dari awal lagi...Alhamdulillah banyak info yang berguna dapat di kongsi bersama dengan penceramah...

Slot kedua..berkaitan dengan 3G...GEMUK..GEMPAL..GENDUT..alahai amat menakutkan...selalu kita dengar...kalau nak gemuk amat mudah sekali...nak turun berat badan sesuatu yang amat menyeksakan...topik ni cukup menarik untuk dihayati dan diharapkan dapat diamalkan dari masa kesemasa...pentingnya kita mengawal berat badan...


Slot ketiga..Pengurusan Kewangan Dalam Institusi keluarga...banyak pendedahan bagaimana kita mengawal perbelanjaan dalam keluarga...membuat tabungan agar kita sentiasa bersedia bila berlaku masalah dalam keluarga...persediaan untuk pendidikan anak-anak...dan tabungan untuk kesihatan. Topik ini amat berguna untuk kita sebagai wanita..isteri dan ibu...kerana perbelanjaan dalam rumahtangga banyak hubung kait dengan kita...maka seharusnya kita peka dengan pengurusan kewangan agar sebagai isteri kita dapat membantu dan memahami serta mengatur sebaik mungkin pendapatan suami.


Mudah-mudahan SEMINAR WANITA PEMANGKIN KELUARGA BAHAGIA ini membantu kita kearah memperlengkapkan diri sebagai wanita..isteri dan ibu kepada suami tercinta dan untuk anak-anak tersayang. Sebagai isteri dan ibu sama-sama lah kita memperbaiki segala kelemahan yang ada...sentiasa mempersiapkan diri dengan segala ilmu...baik dari segi jasmani agar sentiasa sihat dan cantik untuk suami dan anak-anak dan dalaman rohani amat penting agar pancaran kasih sayang akan lahir dari hati kita yang suci bersih...InsyaAllah...


Airmata saya gugur juga akhirnya...sebaik melangkah ke dalam Auditorium Ilmu PULAPEN..disambut dengan nyanyian Koir PELATIH PLPP...lagu ''PAHLAWAN KU'' cukup terkesan dihati...backdrop yang cukup indah...penghormatan untuk kami PERSIAP MALAYSIA yang dizahirkan oleh Y.Setia Tn Abu Bakar..Komandan PLPP..Pn Zaiton serta warga PLPP tidak dapat dilafaz dengan kata-kata...hanya kepada Allah dipohonkan segala yang terbaik telah dizahirkan untuk kami...hanya Allah saja yang dapat membalas segala keikhlasan dan ketulusan warga PLPP...


Dipohonkan selama PERSIAP MALAYSIA berada di PLPP...seandainya ada salah silap..ketelanjuran tingkah laku serta tutur kata yang kurang menyenangkan...saya mewakili semua ahli Persiap yang terlibat menyusun sepuluh jari memohon maaf...semuga di masa-masa akan datang PERSIAP MALAYSIA dapat menjalankan aktiviti lagi di PLPP.


Sekian salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami..


IKHLAS SELALU...
Noraini Bt Hj Man.

MESYUARAT MT PERSIAP BIL 2/2010...


Tanggal: 28 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Bilik Hang Tuah, PLPP

Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon berbanyak-banyak maaf kerana terpaksa memecah tradisi amalan melaksanakan Mesyuarat MT PERSIAP MALAYSIA...lazim nya mesyuarat di buat waktu pagi atau petang...tapi mesyuarat MT BIL 2/2010 ini terpaksa pecah rekod di adakan waktu malam...

Terjadi nya keadaan luar biasa ini memandangkan terpaksa mengejar masa yang ada...menjimatkan masa dan pergerakkan ahli yang terlibat dengan Mesyuarat MT yang di jalankan tiga kali setahun...pendekatan juga di ambil dengan melaksanakan AKTIVITI  BIRO PENDIDIKAN PERSIAP MALAYSIA..agar pengisian ini memberi impak yang positif kepada semua ahli Persiap.

Saya sedaya mungkin menangguhkan mesyuarat jam 10.30 malam...2 jam bermesyuarat rasanya sudah memadai...memandangkan ada mata ahli mesyuarat yang kuyu dan merah menahan letih dan mengantuk agaknya...namun ini merupakan pengalaman yang cukup menarik bagi saya dan ahli mesyuarat...saya dapat melihat pelbagai gaya dan persembahan lapuran dari pengerusi cawangan...sekali sekala buat kejutan apa salahnya kan...

Hasilnya Persiap kini sudah nampak kemajuan...pengerusi cawangan sudah dapat mempamirkan keyakinan diri dan komited untuk memajukan cawangan masing-masing. Terima kasih semua yang berkorban masa dan tenaga untuk memperkasakan hala tuju PERSIAP.

