BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 5, 2009

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...

















Ibuku Hjh Bedah Bt Abu Seman...lahir 21 ogos.1939 dan meninggal dunia pada 16 June 2006 bersamaan 19 Jamadilawal 1427 hari Jumaat..tidak dapat di ungkap dengan kata-kata...redha dengan takdir Allah..Qada Qadar Allah setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini....Selepas solat Jumaat arwah Ibu pergi meninggalkan ayahanda Hj Man Mahmod...dan empat orang anak-anak....


"IF YOU LOST YOUR MOTHER YOU LOST THE BEST OF ALL"


Arwah Ibu pergi buat selama-lamanya..setelah bertarung melawan penyakit Lukiemia (AML) hampir setahun lamanya...sepanjang tempoh menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang...sebagai anak-anak ibu yang hanya empat orang bergilir-gilir menjaga ibu....juga ayahanda Hj Man yang cukup cekal melawan perasaan hiba seorang suami....Aku kagum melihat ketabahan ayah yang cukup tenang menghadapi situasi itu...tapi sering ku lihat ayah selalu menyapu airmatanya yang sesekali mengalir di pipi...


Arwah ibu seorang yang tegas..penyayang..rajin dan dalam soal masak-memasak aku amat kagum...sesungguh nya di tanya pada semua anak di dunia ini..masakan siapa paling 'best' sudah pasti masakan ibu..aku rindu 'mehoon goreng ibu'..aku rindu 'nasi daging ibu'...bila ku tanya anak-anak ku..mereka cukup rindu 'donat tok'...'roti canai tok'...'kuih pau tok'...aku akui aku tak mampu membuat semua makanan itu mengikut acuan arwah ibu...


Anak sulong ku Ismail dilahirkan pada 12 June 1988...di ikuti anak ke dua Ahmad Faizal pada 3 Julai 1990 dan anak ke tiga Nurul Syafiqah pada 11 Ogos 1995...arwah ibu menjaga semenjak lahir selama hampir tiga bulan usia anak-anak ku...dalam tempoh 'berpantang'...aku di layan bak bidadari oleh arwah ibu...pantang larang...makan minum di beri perhatian serius..kadang-kadang sampai satu peringkat aku rasa arwah ibu seperti mendera anak sendiri...kini baru ku sedar keprihatinan arwah ibu menjaga waktu dalam 'pantang'...diusia melewati 40an ini...masih dapat mengekalkan kesihatan yang baik...InsyaAllah..


Itu lah kasih ibu yang hanya SATU di dunia ini...anak-anak ku banyak membesar bersama arwah ibu...dua anak bujang ku khatam Al Quran dengan arwah ibu..anak dara ku mengenal Alif..Ba..Ta...dengan arwah ibu..tahun 2000 aku dan suami mengerjakan Ibadah Haji...anak-anak ku serahkan kepada arwah ibu dan ayahanda Hj Man...setelah kembali dari mengerjakan ibadah haji..anak ku Nurul Syafiqah yang ketika itu berumur 7 tahun sudah boleh membaca surah Yassin...segalanya berkat tunjuk ajar ayahanda Hj Man dan arwah ibu....


Bila anak-anak balik ke rumah arwah ibu...kalau sampai malam..tilam bantal dan kain selimut dah tersedia terhampar di ruang tidur...arwah ibu sentiasa mempastikan ubat nyamuk terpasang...dan makanan pasti arwah ibu sediakan...pagi-pagi waktu nak berangkat pulang...jam 5 pagi sebelum azan Suboh..sudah terhidu aroma masakan arwah ibu...suami ku paling suka 'mehoon goreng' air tangan arwah ibu...kata suami ku..rasanya tak dapat di cari di mana-mana...hatta yang aku buat pun tak dapat sama rasanya....


Bila datang ke rumah ku...arwah ibu paling suka duduk di dapur...pelbagai kuih dan masakan akan di buat memenohi permintaan anak cucu nya...selepas tu arwah ibu akan berhujah...pelbagai komen pada ku...sebab kadang-kadang aku agak sibuk dengan aktiviti persatuan...bunga-bunga layu..rumah tak bersapu...sebab dalam soal ini arwah ibu amat mengambil berat...


Dalam masyarakat sekampung arwah ibu seorang yang aktif berpersatuan..(WI & KEMAS) arwah ibu menjadi ahli kumpulan Marhaban...Nasyid...sering mendapat jemputan dari Istana Pahang...kenduri kendara...sakit demam...kematian...arwah ibu sedaya mungkin akan menghulurkan khidmat bakti nya...sebab itu lah arwah ibu sentiasa di kelilingi ramai sahabat...


Sebagai IBU...arwah ibu telah menjadi seorang ibu yang paling sempurna buat empat anak-anaknya...dan sebagai ISTERI...arwah ibu seorang suri yang tiada galang gantinya untuk ayahanda Hj Man...tidak terhitung dan tidak terbalas jasa ibu untuk kami anak-anak...Allah memberi kesempatan untuk ku merawat arwah ibu sepanjang menerima rawatan di hospital..Allah mamberi kesempatan untuk ku mandikan..sikatkan rambut ibu...ambilkan air sembahyang untuk ibu....membaca Al Quran bersama-sama ibu...suapkan makanan untuk ibu...tapi sehingga ke hari ini...jiwaku masih rasa ralat...belum puas hati ini menjaga arwah ibu...walaupun dalam masa yang sama aku ada tanggungjawab terhadap suami serta anak-anak ku...


Ku amat bersyukur ke hadrat Allah SWT...kerana menanugerahkan seorang suami yang amat bertanggungjawab ,bertolak ansur dan amat memahami yang senantiasa menyokong diri ku dalam menghadapi situasi susah senang...anak-anak yang memahami...untuk arwah ibu yang tiada dua nya di dunia ini ku senantiasa panjatkan doa semuga roh ibu di tempatkan dalam golongan orang-orang yang Allah muliakan...


Untuk renungan semua...hargailah IBU & AYAH...selagi mereka masih ada...uruskan sakit pening mereka...ziarahlah mereka...bertanya khabar selalu....jangan bila mereka sudah menutup mata...saat itu kita tidak boleh lagi kembali ke belakang...memutar masa yang berlalu...aku juga tidak terlepas dari melakukan ketelanjuran dan kesilapan terhadap arwah ibu...sebagai anak aku sering memohon ampun dan maaf sepanjang menjaga ibu...semuga Allah menerima taubatku...