Thursday, March 11, 2010
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN PERSIAP KALI KE 21.
Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Persiap Kali Ke-21
Auditorium Mahsuri
Akademi Koreksional malaysia...Langkawi.
13-16 Mac 2010.
Selamat datang diucapkan kepada semua perwakilan PERSIAP...21 tahun tertubuhnya PERSIAP, eloklah kita terus sama-sama berazam, memikirkan sesuatu yang boleh kita laksanakan kearah pencapaian halatuju persatuan. Setiap ahli perlu jelas dan memahami kehendak dan keperluan persatuan agar tidak berlaku salah tanggapan. Semua pihak seharusnya juga sedar bahawa dalam usaha melaksanakan pelbagai aktiviti kita perlu sentiasa bersedia menerima perubahan, baik dari segi pemikiran maupun amalan selagi ianya untuk kebaikan bersama.
Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para perwakilan yang hadir, agar kita bersatu-padu dan seiring jalan demi mencapai matlamat yang kita tetapkan. Tanpa kerjasama, komitmen dan sokongan padu dari semua ahli adalah sukar bagi persatuan untuk maju ke hadapan.
IKHLAS SELALU dan jutaan terima kasih dari saya dan suami..di atas segala pengorbanan puan-puan meninggalkan sementara suami..anak-anak dan keluarga...juga tidak di lupakan kepada para suami yang telah memberi keizinan untuk puan-puan menghadiri mesyuarat ini...tanpa keizinan dan keredhaan suami...puan-puan tidak akan berada di Langkawi.
Semuga perjalanan puan-puan pergi dan kembali sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah.
Terima kasih dari saya dan suami.
Posted by z'aini at 11:30 PM