Ruang dan peluang yang ada...izinkan saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA, TAIPING diatas kesudian menyediakan tempat mesyuarat dan Auditorium Ilmu PULAPEN untuk tempat seminar Biro Pendidikan kali ini. Khas saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Y. setia Tn Abu Bakar B. Ismail selaku Komandan PLPP...Pengerusi Persiap PLPP..Pn Zaiton Shamsuddin..AJK pengelola majlis serta tidak ketinggalan warga PLPP..tidak lupa pelatih PLPP...

Tanpa sokongan dan bantuan semua maka dua majlis PERSIAP MALAYSIA tidak mungkin berjalan dengan lancar dan sempurna...ada suara-suara manja usikan ahli-ahli Persiap yang hadir ''Macam datang majlis kawin je...siap dengan khemah..tatarias bunga disetiap sudut dan boleh 'sumbangkan' suara lagi...''...difahamkan sewaktu mesyuarat MT berlangsung...ahli-ahli Persiap yang menghadiri seminar sempat menghiburkan hati dengan 'mensumbangkan' suara yang merdu....

Saya mengharapkan semua ahli yang hadir selama 2 hari di PLPP berpuashati dan mendapat ilmu yang berguna menerusi seminar kesihatan dan pengurusan kewangan ini...sekiranya ada kekurangan dan perlu penambah baikkkan...saya amat mengalu-alukan pandangan membina dan positif dari semua ahli Persiap...semuga dari masa ke semasa kita saling membantu untuk memperkasakan PERSIAP yang kita sayangi.

Tidak lupa ucapan jutaan terima kasih kepada suami puan-puan yang memberi keizinan untuk hadir mesyuarat dan seminar...tanpa izin dan redha seorang suami pastinya kita semua tidak berada di PLPP...Saya dan suami sentiasa mendoakan semuga rumahtangga puan-puan dilimpahi rahmat dan hidayah dari Allah..disamping anak-anak yang soleh dan solehah...

Sekian...salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...

IKHLAS SELALU...
Noraini Hj Man.

ZIARAH ANAKNDA NUR ASHIKIN BT. AHMAD....


Tanggal: 23 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 11 Pagi
Tempat: Bachok, Kelantan.

Ya Allah....sembuhkan anaknda Nur Ashikin...tabahkan hati dan kuatkan semangatnya Ya Allah...lindungi dan rahmati lah hari-hari yang anak ini lewati...betapa berat mata memandang..berat lagi menggalas suratan takdir...tapi yakin lah anaknda Nur Ashikin segala yang Allah takdirkan dalam hidup ini...pasti ada hikmah yang tiada siapa yang tahu...

Saya berkesempatan menziarahi anaknda Nur Ashikin Bt. Ahmad di Bachok, Kelantan...bersama Pengerusi Persiap Pengkalan Chepa..Puan Sharina..AJK dan ahli Persiap Pengkalan Chepa..juga tidak ketinggalan isteri Pengarah Perol Negeri Kelantan dan staf Perol...Anaknda Nur Ashikin yang berusia 14 tahun mengidap kanser tulang dan kini menjalani rawatan di Hospital USM...

Saya dimaklumkan anaknda Nur Ashikin telah menjalani dua kali rawatan kimo dan sedang menunggu tarikh pembedahan tulang selepas menjalani kimo yang ketiga. Marilah ahli PERSIAP MALAYSIA kita sama-sama berdoa semuga anaknda Nur Ashikin cepat sembuh dan dapat menyambung kembali pelajaran nya...

Kepada kedua ibubapa nya...kuatkan semangat demi anak tersayang...walau apa pun dugaan Allah kepada kita...itu tandanya Allah sayang kepada hamba Nya...doa kami tak kan putus untuk melihat anaknda Nur Ashikin kembali berjalan dan berjumpa kembali dengan sahabat handainya di sekolah...

Sumbangan dari PERSIAP MALAYSIA diserahkan kepada ayah Nur Ashikin...dan sumbangan dari PERSIAP PENGKALAN CHEPA telah disampaikan oleh Pn Sharina.

Sekian...salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...

IKHLAS SELALU...
Noraini Bt. Hj Man.

Sunday, May 30, 2010

MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA AHLI BERSEKUTU PERSIAP PENGKALAN CHEPA...


Tanggal: 23 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9 Pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Murad Ahmad.

Tidak dapat diungkap dengan kata-kata...syukur Alhamdulillah diatas izin Allah jua...saya dapat berjumpa dengan hampir 60 orang ahli yang telah bersara yang kini menetap dinegeri Kelantan.
Maklum la setelah suami mereka bersara dari Jabatan Penjara Malaysia...mereka juga turut meninggalkan PERSIAP...

