BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 29, 2009

Lawatan Ke Pusat Nur Hikmah.....PERSATUAN ISTERI-ISTERI, ANAK-ANAK DAN ANGGOTA WANITA PENJARA MALAYSIA Cawangan IPPM/MPM

















9 Ogos 2009 (Ahad) lebih kurang 20 orang ahli Persiap IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA dan MAKTAB PENJARA MALAYSIA telah mengadakan kunjungan ke PUSAT NUR HIKMAH di alamat Lot 11552 Jalan 18 Taman Mesra 43000 Kajang Selangor...Pusat NUR HIKMAH ini dibawah seliaan Tuan Haji Othman bin Haji Ahmad.


Turut serta dalam kunjungan ini ialah ahli Majlis Tertinggi Persiap Malaysia iaitu setiausaha agong Puan Zaimiah Parman...Puan Shakirah...Puan Zihana...Puan Sharina...Puan Nor Asmah...Puan Zulia selaku setiausaha Persiap IPPM/MPM....ahli-ahli persiap dan anak-anak.


Ini merupakan salah satu aktiviti yang telah di susun olih Biro Amal Dan Kebajikan untuk menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan...sumbangan daripada kakitangan IPPM/MPM...ahli persiap IPPM/MPM...barang-barang keperluan seperti bahan-bahan
pencuci...pakaian..makanan seperti telor...ikan sardin...minyak masak...susu..dan keperluan harian yang lain.

Pusat NUR HIKMAH menempatkan seramai lebih kurang 50 orang anak-anak yatim...8 orang ibu tunggal...daripada pemerhatian anak-anak ini dijaga dengan baik walaupun dalam keadaan rumah yang kurang selesa...keadaan ini memerlukan perhatian dari semua pihak...

Sewaktu kunjungan ini Tuan Haji Othman tiada untuk mendapatkan maklumat lebih banyak...tetapi maklumat yang diberikan oleh beberapa ibu tunggal yang ada waktu itu memperlihatkan kesungguhan dan keprihatinan dan pengorbanan yang cukup tinggi Tuan Haji Othman membela anak-anak yatim dan ibu tunggal ini.


Kesempatan juga diberikan olih Pusat NUR HIKMAH untuk melihat keadaan rumah tersebut di dalam dan di luar rumah...dimaklumkan ada juga kerosakan yang perlu diperbaiki. Saya juga mewakili semua ahli Persiap IPPM/MPM yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pusat NUR HIKMAH yang memberi layanan mesra dan memberi kesempatan kepada kami untuk beramah mesra dengan anak-anak disamping menikmati juadah minum petang yang kami bawa.


Kunjungan berakhir jam 5 petang dengan terpahat seribu keinsafan betapa anak-anak dan ibu tunggal ini memerlukan perhatian dari semua pihak...bukan sekadar keperluan barangan tapi yang paling penting "KASIH SAYANG....BIMBINGAN....PERHATIAN..." marilah sama-sama kita menghulurkan khidmat bakti sedaya mungkin untuk membantu...selagi kita diberi ALLAH kesempatan dan kelapangan masa serta sedikit rezeki untuk sama-sama kita berkongsi dengan insan yang memerlukan....hulurkan sumbangan dan IKHLAS SELALU....


Kepada pihak yang ingin menyumbang disini di catatkan alamat yang bolih dihubungi:-

Pusat Nur Hikmah
Lot 11552 Jalan 18 Taman Mesra
43000 Kajang Selangor.

Tel : 03-87396994
H/P: 017-3839994 - 016-6699942



Salam Penuh Taqzim Dan IKHLAS SELALU daripada:
PERSATUAN ISTERI-ISTERI, ANAK-ANAK DAN ANGGOTA WANITA
PENJARA MALAYSIA

Cawangan:
IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA
MAKTAB PENJARA MALAYSIA

Thursday, August 27, 2009

SANTAPAN ROHANI...Elak 2 Sifat Membawa WANITA Ke NERAKA..

Sebagai peringatan untuk wanita dipaparkan suatu peristiwa yang berlaku ketika Hari Raya Aidilfitri. Seorang wakil telah dilantik daripada kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w untuk meminta Baginda memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'..setelah itu Bilal memanggil Rasulullah s.a.w lalu Baginda memberi tazkirah seperti berikut:-

"Assalamualaikum, wahai kaum wanita..aku lihat kamu ini lebih banyak ke neraka"

Seorang wanita bertanya.."Apakah yang menyebabkan demikian...apakah sebab kami kufur?

