BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 9, 2009

FESTIVAL CIPTA LAGU PATRIOTIK 2009 (CIPTA)



8 Ogos 2009 FESTIVAL CIPTA LAGU PATRIOTIK 2009 kali ke dua telah diadakan di Auditorium Cempaka Sari Putrajaya. Program ini di anjurkan secara perkongsian bestari antara JABATAN PENJARA MALAYSIA dengan UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA(USIM)...turut mendapat sokongan padu daripada PERBADANAN PUTRAJAYA, DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR dan RTM selaku penaja media rasmi.
Tema Program.."BERSAMA KITA ERATKAN PERPADUAN NEGARA BANGSA"....sebagai menyahut seruan dan inpirasi yang dipelopori oleh YAB PERDANA MENTERI itu mengenai konsep SATU MALAYSIA.

Berkonsepkan gabungan kerja yang melibatkan penghuni penjara sebagai pencipta lagu manakala lirik lagu pula ditulis oleh pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil gabungan kerja ini telah melahirkan beberapa genre lagu yang telah dinyanyikan oleh barisan artis popular tanah air seperti Noraniza Idris, Roy, Sahri AF, Zarina AF, Hafiz Hamidon, Marsidi (Jabatan Penjara) dan Nabila (Pelajar USIM) diiringi oleh Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tetamu kehormat ialah Y. B. Datuk Wira Abu Seman Yusop...Timbalan Menteri Dalam Negeri dan isteri Y. Bhg. Datin Wira Rahimi...yang menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta. Juga hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan isteri...Dato' Rahim dan isteri dari KDN...dan Y. Bhg. Prof Dato' Dr Mohamad Asin Dollah Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni USIM dan isteri.
Persembahan selingan Sketsa "BERLARI KE ARAH WILAYAH 1 MALAYSIA" oleh kakitangan Penjara Kajang...dan persembahan tarian dari Jabatan Penjara Malaysia dan pelajar USIM. Pertandingan melukis juga di perkenalkan tahun ini yang di sertai oleh penghuni penjara dan pelajar USIM.

8 Lagu yang berjaya dipilih keperingkat akhir:

1- KAU PERWIRA BANGSA -PENJARA KAJANG
2- HARAPAN -SHG TELOK MAS
3- SATU MALAYSIA -PENJARA WANITA KAJANG
4- SEMANGAT ANAK BANGSA -PENJARA KAJANG
5- CINTA MALAYSIA -PENJARA PENGKALAN CHEPA
6- IRAMA CINTA -PENJARA KLUANG
7- YANG TERPILIH - PENJARA PENGKALAN CHEPA
8- TERIMA KASIH MENTERI -PENJARA KAJANG

Pertandingan akhir diadili oleh panel Datuk Johari Salleh, Pak Ngah, Saudara Roslan Imam dan saudara Azam Dungun...
Tempat Pertama-Lagu "Semangat Anak Bangsa"
Komposer- Mohd Haikal Mohd Khatib Saadaly
Penulis Lirik-Aizatul Ain Ismail
Penyanyi- Roy
Genre- Pop Rock
Tempat Kedua -Lagu "Satu Malaysia"
Komposer- Shariayati Selamat
Penulis Lirik- Nur Fatimah Zaharah Ahmad
Penyanyi- Zarina AF
Genre- Pop Rock
Tempat Ketiga -Lagu "Cinta Malaysia"
Komposer- Che Mohd Safary Che Mustafa
Penulis Lirik- Afiq Naqiuddin Abdul Malek
Penyanyi- Noraniza Idris
Genre- Tradisional