BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 7, 2010

~ Kenangan Sepanjang Majlis Hari Raya Aidil Fitri PERSIAP 2010 Dan Anugerah Anak-Anak Cemerlang 2009 ~



Tarikh : 25 September 2010 (16 Syawal 1431H)
Tempat : Dewan Penjara Kajang, Selangor
Masa : 10 Pagi

Sempena syawal yang mulia...Persiap Malaysia telah melaksanakan sambutan majlis Hari Raya Aidil Fitri dalam suasana sederhana tetapi meriah. Kehadiran ahli dari seluruh cawangan menjadikan suasana majlis meriah disamping mengeratkan hubungan silatulrahim.

Pengisian majlis ini diserikan lagi dengan sumbangan untuk anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM. Seramai 101 anak-anak terpilih telah menerima sumbangan Persiap. Sekalung tahniah untuk semua anak-anak yang telah cemerlang dalam peperiksaan 2009.

Terima kasih kepada puan-puan yang hadir mewakili anak-anak...semuga anak-anak yang kini telah melanjutkan pelajaran keperingkat tinggi memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran dan kesempurnaan dimasa hadapan. Doa yang tiada putusnya kehadrat Allah SWT... pengorbanan dan bimbingan dari ibubapa serta para pendidik menzahirkan kecemerlangan seorang anak.

IKHLAS SELALU
YDP PERSIAP