Jawab Rasulullah s.a.w.."Tidak...bukan begitu..tapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka...

1- BANYAK MENGUTUK/MENYUMPAH...
Contoh:-
Katakan kita lama menunggu bas tetapi bas tidak kunjung tiba..kita marah mungkin berkata.."Pemandu bas ni dah mampus agaknya"..perkataan 'mampus' itu termasuk dalam erti kata menyumpah....

2- KUFUR AKAN KEBAIKAN SUAMI...
Yang dimaksudkan kufur disini bukan kufur Iktikad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan disini bermaksud ialah tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami....berkaitan dengan hal ini Rasulullah s.a.w..berkata, "Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak."(Terjemahan langsung daripada bahasa Arab)

Rasulullah s.a.w menyambung lagi...mana2 isteri yang berkata,"Awak ini,satu kebaikan pun tak nampak," maka akan gugur pahala2 amalannya. Saranan Rasulullah s.a.w yang seterusnya ialah:

-Banyak beristighfar
-Banyak bersedekah

Fadhilat Beristighfar
Sabda Rasulullah s.a.w: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa(Nyanyuk) pada hari tua. Lantaran itu adalah amat digalakkan agar kita mengamalkan istighfar sejak muda2 lagi.

Rasulullah s.a.w juga menganjurkan agar kita beristighfar 70 @ 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai sasaran ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan2 harian kita

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah daripada sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita."

ISTIGHFAR JUGA MEMURAHKAN REZEKI
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:-

1- TUTUR KATA/PERCAKAPAN YANG BAIK
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati orang lain. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan Saidatina Khadijah R.A...isteri Rasulullah s.a.w yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah s.a.w walau sedikit pun. Sepanjang hayat Baginda, hati Baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadang kala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri Baginda.

Di riwayatkan juga Jibril tiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah s.a.w sebelum meminta diri, akan mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah s.a.w telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah s.w.t berkenan tutur katanya... "

2- MEMBERI SALAM
Perbuatan memberi salam memang mendapat pahala kepada mendoakan kebahagiaan orang lain.

3- MEMANISKAN WAJAH TERUTAMA KEPADA AHLI KELUARGA
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " KAMU SENYUM SAHAJA PUN SUDAH MENJADI SEDEKAH." Terdapat juga suatu syair arab yang berbunyi:

"HENDAK BERBUAT BAIK SANGATLAH MUDAH. MANISKAN WAJAH, LEMBUTKAN LIDAH." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah s.a.w marilah kita bertafakul dan bermuhasabah diri2 kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Ulang Tahun Ke 20...PERSIAP MALAYSIA...


Tanggal 28 Ogos 2009 genap usia penubuhan PERSATUAN ISTERI-ISTERI, ANAK-ANAK DAN ANGGOTA WANITA PENJARA MALAYSIA(PERSIAP)....Seawal penubuhan PERSIAP pada 28 Ogos 1989...20 tahun berdiri dan bergerak seiring dengan kemajuan..usaha yang berterusan dari YDP pertama sehingga ke enam telah terbina landasan yang kukuh untuk ahli-ahli PERSIAP MALAYSIA meneruskan agenda persatuan...

Sekalong penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Mantan YDP...
-Ybhg. Datin Baayah - semasa 'PRO TEM COMMITEE
-Ybhg. Datin Hjh Habsah Binti Dato' Yusof - 1 Mei 1988 - 7 Nov 1989
-Ybhg. Datin Mariam Binti Yusof - 1 Mac 1990 - 7 Feb 1994 (PDRM)
-Ybhg. Datin Rosnah Binti Ahmad - 9 Feb 1994 - 31 Dis 1997 (PDRM)
-Ybhg. Datin Hjh Fatimah Binti Mohamad - 1 Jan 1998 - 16 Okt 2001
-Ybhg. Datin Salasiah Binti Hj Sidek - 17 Okt 2001 - 21 Ogos 2009

Objektif berpersatuan berusaha untuk menzahirkan kebajikan...kebaikkan dan memberi manfaat kepada semua ahli PERSIAP....perkongsian ilmu, percambahan fikiran, saling bertukar-tukar pandangan dan berpeluang mengenali antara satu sama lain....kemesraan yang terjalin mengujudkan suasana harmoni...dan IKHLAS SELALU...