Namun kini usaha giat di lakukan diseluruh peringkat cawangan Persiap untuk mengumpulkan kembali bekas ahli-ahli Persiap ini. Saat bersua muka dengan ahli-ahli ini mengungkap sejuta rasa...terubat rindu yang sekian lama terpendam...kerana ramai di antara yang hadir saya masih mengenalinya...
 
Mereka masih anggun dan bergaya...masih sihat dan ceria..hadir bersama suami tersayang...saya sempat berkongsi cerita dan meminta pandangan serta nasihat...kata mereka rutin harian ialah ke masjid...menghadiri majlis2 ilmu...menjaga cucu-cucu...kebahagiaan terpancar jelas dari riak wajah mereka...pertemuan ini cukup bererti untuk saya dan ahli Persiap Pengkalan Chepa.

Majlis juga diserikan dengan sambutan HARI IBU sebagai penghargaan PERSIAP PENGKALAN CHEPA kepada ahli-ahli bersekutu yang hadir...


Sebagai pengisian majlis turut di sampaikan saguhati sumbangan dari POA untuk anak-anak cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM...semuga sumbangan ini menjadi pembakar semangat untuk anak-anak berjaya dalam pembelajaran dan berjaya dalam hidup.


Tidak dilupakan majlis turut menjemput balu kepada Pegawai Penjara Allahyarham Rosli B. Hamzah yang telah meninggal dunia awal tahun 2010...sumbangan dari Persiap dan Jabatan turut di hulurkan. Semuga roh Allahyarham Rosli B. hamzah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang Allah muliakan......
AL FATIHAH...

Majlis berakhir dengan seribu kenangan yang tidak mungkin saya lupakan...sekalung ucapan syabas dan tahniah untuk Pengerusi Persiap Pengkalan Chepa..Puan sharina..AJK Persiap Pengkalan Chepa serta warga Penjara Pengkalan Chepa kerana telah menzahirkan usaha yang mulia...di doakan segala usaha mulia..diiringi dengan keikhlasan dan kejujuran ini mendapat rahmat dan hidayah dari Allah...semuga Allah sentiasa mempermudahkan segala usaha murni kita ini...InsyaAllah.


Salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami.


IKHLAS SELALU
Noraini Hj Man.





Wednesday, May 26, 2010

ZIARAH ANAK-ANAK AHLI PERSIAP KAJANG..

 

Tanggal : 26 Mei 2010 (12 Jamadilakhir 1431H)
Masa : 3 Petang
Tempat : Taman Wira Jaya, Quartes Penjara Kajang.

Alhamdulillah...hari ini Allah makbulkan dan dengan izin Allah jua saya dapat menziarahi anak-anak ahli PERSIAP KAJANG...bersama-sama dalam ziarah ini ialah Pengerusi Persiap Kajang..Puan Hajah Sakimah Bt. Abdullah..Puan Zulia Kamis selaku Pegawai Kebajikan Persiap Malaysia..Puan Jamilah - Pegawai Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia..Puan Rozaini..Puan Ratna - setiausaha Persiap Kajang..Kpl Minah Migan..Pegawai Kebajikan IPPM dan beberapa orang AJK PERSIAP KAJANG.

Tidak dapat diungkap dengan kata-kata...hanya Allah SWT yang lebih mengetahui bagaimana perasaan kami waktu berjumpa dengan ahli dan anak-anak yang kurang bernasib baik ini..
Sampai saat saya sedang menulis artikel ini...sayu dan hiba masih menyelubungi perasaan ini...betapa selama ini ahli-ahli Persiap yang dipilih oleh Allah...begitu tabah...cekal...sabar menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai ibubapa kepada anak-anak mereka.

Betapa pun jauh pandangan mata...betapa pun bebas kaki melangkah...segalanya kehendak Allah jua...raut wajah wanita bergelar isteri..ibu ini cukup mentafsirkan betapa berat bebanan perasaan dan pengorbanan yang telah mereka zahirkan...mereka insan terpilih...mereka insan teristimewa disisi Allah SWT...
...semuga Allah senantiasa menganugerahkan kebahagiaan untuk mereka sekeluarga. Marilah ahli PERSIAP MALAYSIA..kita menadah tangan memohon doa semuga Allah SWT melindungi..merahmati...memberi kekuatan..ketabahan untuk ahli-ahli Persiap ini...Janji Allah itu pasti...berserah segalanya hanya kepada Allah SWT..

Ziarah yang berakhir jam 6 petang menghimpun sejuta rasa...membawa seribu erti...hanya yang mengalaminya saja yang memahami...InsyaAllah...semuga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk saya hadir lagi...bersua dengan anak-anak ini...

