BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 7, 2010

~ * Penghargaan Dan Terima Kasih * ~

Pn Roslina Kamaludin
(Pengerusi Persiap Kluang)

Kenangan Bersama AJK Persiap Kluang

Seindah Rasa
Seikhlas Bicara

Kpl Mohd Adinan

Tuan Masri
(Pegawai Pengiring-Ketua Rombongan)

Staff TTC

Nizam


Pemandu Dan AJK Persiap Kluang

Main Bowling tak terasa penat...tapi sepinggan mee kari licin...

Izinkan saya menghadiahkan ucapan penghargaan dan terima kasih
Lahir dari keikhlasan hati untuk semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
Dalam merealisasikan
"ILMU DITINGKATKAN..KEBAJIKAN DIUTAMAKAN''

Seikhlas nya saya tidak mampu membalas segala yang tuan-tuan dan puan-puan zahirkan untuk menjayakan sesuatu aktiviti dan majlis yang berkaitan dengan PERSIAP.
PERSIAP tidak boleh bergerak sendiri...
PERSIAP tidak mampu merealisasikan impian...
Tanpa
Doa...Sokongan...Bantuan...Pengorbanan

Majlis Persiap anjuran PERSIAP KLUANG bermula 1-4 November 2010
Bertempat di Batu Pahat, Johor
Melakar kenangan manis...menyimpul ikatan ukhuwah yang mengeratkan silatulrahim sesama kita.
Pertandingan persahabatan bowling mempamirkan kesepakatan...kemesraan...persaudaraan yang ikhlas dan mesra.
Lawatan sambil belajar ke kilang Kimberly Clarks menambah ilmu didada...kerana untuk menjadi pengguna yang bijak...semestinya kita arif dengan produk yang kita gunakan...semuga aktiviti ilmu sebegini menjadi agenda utama untuk semua cawangan Persiap.

Seikhlasnya saya sedaya mungkin dengan sokongan padu seluruh cawangan Persiap meletakkan kebajikan ahli diberi keutamaan...jangan sesiapa pun mempersoalkan kedudukan ahli...samaada ahli itu aktif ataupun tidak. Selagi mereka berdaftar sebagai Ahli/Yuran...mereka layak merasai faedah yang disediakan oleh Persiap.

Arissa Hayra mesra disapa 'Aisyah' anak berusia setahun ini mengidap 'Billiary Duct Hypoplasia'
Ini kali kedua saya menziarahi anak kecil ini...tidak dapat diluah dengan kata-kata bila melihat 'Aisyah'...
Semuga Allah SWT mempermudahkan segalanya..memberi kekuatan kesabaran untuk kedua ibubapanya menghadapi ujian ini...marilah kita berdoa semuga Aisyah cepat sembuh dan penderma hati yang sesuai untuk Aisyah.

Turut serta dalam ziarah ini Pn Hjh Sakimah (Pengerusi Persiap Kajang), Pn Noriza (Pengerusi Persiap Bentong), Pn Sarina (Pengerusi Persiap P.Chepa), Pn Nor Kamsiah (Pengerusi Persiap Sri Aman Serawak), Pn Jaliah (Pengerusi Persiap Johor Bharu)...beberapa ahli dari peringkat cawangan..AJK/ahli Persiap Kluang turut serta.
Saya mewakili Persiap Malaysia menyampaikan sumbangan kepada keluarga Aisyah...Pengerusi cawangan turut menyampaikan sumbangan Persiap cawangan dan sumbangan peribadi.

Sepanjang aktiviti Persiap ini...saya dan suami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Penjara Kluang..Y.Setia Tn Roslan dan Pn Roslina selaku Pengerusi Persiap Kluang... juga tidak di lupakan AJK/Urusetia...kakitangan Penjara kluang yang telah berusaha bagi mempastikan program Persiap berjalan lancar.

Tidak dilupakan semua pegawai pengiring...staff TTC...jurugambar..pemandu dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung.
Saya dan suami sentiasa berdoa semuga khidmat bakti tanpa mengenal penat lelah..masa dan tenaga mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT...hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala pengorbanan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan.
Sematkan dihati sanubari kita...rasa IKHLAS dan kerana ALLAH SWT...

InsyaAllah kita tidak merasa lelah...
Hanya DAMAI dan TENANG
Sesingkat waktu anugerah Allah SWT kepada saya dan suami....izinkan saya dan suami seiring dengan warga JPM/PERSIAP
Menjalankan amanah anugerah ALLAH SWT.

Salam kasih sayang IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man