20 tahun membawa perubahan dari pelbagai sudut..kepelbagaian aktiviti yang melibatkan isteri, anak-anak dan staf wanita terus meletakkan nama PERSIAP seiring dengan persatuan wanita yang lain...Alhamdulillah...berkat usaha tanpa jemu dari semua peringkat...maka terlaksana aktiviti yang pelbagai yang melibatkan ahli Persiap dari seluruh cawangan.

Untuk seluruh ahli PERSIAP MALAYSIA saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan jutaan terima kasih diatas sokongan padu untuk memartabat serta memperkasakan PERSIAP MALAYSIA...marilah kita rapatkan uhkuwah sesama kita...kita keluarga yang besar jangan dipersoalkan siapa suami kita dan dimana kedudukkan kita...jika itu yang kita persoalkan jalinan kekeluargaan dan kemesraan diantara kita akan terpisah jauh...marilah kita jalinkan ikatan persaudaraan yang lahir dari KEIKHLASAN hati yang suci murni...InsyaAllah rahmat Allah sentiasa melindungi WARGA JABATAN PENJARA MALAYSIA.

"Jadilah kita seperti lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik juga...ia tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih...dengungannya penuh sukacita dan bisikannya terselit kerelaan...seakan-akan ia utusan kerajaan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjung"

Teristimewa untuk seluruh ahli PERSIAP MALAYSIA...usah memandang seseorang pada rupa parasnya sebaliknya lihatlah kepada isi hatinya....dengan hanya melihat rupa paras ia hanya mengundang sejuta persepsi...namun jika dinilai mata hatinya...kita pasti merasai damainya dunia ini tanpa ada hasad dan dengki.....

'WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT'

Salam Manis dan Kasih Sayang....IKHLAS SELALU...

Tuesday, August 25, 2009

Latihan Bersama KOMBO...







Nyanyi?.....macam tak percaya....kepada semua staf & penyanyi kombo terima kasih diatas usaha yang tidak jemu..memberi tunjuk ajar kepada yang bersuara 'sumbang'...tapi hasilnya..rasa semakin kurang 'sumbang'nya...termasuk penulis blog ni...(perasan kot)...sumbangan semua yang terlibat...yang berbakat main muzik dan bernyanyi dihargai..IKHLAS SELALU...imej dan nama baik Jabatan dipelihara...
Selamat menjalani ibadah Puasa untuk semua pemuzik dan penyanyi kombo...disamping keluarga tersayang.....
Terima Kasih Untuk Semua.....

Hadiah..."ABANG PUTIH"




Dua pokok ini... pokok mangga dan pokok aloe vera ini diderma oleh "ABANG PUTIH"....harap-harap pokok mangga ni akan berbuah suatu hari nanti dan aloe vera akan tetap subur...

Anak-Anak Saudara...Tersayang.......







Azam...nyanyi lagu PUASA ke..lagu RAYA..



Amboi....Amboi....Amboi....syoknya balik kampung...selamat berpuasa ya sayang...

Majlis Minum Petang "SEMANIS MESRA SEMARAK INGATAN"


















20 Ogos 2009 (khamis)..majlis Minum Petang "SEMANIS MESRA SEMARAK INGATAN" anjuran PUSPANITA & BIRO WANITA Kelab Kebajikan Dan Sukan AADK..bertempat di Dewan Melati Aras 6 Bangunan Two IOI Square, IOI Resort Putrajaya.

Kehadiran Y.Bhg. Datin Seri Nabihah Hj Hassan..Pengerusi PUSPANITA KDN menyerikan lagi majlis pada petang itu...hadir sama timbalan pengerusi PUSPANITA KDN..Y. Bhg. Datin Jasiah Mohamad Saad..Y. Bhg. Datin Zakiah Md Zain...Y. Bhg. Datin Marsitah Hj Abdullah dan pengerusi puspanita cawangan kecil...

Ucapan aluan disampaikan oleh Y. Bhg. Datin Maznah Bt Ahmad Rani Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil AADK...majlis diserikan dengan Peragaan Fesyen dari Butik Diana Ling Fashion House oleh kakitangan AADK..ceramah kesihatan & kecantikan...

