BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 22, 2010

SEMINAR MOTIVASI PEMBANGUNAN JIWA....AUDITORIUM LADA...LANGKAWI.


Tanggal 15 Mac 2010 (Isnin)..Seminar Motivasi Pembangunan Jiwa diadakan sebagai pengisian Mesyuarat Agong Tahunan Perwakilan Persiap Kali Ke 21. Memandangkan jumlah kehadiran untuk mensyuarat agong yang ramai...amat rugi kalau tidak dimanafaatkan ruang dan peluang yang ada dengan mengadakan majlis ilmu.

Penceramah jemputan iaitu Yg. Dihormati Ustaz Hj Abdul Razak B. Arifin..Pengarah Urusan ProQuest Training And Management juga merupakan panel penceramah dari LPPKN.

Tajuk ceramah yang disampaikan ialah:
  1. GEJALA SOSIAL REMAJA KITA HARI INI
  2. SAYANGI DAN DEKATI KAMI
  3. 'AYAT-AYAT CINTA: REALITI DAN FANTASI
Cabaran globalisasi...kita sebagai ibubapa semakin dihimpit dengan masaalah keruntuhan akhlak generasi muda dan dalam masa yang sama juga, kita sentiasa dihambat dengan tanggungjawab untuk mengukuhkan ekonomi rumahtangga. Oleh yang demikian, penganjuran seminar ini amat bertepatan dengan masa dan keperluan untuk meningkatkan kefahaman dan ketahanan peribadi serta mental kita sebagai wanita, isteri dan ibu dalam menempuh cabaran ini.

Adalah diharapkan agar program murni ini dapat diteruskan dari masa kesemasa. Semuga ianya akan memberi kesan positif kepada kita semua serta kesedaran betapa pentingnya hidup berkeluarga dengan mengamalkan "CARA HIDUP ISLAM DEMI KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT"