BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 9, 2010

~ Semuga Allah SWT Merahmati..Melindungi dan Memberkati Hidup Ini ~


Tanggal: 9 Jun 2010
Masa : 10 pagi - 3 petang
Tempat : Kajang dan Sg Buloh.

Alhamdulillah...kehadrat Allah SWT dipanjatkan rasa syukur atas rahmat dan keizinan Allah jua perancangan yang disusun sekian lama terlaksana juga akhirnya..bersama beberapa ahli Persiap iaitu Pn Jamilah- Pegawai Kebajikan Jabatan Penjara malaysia..Pn Zulia- Pegawai Kebajikan Persiap Malaysia..Pn Rozaini..Pn Aizan serta beberapa Ahli Bersekutu Persiap malaysia.

Ziarah di mulakan ke rumah Kpl Rosnah (Pesara) yang kematian anaknya pada pagi 9 Jun 2010..ucapan taqziah dari seluruh Persiap Malaysia untuk Kpl Rosnah sekeluarga...di doakan semuga roh anaknda Kpl Rosnah di cucuri rahmat dan Allah menempatkan dalam golongan yang Allah muliakan...Al Fatihah... 


 Perjalanan diteruskan untuk bertemu dengan Puan Hasnah (Kak As) yang kematian suami hampir setahun yang lalu. Alhamdulillah setelah menjalani pembedahan ketumbuhan dalam kepala hampir setahun...nampaknya kak As semakin sihat...dan baru-baru ini telah selamat mengerjakan ibadah umrah. Seluruh Persiap Malaysia mendoakan semuga Kak As tenang menghadapi hari-hari mendatang...InsyaAllah kami tidak akan melupakan Kak As sekeluarga..


Pertemuan dengan Puan Shini (Kak Ani) mengungkap sejuta rasa...menyimpul kembali kenangan peribadi saya dengan Kak Ani....Allah telah menetap dan mentakdirkan segalanya...berat mata memandang...berat lagi bahu yang menggalas segalanya...tabahkan hati..kuatkan semangat...kami Persiap Malaysia tidak akan melupakan serta iringan doa tiada putusnya untuk Kak Ani.


Hampir 4 bulan berlalu...Kak Ani kehilangan sebahagian kaki sebelah kirinya akibat 'Diabetes'..namun raut wajah Kak Ani masih seperti 22 tahun lalu...sewaktu mengenali Kak Ani begitu lah Kak Ani sekarang...riuh rendah cerita suka duka agar yang datang ziarah tidak bersedih dengan apa yang di alaminya...seorang wanita..isteri dan ibu yang tabah...


Salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami....

IKHLAS SELALU
Noraini Bt Hj Man.