BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

"Kebajikan Diutamakan...."



"Kebajikan Diutamakan..." kebajikan untuk kakitangan Jabatan Penjara Malaysia tidak terbatas hanya untuk yang masih dalam perkhidmatan...kebajikan yang dihulurkan tiada sempadan...ikatan persaudaraan dan ukhwah sentiasa dimartabatkan....marilah semua warga Jabatan Penjara Malaysia kita..."MEMPERKASAKAN MODAL INSAN...KEBAJIKAN DIUTAMAKAN...ORGANISASI DIMARTABATKAN"..

Alhamdulillah...Allah memberi kesempatan untuk saya dan suami menziarahi dua orang pesara Jabatan Penjara Malaysia...Doa dipanjatkan semuga Allah sentiasa memberi ketabahan...kecekalan dan kelapangan dada untuk insan ini menjalani hari-hari mendatang...Allah sayang kepada kita...maka setiap ujian serta dugaan yang diberikan itu...Allah tahu kita mampu menghadapinya...

En Sharif B. Mohd Said
Taman Sayang, Kuala Sungai
Alor Star..Kedah.
- Kencing Manis Kronik-Kehilangan kaki kanan bergerak menggunakan kerusi roda.

En Zainal B. Md. Akhir
Taman Sri Bagan,
Tandop Alor Star..Kedah
- Hilang upaya kekal dari pinggang kebawah..kemalangan jalan raya 2004.

InsyaAllah...doa tidak akan putus dari kami WARGA JABATAN PENJARA MALAYSIA.

"Memperkasakan Modal Insan..Kebajikan Diutamakan...Organisasi Dimartabatkan"...


Ketabahan...kecekalan...seorang yang dipanggil.."Anak Sulong"...dipanggil "Kak Long"...mengambilalih tanggongjawab dan amanah yang di tinggalkan oleh kedua ibubapa yang lebih dulu menyahut seruan Ilahi...menyentuh perasaan sesiapa saja....sebagai anak-anak yatim piatu dimana Allahyarham Ibrahim Bin Ismail (5194) ayah...meninggal dunia tahun 2008..dan Allahyarhamah Norlaila Bt Ismail..ibu...meninggal dunia tahun 2009.. meninggalkan empat orang anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang...

Kesempatan yang Allah berikan digunakan sedaya mungkin menziarahi anak-anak yatim piatu ini....marilah sama-sama kita merisik khabar...ziarah...dan panjatkan doa semuga anak-anak yatim piatu ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya.

Anak sulong..Nurul Hazwani
Anak kedua..Mohd Farehan
Anak ketiga..Mohd Fitri - Tingkatan 5
Anak keempat..Nurul Ain - Tahun 2

Pengerusi Persiap Alor Star dan setiausaha Pn Noor Zuraini mewakili Persiap Alor Star menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian...

IKHLAS SELALU dari saya dan suami... PERSIAP MALAYSIA serta WARGA JABATAN PENJARA MALAYSIA.

Friday, February 5, 2010

Majlis Makan Malam PERSIAP...Mesyuarat Majlis Tertinggi PERSIAP dan seminar BIRO PENDIDIKAN..2009

Penutup aktiviti tahun 2009 Biro Pendidikan telah dilaksanakan oleh PERSIAP PULAU PINANG pada 18-19 Desember 2009 bertempat di Hotel Gurney Pulau Pinang..Sebagai pengisian waktu mesyuarat di adakan..aktiviti biro di laksanakan untuk penjimatan masa dan perbelanjaan...tahniah untuk ahli jawatankuasa kerja PERSIAP PULAU PINANG dan PERSIAP SEBERANG PRAI....tapi sayang gambar-gambar sepanjang SEMINAR IBU CEMERLANG tidak dihantar...ini saja yang dapat saya paparkan sebagai aktiviti BIRO PENDIDIKAN 2009.

Ziarah anak dan ahli PERSIAP JOHOR BAHRU....


Alhamdulillah....saya dan suami berkesempatan menziarahi ahli persiap Wan Khalijah Wan Sidik isteri kepada kpl Wahid Ismail yang mengalami paralyse lutut dan anak ahli yang mengidap Lukiamia adik Afiq Danish Roslan anak kepada Roslan Ismail...kehadrat Allah sentiasa dipanjatkan doa semuga Pn Khalijah dan adik Afiq sentiasa diberi Allah kekuatan serta ketabahan...juga ibubapa serta keluarga...semuga sentiasa sabar dan jangan sekali-kali lupa bahawa rahmat Allah tidak akan putus untuk semua...IKHLAS SELALU dari saya..suami..seluruh ahli PERSIAP dan warga JABATAN PENJARA MALAYSIA.