BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 5, 2011

~ * PERSIAP Cawangan Penjara Marang Terengganu * ~

Kasih sayang untuk semua.

Kehadiran Puan-puan mengeratkan silatulrahim
Dan kasih sayang antara kita.

Pengurus Perhubungan & Pembangunan Koporat
Kolej Inforana
Puan Ariza hamalia

Pelancaran Demontrasi Masakan



Chef dari Kolej Inforana

Anugerah Anak Cemerlang


Ahli Persiap Cemerlang
'Puan Siti Noriah Bt Ngah'

Puan Aishah Bt Majid
(Kak Esah)


30 April - 1 Mei 2011
Aktiviti Persiap Cawangan Penjara Marang Terengganu

Tahniah dan syabas untuk Persiap Marang
Telah berjaya menganjurkan program yang memberi ilmu dan kebajikan kepada ahli..
Pengisian program pada 30 April 2011
"Pelancaran Demonstrasi Masakan Kolej Inforana"
'Kek Cawan dan Gubahan Buah-Buahan'
Ilmu ini memberi pendedahan dan pengetahuan untuk ahli Persiap Marang
Dapat dimanafaatkan untuk keluarga dan menambah pendapatan keluarga.
Kolej Inforana akan berkerjasama dengan Persiap Marang untuk menjalankan kelas masakan ini..semoga usaha ini memberi ilmu yang bernilai untuk ahli.

Majlis juga di sertakan dengan penyampaian anugerah untuk anak-anak ahli Persiap yang cemerlang dalam peperiksaan
UPSR, PMR, SPM.
Tahniah untuk semua anak-anak yang cemerlang
Semoga sentiasa berbakti kepada kedua ibubapa..agama dan negara.

Anugerah Ahli Persiap Cemerlang diberikan kepada seorang ahli Persiap yang banyak menyumbang untuk menjayakan aktiviti Persiap..sumbangan yang dinilai dengan penglibatan untuk persiap marang dan sumbangan kepada Persiap Malaysia.
'Puan Siti Noriah Bt Ngah'
Semoga sumbangan dan penglibatan untuk memajukan Persiap Marang akan berterusan dan berjaya dalam kerjaya serta bahagia dunia akhirat.

1 Mei 2011
Alhamdulillah Allah memberi kesempatan menziarahi
WP 4567 Hamzah Bin Ismail
Puan Aishah Bt Majid
Mesra dengan panggilan Pak Mejah dan Kak esah
Kenangan tahun 1986
Tersemat dihati sampai keakhir hayat ini.
Kak Esah seorang ahli persiap yang aktif suatu ketika dulu
Tukang masak yang hebat...membantu persiap menambah wang tabung dengan masakan waktu jualan Hari Raya..
Hanya Allah yang dapat membalas segala sumbangan Kak Esah dan Pak Mejah
Didoakan Kak Esah cepat sembuh
Serangan strok menyebabkan sebelah kiri badan Kak Esah lumpuh.
Salam kasih sayang dari saya dan suami.

Seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia dan PERSIAP
Sentiasa mendoakan semoga Pak Mejah dan Kak esah sekeluarga
Sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah
Bahagia dunia akhirat.