BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

~ * SELAMAT DATANG SAYANG * ~
~ Dihari mulia kau datang ~
~ Membawa sebuah kedamaian di singgahsana ~
~ Pintu hati ku terbuka ~
~ Memberi dan menerima ~
~ Aku lah seadanya...tiada pernah berbeza ~
~ Selamat datang sayang aku ucapkan ~
Ini antara bait lagu dendangan Hattan menjelang syawal...
Sesekali feeling dengan lagu yang memberi maksud yang baik...tiada salahkan.
Lagu "SELAMAT DATANG SAYANG''
Saya dedikasikan kepada
AJK MT PERSIAP MALAYSIA
Yang hadir melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Pada
4 Disember 2010 - Sabtu
Mesyuarat AJK MT Bil: 3/2010
9 Pagi
Bilik Persidangan IPPM
Bukit Wira
Cuti Persekolahan
Majlis Perkahwinan
Percutiaan Keluarga
Antara batas waktu yang memerlukan pengorbanan dan pengertian
Kekadang terpaksa korbankan perancangan keluarga bersama
Anak-Anak
Adik Beradik
Sahabat handai
Kerana
Melaksanakan amanah dan tanggungjawab diiringi pengorbanan IKHLAS
Yang tidak mampu menepis perancangan yang telah di atur
"Saya menerima seadanya"
AJK MT PERSIAP MALAYSIA
Yang dapat menghadirkan diri...sekalung jutaan terima kasih IKHLAS dari saya dan suami.
Terima kasih juga kepada suami puan-puan yang memahami...keizinan dan keredhaan seorang suami...mengiringi setiap langkah perjalanan puan-puan.
''ILMU DI TINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN''
Marilah sama-sama kita genggam erat jalinan kasih sayang...ukhuwah persaudaraan sehingga keakhir hayat kita.
Terima kasih atas segalanya
''SELAMAT DATANG SAYANG''
~ * IKHLAS SELALU * ~
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man