BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 6, 2011

~ * Salam Persaudaraan...Salam kasih Sayang * ~



Tanggal: 5 Januari 2011
(30 Muharam 1432H)

Persaraan Yg Setia Komandan PLPP

Tuan Abu Bakar Bin Isamail
Puan Zaitun Binti Samsuddin

Tegas...garang...baik hati...
Ini yang sering diucap oleh kakitangan yang pernah menjalani latihan di PLPP..dan suami saya pernah menjalani latihan di PLPP dibawah Komandan ini.

Kalau semua orang kata garang...itu saya tak pasti sebab saya tidak mengalaminya..dan tidak pernah menyaksikan sifat garang beliau...kalau dinilai dari segi raut wajah beliau...tidak dinafi...nampak garang...tegas perlu ada pada pegawai yang menerajui Pusat Latihan...kalau tidak tegas...disiplin pasti hancur dan jatidiri kakitangan tidak dapat dibentuk...

Saya dapat rasai...baik hati...keikhlasan beliau melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang beliau galas sehingga penghujung perkhidmatan beliau dalam Jabatan Penjara Malaysia...seiring dengan kelembutan suri yang setia disamping beliau...kakitangan yang pernah bertugas dan menerima latihan di bawah pimpinan beliau pasti bersetuju dengan pandangan saya..

Sentiasa menghulurkan bantuan dari segi idea dan kerjasama yang jitu membuatkan saya tidak gusar bila melaksanakan aktiviti Persiap di PLPP...diatas keyakinan ini Persiap Malaysia menganjurkan berapa aktiviti dalam tahun 2010...dari segi persiapan tempat dan kemudahan lain...tidak sesekali susah hati kerana hasilnya pasti memuaskan hati semua. Kerjasama anak-anak didik beliau...dengan disiplin yang tinggi...menzahirkan keputusan yang cemerlang.

Tempoh tahun 2010..secara peribadi saya amat kagum dengan penglibatan beliau berserta isteri..Puan Zaitun...walaupun mempunyai bilangan kakitangan yang terhad tetapi hati mereka bersatu...keluarga yang hebat...tanya la sesiapa yang singgah walaupun seketika di PLPP...pasti merasai kemanisan layanan mesra dan berhemah melayan tetamu.

Sukar dicari pengganti...mungkin masa yang dapat menentukan ada lagi insan seperti keduanya...pasti semua merasai kehilangan...merasa kehilangan untuk mendengar lagi ucapan beliau dalam acara dan majlis Jabatan...susunan kata-kata ucapan sepontan yang penuh dengan nasihat dan semangat...ucapan dan kata-kata beliau menguatkan semangat saya untuk terus bangkit dan memperbaiki kelemahan diri...

Selamat bersara Yg Setia Tuan Abu Bakar..
Perkhidmatan dalam Jabatan Penjara Malaysia pastinya indah berwarna-warni...dan pastinya ada yang menguris rasa...realiti bahawa telah banyak menjulang bakti dan menabur budi...membangun dan melakar sejarah...membina nama dan mewarnai Jabatan Penjara Malaysia.

Menangis...berduka meninggalkan tugas dan rutin harian yang dijalani berpuluh tahun...Alhamdulillah telah dizahirkan dengan tabah...dedikasi...kini tiba masanya...melaksanakan apa jua keinginan dan impian yang belum terlaksana atau belum sempat dilaksanakan.

Saya dan suami sentiasa berdoa semuga Allah menganugerahkan kesihatan yang baik...bergerak aktif...eratkan hubungan silatulrahim dengan keluarga tersayang...rakan-rakan...jiran tertangga serta masyarakat sekeliling...serta ruang waktu dapat menghadirkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Istimewa untuk Puan Zaitun...raut wajah...tutur kata...kelembutan dan kasih sayang ibarat kakak kepada adik-adik...menjadi suatu kemanisan dan keserian dalam hidup saya...dan seluruh ahli Persiap...pastinya kami akan rindu senyuman manis dan senda gurau Puan Zaitun...semuga ikatan silatulrahim kita kekal selama-lamanya...InsyaAllah...

Jasa bakti dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan akan tetap di kenang sampai bila-bila...bak kata pepatah.."Hancur Badan Di Kandung Tanah..Budi Yang Baik Dikenang Jua"...saya dan suami merakamkan jutaan terima kasih atas segala doa ikhlas...kata-kata nasihat dan perangsang untuk kami meneruskan perjuangan ini.

Semuga bahagia hendaknya disamping keluarga...anak-anak dan cucunda tersayang.

Senyuman Yang Tersirat Di Bibir Mu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Tersimpul Padu
Kenang Kami Di Dalam Doa Tuan Dan Puan
Semuga
Allah Memberkati Tuan Puan Sekeluarga.


IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man