BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

Ceramah Kesihatan PERSIAP IPPM/MPM....''MENGEKALKAN KEMANISAN BERUMAHTANGGA BAGI MENJAMIN HUBUNGAN YANG BERKEKALAN''..

8 Mei 2010 (sabtu) bertempat di Dewan Zaaba, Maktab Penjara Malaysia telah di adakan ceramah kesihatan yang di sampaikan oleh Dr Mat Saat Baki dari LPPKN...ceramah ini dikendalikan oleh Biro Pendidikan PERSIAP IPPM/MPM.

Sempat hadir memberi sokongan atas daya usaha Persiap cawangan dalam melaksanakan aktiviti..dan dalam masa yang sama lawatan ke PENJARA WANITA KAJANG oleh Persatuan RSSB Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Pengisian semperna ceramah kesihatan ini di adakan pemeriksaan kesihatan...saya berkesempatan membuat ujian kolesterol dan IJT (Indeks Jisim Tubuh)...Alhamdulillah kolesterol dalam tahap yang baik cuma IJT lebih 1..menurut Pegawai Kesihatan yang membuat pemeriksaan dengan ketinggian saya sepatutnya IJT hanya 25...tapi dah naik 26...termasuk dalam OBESITI TAHAP 1..

Nasihat pegawai kesihatan kepada saya...kena turunkan berat badan 3 kilogram lagi...itu baru lebih 1...bayangkan kalau lebih 10...berapa kita perlu turunkan berat badan...renung-renungkan lah...Alhamdulillah...diusia 40an begini Allah memberi kesihatan yang baik...ini juga rezeki dari Allah yang cukup tinggi nilainya...Ku syukuri nikmat dan rahmat MU YA ALLAH.....

IKHLAS SELALU
Noraini Bt Hj Man.