BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 13, 2010

~ Senamrobik IPPM ~


Setiap hari Isnin.
Jam : 5 Petang.
Tempat : Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira.


Minda yang cerdas lahir dari badan yang sihat..kepentingan menjaga kesihatan merupakan keperluan untuk setiap insan. IPPM telah mengambil langkah untuk melibatkan semua kakitangan untuk melakukan senamrobik seminggu sekali.


Kehadiran Y. Bhg Datin Seri Nabihah Bt Hj Hassan, Pengerusi PUSPANITA KDN turut memeriahkan suasana serta sebagai penyuntik semangat untuk seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia.


Semuga aktiviti yang sihat ini akan terus berjalan dengan jayanya.

~ Bowling PUSPANITA KDN ~


Tanggal : 26 Jun 2010 ( Sabtu )
Masa : 11 Pagi
Tempat : Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang.

Biro Sukan Puspanita KDN dikendalikan oleh Puspanita Cawangan Kecil Penjara. Tahun 2010 biro sukan telah memilih sukan Bowling dengan tujuan melalui sukan dapat mengeratkan silatulrahim antara ahli PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI disamping sebagai aktiviti sukan dan melahirkan minat dikalangan ahli serta mencari bakat baru dalam sukan ini.

Seramai 39 ahli dari Puspanita Cawangan kecil di bawah KDN telah mengambil bahagian. Perasmian sukan bowling ini telah di sempurnakan oleh Y.Bhg Datin Zahrah Bt Hussain, Timbalan Pengerusi Puspanita KDN.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datin Zahrah Bt Hussain sebagai mewakili Pengerusi Puspanita KDN Y.Bhg Datin Seri Nabihah Bt Hj Hassan.

~ Majlis Mesra Bersama Ahli Bersekutu Persiap Malaysia ~


Tanggal : 25 Jun 2010 ( Jumaat )
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Restoran D'Jelapang, Bangi.

Mengeratkan silatulrahim...merapatkan ukhwah antara sesama insan suatu amalan murni setiap insan. Dengan hasrat murni ini Persiap Malaysia telah mengadakan majlis yang serba ringkas..namun meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa semua.

Dihadiri hampir 70 orang Ahli Bersekutu Persiap Malaysia...malam jalinan mesra ini berjaya dilaksanakan sebagaimana yang dirancang...Alhamdulillah komitmen dari semua AJK kerja Persiap IPPM/MPM..Persiap Kajang terlaksana untuk mengumpulkan ahli-ahli Persiap yang sudah bersara dari Jabatan Penjara Malaysia.

Disamping menjamu selera dengan makan malam yang serba ringkas..selera kampong dan pertemuan dengan ahli-ahli ini menyimpul sejuta kenangan terindah yang tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata..Kebanyakkan ahli-ahli yang hadir masih sihat anggun bergaya..wajah yang ceria melambangkan perjalanan hidup mereka yang aman damai...ditemani suami tercinta dan cucu-cucu tersayang.

Tidak juga dilupakan ahli-ahli yang kurang sihat dan ada juga yang sudah kehilangan suami tercinta..namun ketabahan dan semangat yang jitu..hidup ini mesti diteruskan maka mereka hadir juga demi untuk berjumpa sahabat-sahabat yang suatu ketika dulu...jatuh bangun bersama..senyum tangis bersama..berkerja dan berpersatuan bersama.

Saya mewakili  Persiap Malaysia senantiasa berdoa semuga seluruh Ahli Bersekutu sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah...semuga Allah senantiasa mempermudahkan segala niat murni kita. Semuga ikatan ukhwah di antara kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...InsyaAllah.

Salam kasih sayang dari saya dan suami.

Ikhlas Selalu..
Noraini Bt Hj Man