BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 10, 2010

~ Semuga Allah SWT Merahmati...Melindungi...Dan Mempermudahkan Segalanya ~


Tanggal : 31 Julai 2010
Masa : 2 Petang
Tempat : Kelantan.

Perjalanan hidup ini datang dari Allah...qada qadar ketentuan Allah tiada siapa dapat menghalangnya...bersyukur dengan limpahan kasih sayang Allah menjadikan hari-hari yang dilalui penuh kebahagiaan dan keindahan yang tiada bandingannya...

Alhamdulillah saya dan suami berkesempatan menziarahi seorang pesara Jabatan Penjara dan seorang ahli Persiap Pengkalan Chepa...Persiap Pengkalan Chepa dan Persiap PPA Machang Kelantan turut serta dalam ziarah ini...terima kasih kepada Pengerusi kedua-dua cawangan Persiap ini kerana amat menitik beratkan soal kebajikan ahli-ahli nya...

En Hashim..kini menetap di Kg Beris Jambu, Panji, Kelantan...seorang pesara telah kehilangan sebahagian kaki kirinya akibat diabetis...namun pergerakan nya agak terbatas kerana keadaan mata yang juga mengalami masalah...kami warga Jabatan Penjara sentiasa berdoa semuga En Hashim sekeluarga tabah dan sabar dalam menjalani hari-hari mendatang.

Seterusnya kunjungan ke rumah salah seorang ahli Persiap Pengkalan Chepa Puan Norzeri Bt Abdul Aziz isteri kepada WP 8875 Fadhil Bin Musa dialamat PT 386, Jalan Jaya Setia PCB, Kg Jaya Setia, Badang, Kota Bahru Kelantan...mengalami masalah rabun yang kritikal...hampir 9 tahun...cukup terharu dengan pertemuan ini...semuga dengan pertemuan ini mengeratkan hubungan silatulrahim di antara semua ahli-ahli Persiap Malaysia...InsyaAllah.

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih dari saya dan suami kepada Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Tn Zuki B. Mohd Zin yang turut hadir dalam lawatan ini...keprihatinan semua pehak memungkinkan segala hasrat murni kita dipermudahkan oleh Allah SWT.

Terima kasih juga kepada semua ahli Persiap Pengkalan Chepa yang telah menyusun program kebajikan ini dengan sempurna...tidak lupa kepada Persiap PPA Machang yang turut memberikan kerjasama yang baik...Kepada Puan Yus isteri Pengarah Perol Negeri Kelantan dan ahli-ahlinya kerana turut serta menzahirkan komitmen tanda sokongan kepada Persiap...terima kasih...semuga program kebajikan ini akan berterusan untuk selama-lamanya.

Sekian salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami..

Ikhlas Selalu..
Noraini Bt Hj Man