Majlis ini bertujuan merapat ukhwah silaturrahim diantara jabatan dibawah KDN...Tahniah dan syabas diucapkan diatas usaha murni ini..

Saturday, August 22, 2009

Marhaban Ya Ramadan....

RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam.....bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan oleh-NYA....Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih...tidur menjadi ibadah...amalan diterima dan doa-doa diperkenankan.....

Alhamdulillah...Allah masih memberi kesempatan untuk menjalani ibadah Puasa tahun ini...Alhamdulillah... Allah masih mengurniakan kesihatan yang sihat walafiat untuk melaksanakan ibadah Puasa ini...


Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada seluruh warga JABATAN PENJARA MALAYSIA dan ahli-ahli PERSIAP MALAYSIA..semuga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah di sepanjang masa...bahagia disamping keluarga tersayang...dan tabah serta sabar dalam menjalankan AMANAH ALLAH untuk memperolehi REZEKI yang HALAL lagi BERKAT...InsyaAllah...

Sunday, August 16, 2009

Seminar Pemantapan & Kepimpinan Islam: Ibu Cemerlang Keluarga Terbilang PERSIAP SIMPANG RENGAM & YADIM



































Biro Agama Persiap Malaysia telah memberi amanah dan tanggungjawab kepada Persiap Simpang Rengam untuk mengelolakan program bagi Biro Agama pada tarikh yang telah ditetapkan pada 15 Ogos 2009. Alhamdulillah syabas dan tahniah kepada pengerusi dan ajk pengelola seminar ini yang telah berjaya menzahirkan seminar ini.

Seminar Pemantapan & Kepimpinan Islam: Ibu Cemerlang Keluarga Terbilang adalah anjuran bersama antara PERSIAP dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ZON SELAAdd ImageTAN). Bertempat di Hotel Anika Kluang Johor..seminar ini telah berjaya mengumpulkan seramai 95 orang ahli Persiap dari 13 cawangan Persiap Malaysia.

Terima Kasih kepada Pengerusi Cawangan yang hadir untuk memberi sokongan dan turut mengikuti seminar ini di antaranya..Pengerusi Persiap Kluang Puan Roslina Kamaruddin..Pengerusi Persiap Johor Bharu Puan Jalilah..Pengerusi Persiap Sek Henry Gerney Puan Ramlah Leman...dan naib pengerusi cawangan.

Turut serta sepanjang seminar ini ialah Pengurus Operasi YADIM zon selatan iaitu Ustaz Muhammad Ammar Bin Abdullah dan penceramah seminar ustaz Hj Ab Razak Aripin dari PROQUEST TRAINING & MANAGEMENT...dan beberapa kakitangan YADIM zon selatan yang mengendalikan seminar ini.

Ceramah 1- Asas Kepimpinan Dalam Kekeluargaan
Ceramah 2- Komunikasi & Adab Pergaulan Dalam Keluarga
Ceramah 3- Hak-Hak Wanita Dalam Keluarga

Majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada peserta seminar telah disempurnakan olih Yang Dipertua Persiap Malaysia...Terima kasih kepada pihak YADIM zon selatan yang telah berkerjasama dengan Persiap Simpang Rengam dengan jayanya...Terima kasih juga kepada Pengerusi dan ajk pengelola Persiap Simpang Rengam yang telah bertungkus lumus merealisasikan Biro Agama Persiap Malaysia ini...
Melalui perbincangan singkat dengan pengurus operasi YADIM zon selatan seminar seperti ini akan di teruskan dari masa ke semasa mengikut peringkat zon..dan penglibatan anak-anak remaja warga Jabatan Penjara Malaysia akan diberi perhatian...menyedari akan gejala sosial yang amat membimbangkan ibubapa kini...

Setiap ruang-ruang kelemahan sama-sama lah kita memperbaiki dari masa kesemasa..segala usaha yang IKHLAS SELALU dan niat yang suci sesungguhnya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT..semuga segala ilmu yang kita perolehi sepanjang seminar ini dapat kita sebarkan kepada sahabat-sahabat kita...dan dapat kita amalkan dalam membina rumahtangga yang sentiasa dalam rahmat Allah...bahagia disamping suami dan anak-anak tersayang...semuga penghidupan kita mendapat keberkatan dan kebahagiaan di dunia sampai akhirat....INSYAALLAH...