BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

~ * SELAMAT DATANG SAYANG * ~
~ Dihari mulia kau datang ~
~ Membawa sebuah kedamaian di singgahsana ~
~ Pintu hati ku terbuka ~
~ Memberi dan menerima ~
~ Aku lah seadanya...tiada pernah berbeza ~
~ Selamat datang sayang aku ucapkan ~
Ini antara bait lagu dendangan Hattan menjelang syawal...
Sesekali feeling dengan lagu yang memberi maksud yang baik...tiada salahkan.
Lagu "SELAMAT DATANG SAYANG''
Saya dedikasikan kepada
AJK MT PERSIAP MALAYSIA
Yang hadir melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Pada
4 Disember 2010 - Sabtu
Mesyuarat AJK MT Bil: 3/2010
9 Pagi
Bilik Persidangan IPPM
Bukit Wira
Cuti Persekolahan
Majlis Perkahwinan
Percutiaan Keluarga
Antara batas waktu yang memerlukan pengorbanan dan pengertian
Kekadang terpaksa korbankan perancangan keluarga bersama
Anak-Anak
Adik Beradik
Sahabat handai
Kerana
Melaksanakan amanah dan tanggungjawab diiringi pengorbanan IKHLAS
Yang tidak mampu menepis perancangan yang telah di atur
"Saya menerima seadanya"
AJK MT PERSIAP MALAYSIA
Yang dapat menghadirkan diri...sekalung jutaan terima kasih IKHLAS dari saya dan suami.
Terima kasih juga kepada suami puan-puan yang memahami...keizinan dan keredhaan seorang suami...mengiringi setiap langkah perjalanan puan-puan.
''ILMU DI TINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN''
Marilah sama-sama kita genggam erat jalinan kasih sayang...ukhuwah persaudaraan sehingga keakhir hayat kita.
Terima kasih atas segalanya
''SELAMAT DATANG SAYANG''
~ * IKHLAS SELALU * ~
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man

Monday, November 22, 2010

~ * KAFA INTEGRASI HIDAYATUL IMAN * ~

Kumpulan Nasyid Sekolah
Kumpulan Kompang Sekolah
Khatam Al Quran Pelajar Tahun 6

Khatam Al Quran Pelajar Tahun 6

Ustaz Hj Mohd Salim Bin Abdullah
Pengetua Sekolah

Ybhg. Dato' Hasan Nawawi Bin Abd Rahman
DPMP,KMN,AMP,PPT
Tuan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang

Tokoh Guru Gemilang
Ustazah Nor Sakinah Bt Shamsuddin

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN BARU SEKOLAH
DAN
IKTIFAL PENGANUGERAHAN
KECEMERLANGAN MURID 2010

Majlis barakah dan bersejarah ini telah dizahirkan pada
21 November 2010
(14 Zulhijah 1431H)
Dirasmikan oleh
Yg Bhg. Dato' Hasan Nawawi Bin Abd Rahman
DPMP, KMN, AMP, PPT
Tuan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang Selangor.

SEKOLAH KAFA INTEGRASI HIDAYATUL IMAN
Sejarah penubuhan dan diasaskan oleh Ustaz Hj Mohd Salim bin Abdullah
Bekas seorang anggota Tentera yang bersara pada tahun 1994.
Tahun 2002..semangat dan kegigihan Ustaz Hj Salim membangunkan sekolah ini dengan jumlah murid seramai 45 orang bertempat di Surau Al-Hidayah, Taman Megah, Kajang.
Minat diiringi dengan niat murni serta kasih sayang terhadap pendidikan agama untuk kanak-kanak dan remaja menjadikan jiwa insan ini mampu mengharungi segala rintangan.

Permintaan dari penduduk setempat dan kelulusan dari pehak JAIS pada tahun 2003 sekolah ini telah menerima pendaftaran untuk tahun 1-3 dan Tadika dengan jumlah 85 orang. Kini dengan jumlah 310 orang..SEKOLAH KAFA INTEGRASI HIDAYATUL IMAN megah berdiri dengan kecemerlangan dan kegemilangan...Sekolah ini beroperasi dengan menyewa beberapa premis perumahan dimana tiada jaminan dari pemilik premis berapa lama boleh menyewa.

Usaha Ustaz Hj Mohd Salim dan warga sekolah diiringi doa yang tiada putusnya bermula tahun 2005 untuk mendapatkan tapak tanah untuk bangunan baru sekolah. Akhirnya pada tahun 2009 permohonan tanah telah mendapat kelulusan dan diwartakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor..dengan sumbangan kewangan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada bulan April 2010.

Setelah menghadapi segala cabaran dan halangan serta berkat kesabaran dan kesungguhan maka pada
1 Oktober 2010...impian dan harapan dengan izin Allah jua sekolah ini berdiri dengan jayanya.

Didoakan semuga SEKOLAH KAFA INTEGRASI HIDAYATUL IMAN terus dilimpahi rahmat hidayah dari Allah SWT...semuga Allah SWT sentiasa memberkati mempermudahkan segala usaha mulia ini...serta melindungi semua warga sekolah serta anak-anak pelajar.

Salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man

Sunday, November 7, 2010

~ * Seikhlas Hati...Seindah Budi * ~

 Bertanya khabar dengan
Y Setia Tn Abu Bakar Ismail

Pn Chew Aun Sim
(Tn Thang Ah Yong)

Pn Zaiton Shamsuddin
(Tn Abu Bakar Ismail)

Seindah Kenangan

31 Oktober 2010
Hotel The Katerina
Batu Pahat, Johor.

Sekalung penghargaan dan terima kasih segala khidmat bakti untuk Persiap selama ini.
Persaraan suami kedua ahli Persiap ini telah diraikan di Hotel The Katerina Batu Pahat Johor.
Kenangan bersama Pn Chew dan Pn Zaiton... kenangan terindah untuk seluruh ahli Persiap.

Saya dan suami juga berharap hubungan silatulrahim antara kita akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditaburkan oleh tuan-tuan dan puan-puan tidak dapat dibalas dan tentunya akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.
Bak kata perpatah...
''HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA''

Dikesempatan ini saya dan suami ingin menzahirkan ucapan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang tuan-tuan dan puan-puan sedang ceburi.
Anggap lah perjalanan yang tuan-tuan dan puan-puan sedang lalui ini adalah satu cabaran baru dan didoakan tuan-tuan dan puan-puan akan terus cemerlang

Saya dan suami sentiasa mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa sihat sejahtera.

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan puan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis di pandang manis
Manis sekali hati budinya

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Salam kasih Sayang IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man

~ * Penghargaan Dan Terima Kasih * ~

Pn Roslina Kamaludin
(Pengerusi Persiap Kluang)

Kenangan Bersama AJK Persiap Kluang

Seindah Rasa
Seikhlas Bicara

Kpl Mohd Adinan

Tuan Masri
(Pegawai Pengiring-Ketua Rombongan)

Staff TTC

Nizam


Pemandu Dan AJK Persiap Kluang

Main Bowling tak terasa penat...tapi sepinggan mee kari licin...

Izinkan saya menghadiahkan ucapan penghargaan dan terima kasih
Lahir dari keikhlasan hati untuk semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
Dalam merealisasikan
"ILMU DITINGKATKAN..KEBAJIKAN DIUTAMAKAN''

Seikhlas nya saya tidak mampu membalas segala yang tuan-tuan dan puan-puan zahirkan untuk menjayakan sesuatu aktiviti dan majlis yang berkaitan dengan PERSIAP.
PERSIAP tidak boleh bergerak sendiri...
PERSIAP tidak mampu merealisasikan impian...
Tanpa
Doa...Sokongan...Bantuan...Pengorbanan

Majlis Persiap anjuran PERSIAP KLUANG bermula 1-4 November 2010
Bertempat di Batu Pahat, Johor
Melakar kenangan manis...menyimpul ikatan ukhuwah yang mengeratkan silatulrahim sesama kita.
Pertandingan persahabatan bowling mempamirkan kesepakatan...kemesraan...persaudaraan yang ikhlas dan mesra.
Lawatan sambil belajar ke kilang Kimberly Clarks menambah ilmu didada...kerana untuk menjadi pengguna yang bijak...semestinya kita arif dengan produk yang kita gunakan...semuga aktiviti ilmu sebegini menjadi agenda utama untuk semua cawangan Persiap.

Seikhlasnya saya sedaya mungkin dengan sokongan padu seluruh cawangan Persiap meletakkan kebajikan ahli diberi keutamaan...jangan sesiapa pun mempersoalkan kedudukan ahli...samaada ahli itu aktif ataupun tidak. Selagi mereka berdaftar sebagai Ahli/Yuran...mereka layak merasai faedah yang disediakan oleh Persiap.

Arissa Hayra mesra disapa 'Aisyah' anak berusia setahun ini mengidap 'Billiary Duct Hypoplasia'
Ini kali kedua saya menziarahi anak kecil ini...tidak dapat diluah dengan kata-kata bila melihat 'Aisyah'...
Semuga Allah SWT mempermudahkan segalanya..memberi kekuatan kesabaran untuk kedua ibubapanya menghadapi ujian ini...marilah kita berdoa semuga Aisyah cepat sembuh dan penderma hati yang sesuai untuk Aisyah.

Turut serta dalam ziarah ini Pn Hjh Sakimah (Pengerusi Persiap Kajang), Pn Noriza (Pengerusi Persiap Bentong), Pn Sarina (Pengerusi Persiap P.Chepa), Pn Nor Kamsiah (Pengerusi Persiap Sri Aman Serawak), Pn Jaliah (Pengerusi Persiap Johor Bharu)...beberapa ahli dari peringkat cawangan..AJK/ahli Persiap Kluang turut serta.
Saya mewakili Persiap Malaysia menyampaikan sumbangan kepada keluarga Aisyah...Pengerusi cawangan turut menyampaikan sumbangan Persiap cawangan dan sumbangan peribadi.