Salam penuh taqzim dan kasih sayang selalu dari saya dan suami...

IKHLAS SELALU
Noraini Bt Hj Man.

Saturday, May 15, 2010

MESYUARAT MT PERSIAP BIL 2/2010 DAN BIRO PENDIDIKAN 2010.


MESYUARAT MT PERSIAP Bil 2/2010 DAN AKTIVITI BIRO PENDIDIKAN PERSIAP MALAYSIA
Tarikh : 28-29 Mei 2010
Tempat : PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA, TAIPING, PERAK.

Assalamualaikum wbt...

Salam kasih sayang dari saya untuk seluruh ahli PERSIAP yang saya kasihi walau dimana berada...doa dan harapan saya puan-puan dan keluarga sentiasa di dalam rahmat dan hidayah Allah hendaknya...Walaupun kita tidak pernah bersua muka...walaupun kita tidak selalu berjumpa...doa saya tidak pernah putus semuga puan-puan sentiasa sihat...ceria dan sabar...tabah selalu dalam menghadapi hari-hari mendatang...menjadi isteri kesayangan kepada suami tercinta...menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibubapa...menjadi seorang ibu yang pengasih lagi penyayang kepada anak-anak...dan menjadi seorang wanita yang paling tabah dalam mengharungi liku-liku hidup yang amat mencabar ini.

Untuk semua ahli saya yang bergelar IBU...untuk semua ahli saya yang di sapa CIK GU...izinkan saya menzahirkan ucapan dan doa kudus untuk semua...SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU...semuga puan-puan menjadi wanita yang cemerlang...gemilang dan terbilang. Bertuahnya kita bergelar WANITA...khidmat bakti...pengorbanan diiringi ketulusan hati dan kerendahan nurani menzahirkan kita sebagai ISTERI kebanggaan SUAMI...IBU kesayangan ANAK-ANAK...dan sejuk nya perut IBU yang melahirkan kita....

Di ruangan ini saya pohon keikhlasan puan-puan dalam menjalani amanah Allah sebagai ahli PERSIAP...kita tidak diberi ganjaran...kita tidak menerima imbuhan dalam menabur khidmat bakti sebagai ahli PERSIAP...tapi mudah-mudahan kita diberi Allah SWT ganjaran sewaktu kita mengadap NYA nanti...selagi hayat di kandung badan...mari lah sama-sama kita memohon kehadrat Allah SWT semuga sentiasa diberi kesihatan yang sempurna...untuk kita jalankan amanah sebagai anak...isteri dan ibu.

Alhamdulillah sebagai ANAK...Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita berbakti kepada kedua ibu bapa...sebagai ISTERI kita berupaya membahagiakan SUAMI dan sebagai IBU kita diberi kedudukan yang tinggi oleh ALLAH SWT untuk melahirkan zuriat...kesihatan yang baik...rumahtangga yang bahagia dan anak-anak yang soleh solehah merupakan rezeki yang tinggi nilainya anugerah ALLAH SWT kepada kita...

Sempena Mesyuarat MT PERSIAP BIL 2/2010 dan aktiviti BIRO PENDIDIKAN...mari lah sama-sama kita hadir menjalankan amanah ALLAH ini..tanda sokongan dan kasih sayang serta menjalinkan hubungan silatulrahim diantara kita. Bertepatan dengan ruang dan peluang yang ada...lawatan menziarahi ahli PERSIAP TAIPING yang tidak sihat dan mengalami kebakaran baru-baru ini sudah diatur.

Kepada Pengerusi dan ajk PERSIAP POKOK SENA dan Pengerusi, ajk PERSIAP PLPP selaku pehak pengelola bersama.. BIRO PENDIDIKAN saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha murni ini. Untuk Komandan PLPP..Y.setia Tn Abu Bakar B. Ismail serta warga PLPP terima kasih dalam usaha membantu menyediakan tempat dan semua urusan yang berkaitan dengan Mesyuarat MT dan Seminar ini.

Seminar kali ini berkaitan dengan tajuk :-
  • Wanita dan Obesity
  • Wanita dan Seksualiti
  • Pengurusan Kewangan Diri Dan keluarga
InsyaAllah...Saya berdoa dapat berjumpa puan-puan dari semua cawangan dalam Mesyuarat MT dan seminar yang akan di adakan pada tarikh dan tempat yang telah di tetapkan. Semuga hasrat murni kita dengan hala tuju..''ILMU DI PERTINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN" dipermudahkan oleh ALLAH SWT...

Sekian...salam penuh taqzim dan kasih sayang dari saya..

Ikhlas Selalu..
Noraini Bt. Hj Man.