BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

~ * SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI * ~

~ Mengimbas kembali kata yang di ucap ~
~ Mengingat kembali janji yang di kata ~
~ Mengimbau kembali masa yang berlalu ~
~ Merenung kembali hati yang terguris ~
~ Menyingkap kembali amanah yang dipikul ~
~ Izinkan kami untuk memohon kemaafan ~
~ Kiranya ada lisan yang tidak terjaga ~
~ Janji yang terabai ~
~ Hati yang berprasangka ~ 
~ Sikap yang mungkin pernah menyakiti ~
 

~ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI ~
~ MOHON MAAF SEGALA KEKHILAFAN ~
 
 
~ Istimewa untuk warga JABATAN PENJARA MALAYSIA dan PERSIAP MALAYSIA ~
~ Warga KEMENTERIAN DALAM NEGERI ~
~ PUSPANITA KDN ~

 Sanak saudara...adik beradik...rakan taulan walau dimana berada...semuga syawal 1431H membawa kebahagian dan kenikmatan...semuga rahmat serta hidayah ALLAH SWT senantiasa mengiringi perjalanan hidup kita....InsyaAllah.
 
 
~ IKHLAS SELALU ~
*Zulkifli & Noraini*
*Sekeluarga*


~ * ULANG TAHUN PERSIAP KE 21 TAHUN * ~


PERSIAP MALAYSIA
21 tahun berdiri teguh dengan pelbagai pembaharuan dan kejayaan...tanggal 28 Ogos 1989 di zahirkan penubuhannya. Kini di usia yang semakin matang dengan segala perubahan PERSIAP semakin menyerlah dengan impian memperkasakan hala tuju yang murni dan suci........
''ILMU DITINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN''

Sekalung penghargaan untuk mantan YANG DIPERTUA PERSIAP..
YBHG DATIN BAHYAH
YBHG DATIN HJH HABSAH
YBHG DATIN MARIAM
YBHG DATIN ROSNAH
YBHG DATIN HJH FATIMAH
YBHG DATIN SALASIAH

Sumbangsih semua amat bermakna bagi kami genarasi kini....bermula dari anak yang belajar bertatih kini Alhamdulillah...PERSIAP sudah boleh tersenyum dengan perjalanan yang selesa dan harmoni. Demi mengekalkan landasan yang dibina sesungguhnya perlu di iringi dengan pengorbanan yang tulus ikhlas dari semua pihak.
21 tahun...
Suka duka...senyum tangis...senda gurau...
Mengiringi perjalanan PERSIAP
Semua itu menjadikan PERSIAP cekal menghadapi sebarang kemungkinan...sesungguhnya dalam menjayakan aktiviti diperingkat induk ataupun cawangan pasti akan ada rintangan serta dugaan...tidak semua memberi sokongan dan menghargai usaha murni yang dizahirkan...namun walau apa pun hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui niat dan pengharapan murni PERSIAP...


28 Ogos 2010
Bersamaan dengan 18 Ramadan 1431H
Ulangtahun penubuhan PERSIAP
21 Tahun
Bulan Ramadan yang mulia lagi barakah PERSIAP menzahirkan sambutan yang sederhana tetapi amat bermakna untuk seluruh ahli diperingkat cawangan...mengzahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat...telah diadakan majlis yang mulia solat sunat taubat dan solat sunat tasbih serta diakhiri dengan khatam Al Quran.

Sebagai YDP yang kini menerajui PERSIAP...saya sentiasa berdoa semuga setiap ahli PERSIAP menghargai dan menyayangi PERSIAP dengan tulus ikhlas...dengan halatuju
''ILMU DITINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN''
Marilah sama-sama kita mengorak langkah...bersatu padu...seiring jalan mencapai hasrat dan impian murni ini...jangan dipersoalkan siapa kita...kedudukan kita...siapa suami kita...
Seandai ini yang kita persoalkan kita tidak mampu..
''BERDIRI SAMA TINGGI...DUDUK SAMA RENDAH''

Kini saya bangga melihat pencapaian PERSIAP dalam pelbagai bidang...baik dari segi aktiviti sosial...juga aktiviti kebajikan yang kita utamakan...semuga majlis ilmu yang kita susun dan zahirkan memberi manafaat yang berguna untuk seluruh ahli PERSIAP. Dalam menzahirkan semua aktiviti ini..pastinya kita tidak dapat lari dari menghadapi ruang-ruang kelemahan dan rasa tidak puashati dari kalangan ahli diperbagai peringkat.
Oleh yang demikian saya sentiasa membuka ruang dan memberi peluang kepada semua ahli PERSIAP untuk memberi pandangan dan luahan ini melalui saluran yang betul agar saya dan pihak pengurusan tertinggi PERSIAP dapat mengenalpasti sebarang kelemahan dan membuat penambahbaikkan demi PERSIAP yang kita sayangi ini.

Kepada para suami yang memberi keizinan untuk puan-puan melibatkan diri dengan aktiviti PERSIAP
saya ucapkan jutaan terima kasih kerana tanpa keredhaan serta keizinan seorang suami dan sokongan padu semua.. PERSIAP tidak mampu merealisasikan impian yang murni ini.
Juga tidak lupa kepada semua pehak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung..yang turut serta menyumbang dari segi tenaga dan idea..kehadrat Allah SWT saya sentiasa berdoa segala khidmat bakti semua yang tidak mengira masa dan tenaga mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.


Akhir kata saya dan pihak pengurusan MAJLIS TERTINGGI PERSIAP mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERSIAP KE 21 TAHUN kepada semua ahli PERSIAP walau dimana berada. Marilah sama-sama kita mengenggam erat silatulrahim dan ukhwah sesama kita...kita keluarga yang besar dan hebat...sayangi dan hargai setiap anugerah ALLAH untuk kita.


IKHLAS SELALU
YDP PERSIAP