Tuesday, July 13, 2010
~ Majlis Mesra Bersama Ahli Bersekutu Persiap Malaysia ~
Tanggal : 25 Jun 2010 ( Jumaat )
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Restoran D'Jelapang, Bangi.
Mengeratkan silatulrahim...merapatkan ukhwah antara sesama insan suatu amalan murni setiap insan. Dengan hasrat murni ini Persiap Malaysia telah mengadakan majlis yang serba ringkas..namun meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa semua.
Dihadiri hampir 70 orang Ahli Bersekutu Persiap Malaysia...malam jalinan mesra ini berjaya dilaksanakan sebagaimana yang dirancang...Alhamdulillah komitmen dari semua AJK kerja Persiap IPPM/MPM..Persiap Kajang terlaksana untuk mengumpulkan ahli-ahli Persiap yang sudah bersara dari Jabatan Penjara Malaysia.
Disamping menjamu selera dengan makan malam yang serba ringkas..selera kampong dan pertemuan dengan ahli-ahli ini menyimpul sejuta kenangan terindah yang tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata..Kebanyakkan ahli-ahli yang hadir masih sihat anggun bergaya..wajah yang ceria melambangkan perjalanan hidup mereka yang aman damai...ditemani suami tercinta dan cucu-cucu tersayang.
Tidak juga dilupakan ahli-ahli yang kurang sihat dan ada juga yang sudah kehilangan suami tercinta..namun ketabahan dan semangat yang jitu..hidup ini mesti diteruskan maka mereka hadir juga demi untuk berjumpa sahabat-sahabat yang suatu ketika dulu...jatuh bangun bersama..senyum tangis bersama..berkerja dan berpersatuan bersama.
Saya mewakili Persiap Malaysia senantiasa berdoa semuga seluruh Ahli Bersekutu sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah...semuga Allah senantiasa mempermudahkan segala niat murni kita. Semuga ikatan ukhwah di antara kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...InsyaAllah.
Salam kasih sayang dari saya dan suami.
Ikhlas Selalu..
Noraini Bt Hj Man
Posted by z'aini at 9:04 PM