Sepanjang aktiviti Persiap ini...saya dan suami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Penjara Kluang..Y.Setia Tn Roslan dan Pn Roslina selaku Pengerusi Persiap Kluang... juga tidak di lupakan AJK/Urusetia...kakitangan Penjara kluang yang telah berusaha bagi mempastikan program Persiap berjalan lancar.

Tidak dilupakan semua pegawai pengiring...staff TTC...jurugambar..pemandu dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung.
Saya dan suami sentiasa berdoa semuga khidmat bakti tanpa mengenal penat lelah..masa dan tenaga mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT...hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala pengorbanan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan.
Sematkan dihati sanubari kita...rasa IKHLAS dan kerana ALLAH SWT...

InsyaAllah kita tidak merasa lelah...
Hanya DAMAI dan TENANG
Sesingkat waktu anugerah Allah SWT kepada saya dan suami....izinkan saya dan suami seiring dengan warga JPM/PERSIAP
Menjalankan amanah anugerah ALLAH SWT.

Salam kasih sayang IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man




Saturday, November 6, 2010

~ * Ilmu Ditingkatkan * ~

Sarapan pagi yang enak
Nasi Lemak
(Rumah Rehat Penjara Kluang)

Kimberly Clarks Products Sdn.Bhd.

Sesi Lawatan Sambil Belajar

Taklimat Dari Pegawai Pengurusan
Kimberly Clarks Products Sdn.Bhd.

Pn Sarina
(Pengerusi Persiap Pengkalan Chepa)

Pn Noriza
(Pengerusi Persiap Bentong)
Pn Norsina
(NYDP)
Pn Roslina
(Pengerusi Persiap Kluang)

Ucapan Penghargaan Dan Terima kasih
Cenderamata Tanda Penghargaan Dan Terima kasih
Dari PERSIAP
Ahli Persiap Kluang
Pn Jaliah
Pn Salma

Ahli Persiap Kluang

Pn Kamsiah
(Pengerusi Persiap Sri Aman Serawak)

Merealisasi impian dan harapan Persiap..menzahirkan
"Ilmu Ditingkatkan..Kebajikan Diutamakan"
Lawatan sambil belajar telah disusun atur oleh
Pn Roslina dan AJK Persiap Kluang
Dengan jayanya.

Ilmu dan pengalaman yang berharga dalam lawatan ke kilang
"Kimberly Clarks Products Sdn.Bhd"
Kilang yang mengeluarkan product
Kotex..Kleenex..Huggies..Scott.

Melalui taklimat dan lawatan ke kilang memproses barangan ini memberi maklumat yang amat berharga untuk semua ahli Persiap yang hadir. Semuga ilmu yang diperolehi sepanjang lawatan ini dapat di maklumkan kepada keluarga dan sahabat-sahabat.

Salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU
Noraini Hj Man

~ * Sepanjang Jalan Kenangan * ~



Pn Kamsiah
(Pen. S/U Persiap Kluang)
Gaya pemain bowling yang hebat..Tahniah.

Sempat bercerita dengan Pn Norsina
20 Tahun lalu tangan kanan ini
mengalami kecederaan
Kesannya bila usia dah senja
Terasa kurang selesa untuk bersukan lagi...

Pn Rosnah
(Pengerusi Persiap IKOM)
Sempat berbual dan bertanya khabar kesihatan Pn Rosnah
Terima kasih komitmen ikhlas Pn Rosnah untuk Persiap.

Terima kasih
Layanan ikhlas sambutan mesra...

Pn Hazlina
(Persiap Muar)

Pn Noriza
(Pengerusi Persiap Bentong)
Pemain yang berkebolehan
Ceria selalu..
Alahai mak cik ni...sakit lutut ke...????

Pn Sarina
(Pengerusi Persiap Pengkalan Chepa)
Gaya seorang pemain bowling..

Bergaya untuk bergambar saja...
Gaya mak cik sakit pinggang....
Yang penting...bersemangat....!!!
Pn Roslina
(Pengerusi Persiap Penjara Kluang)
Semuga Allah merahmati dan memberkati segala khidmat bakti
serta ketulusan hati..
Pn Kamsiah
Pn Zulhayah
Khidmat Bakti disanjung tinggi
Terima Kasih Daun keladi
Andai diperlukan lagi
Harap sudi..
Pn Norsina
Pn Roslina
Terima kasih Atas Segalanya.
Pn Jaliah
Pengerusi Persiap Johor
'Pemain yang hebat'

Pn Norsina - NYDP
Pemain yang 'boleh main'
Pn Nor yang ceria..sporting..
Pertandingan Bowling Persahabatan
2 Nov 2010
Kenangan yang tidak mungkin dilupakan..
Keikhlasan persaudaraan persahabatan
Tersimpul dengan jalinan ukhuwah
Semuga semua yang terlibat menghargai
Setiap detik sewaktu kita bersama..

IKHLAS SELALU
Noraini Hj Man.