BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 16, 2011

~ * AL FATIHAH * ~



Al-Fatihah
Allahyarham TPP Tn Hj. Zainal Bin Yusuf

Tanggal 16 Januari 2011(Ahad)
11 Safar 1432H

Saya dan suami dikejutkan dengan berita sedih kembalinya
TPP Tn Hj Zainal Bin Yusuf
Kerahmatullah.
Al-Fatihah
Semuga rohnya dicucuri rahmat...mendapat tempat dalam golongan hambaNYA yang dimuliakan...dari Allah kita datang...dan kepada Allah kita dikembalikan.
Mengenang kembali saya mengenali Allahyarham Hj Zainal...segalanya menjadi ingatan sepanjang hayat. Jasa bakti Allahyarham kepada Jabatan Penjara Malaysia
Pastinya ianya kehilangan yang besar untuk Jabatan.

Saya zahirkan disini...penglibatan Allahyarham kepada PERSIAP Penjara Simpang Rengam...sewaktu saya sebagai Pengerusi Persiap Simpang rengam Dari tahun 2003-2005
Dalam tempoh 2 tahun menerajui Persiap Simpang Rengam
Pelbagai dugaan dan tekanan yang saya terima
Ini yang dinamakan perjuangan
Tanpa dugaan dan tekanan
Tiada kemanisan dan kenangan terindah tercipta
Kenangan bersama Persiap Simpang Rengam
Menjadi sejarah suka duka untuk saya kenang sehingga akhir hayat.

Allahyarham Hj Zainal banyak membantu memudah cara untuk
Persiap Simpang Rengam terus bergerak dengan pelbagai aktiviti...dan sumbangan bakti setia isteri tercinta
Puan Hjh Siti Halijah
Seorang pendidik di Sekolah Menengah Simpang Rengam
Menjadi kenangan untuk saya disepanjang hayat ini.

Puan Hjh Siti Halijah
Ketetapan takdir Illahi...terima lah dengan redha...sesungguhnya
Allah lebih menyayangi Allahyarham
Kuatkan semangat...cekal kan hati...
Ikatan ukhuwah antara kita sentiasa kekal selamanya
InsyaAllah PERSIAP sentiasa bersama Puan Hjh Siti Halijah dan anak-anak.

Sekian salam kasih sayang dari saya...suami dan anak-anak
WARGA JABATAN PENJARA MALAYSIA
PERSIAP MALAYSIA.

IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man