BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

Ceramah Kesihatan...OSTEOPOROSIS..

Program Ceramah kesihatan Dan Pemeriksaan Kesihatan Umum
Anjuran Biro Kesihatan PUSPANITA JPPM
14 Mei 2010 (Jumaat)
Dewan Seri Seroja
Presint Diplomatik,
PUTRAJAYA.

Seramai 25 orang ahli PERSIAP IPPM telah menghadiri ceramah kesihatan bertajuk OSTEOPOROSIS..Ceramah di sampaikan oleh Dr Azmi dari HUKM seorang pakar tulang. Banyak ilmu yang di perolehi berkaitan dengan pentingnya penjagaan kesihatan dan berkaitan dengan tulang.

Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datin Sri Nabihah Binti Hj Hassan selaku Pengerusi PUSPANITA KDN. Ceramah bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12 tengahari...banyak ilmu yang diperolehi dan kepentingan menjaga tulang yang disampaikan oleh Dr Azmi.

Dapat dikongsi bersama ialah banyak faktor yang menyebabkan OSTEOPOROSIS...antara yang dapat dinyatakan disini ialah..faktor umur...keturunan...cara hidup..menepous...ubat-ubatan yang banyak mengandungi steroid yang menyumbang ke arah tulang reput..kegagalan buah pinggang...

Oleh itu sama-sama lah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat...makanan yang seimbang...senaman...berhenti segera dari merokok....agar kita sihat apabila usia meningkat...saya juga berkesempatan menjalani ujian tulang...pemeriksaan ini memberi penilaian mengenai kualiti dan kekuatan tulang. Ia juga dapat membantu menaksirkan risiko terhadap keretakan akibat OSTEOPOROSIS..

Syukur Alhamdulillah...tulang saya masih dalam keadaan baik mengikut umur...masih dalam ZON HIJAU...oleh itu marilah sama-sama kita mengamalkan cara hidup sihat...jaga permakanan dan yang penting senaman secara berterusan...

IKHLAS SELALU
Noraini Bt Hj Man.