BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 15, 2010

MESYUARAT MT PERSIAP BIL 2/2010 DAN BIRO PENDIDIKAN 2010.


MESYUARAT MT PERSIAP Bil 2/2010 DAN AKTIVITI BIRO PENDIDIKAN PERSIAP MALAYSIA
Tarikh : 28-29 Mei 2010
Tempat : PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA, TAIPING, PERAK.

Assalamualaikum wbt...

Salam kasih sayang dari saya untuk seluruh ahli PERSIAP yang saya kasihi walau dimana berada...doa dan harapan saya puan-puan dan keluarga sentiasa di dalam rahmat dan hidayah Allah hendaknya...Walaupun kita tidak pernah bersua muka...walaupun kita tidak selalu berjumpa...doa saya tidak pernah putus semuga puan-puan sentiasa sihat...ceria dan sabar...tabah selalu dalam menghadapi hari-hari mendatang...menjadi isteri kesayangan kepada suami tercinta...menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibubapa...menjadi seorang ibu yang pengasih lagi penyayang kepada anak-anak...dan menjadi seorang wanita yang paling tabah dalam mengharungi liku-liku hidup yang amat mencabar ini.

Untuk semua ahli saya yang bergelar IBU...untuk semua ahli saya yang di sapa CIK GU...izinkan saya menzahirkan ucapan dan doa kudus untuk semua...SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU...semuga puan-puan menjadi wanita yang cemerlang...gemilang dan terbilang. Bertuahnya kita bergelar WANITA...khidmat bakti...pengorbanan diiringi ketulusan hati dan kerendahan nurani menzahirkan kita sebagai ISTERI kebanggaan SUAMI...IBU kesayangan ANAK-ANAK...dan sejuk nya perut IBU yang melahirkan kita....

Di ruangan ini saya pohon keikhlasan puan-puan dalam menjalani amanah Allah sebagai ahli PERSIAP...kita tidak diberi ganjaran...kita tidak menerima imbuhan dalam menabur khidmat bakti sebagai ahli PERSIAP...tapi mudah-mudahan kita diberi Allah SWT ganjaran sewaktu kita mengadap NYA nanti...selagi hayat di kandung badan...mari lah sama-sama kita memohon kehadrat Allah SWT semuga sentiasa diberi kesihatan yang sempurna...untuk kita jalankan amanah sebagai anak...isteri dan ibu.

Alhamdulillah sebagai ANAK...Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita berbakti kepada kedua ibu bapa...sebagai ISTERI kita berupaya membahagiakan SUAMI dan sebagai IBU kita diberi kedudukan yang tinggi oleh ALLAH SWT untuk melahirkan zuriat...kesihatan yang baik...rumahtangga yang bahagia dan anak-anak yang soleh solehah merupakan rezeki yang tinggi nilainya anugerah ALLAH SWT kepada kita...

Sempena Mesyuarat MT PERSIAP BIL 2/2010 dan aktiviti BIRO PENDIDIKAN...mari lah sama-sama kita hadir menjalankan amanah ALLAH ini..tanda sokongan dan kasih sayang serta menjalinkan hubungan silatulrahim diantara kita. Bertepatan dengan ruang dan peluang yang ada...lawatan menziarahi ahli PERSIAP TAIPING yang tidak sihat dan mengalami kebakaran baru-baru ini sudah diatur.

Kepada Pengerusi dan ajk PERSIAP POKOK SENA dan Pengerusi, ajk PERSIAP PLPP selaku pehak pengelola bersama.. BIRO PENDIDIKAN saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha murni ini. Untuk Komandan PLPP..Y.setia Tn Abu Bakar B. Ismail serta warga PLPP terima kasih dalam usaha membantu menyediakan tempat dan semua urusan yang berkaitan dengan Mesyuarat MT dan Seminar ini.

Seminar kali ini berkaitan dengan tajuk :-
  • Wanita dan Obesity
  • Wanita dan Seksualiti
  • Pengurusan Kewangan Diri Dan keluarga
InsyaAllah...Saya berdoa dapat berjumpa puan-puan dari semua cawangan dalam Mesyuarat MT dan seminar yang akan di adakan pada tarikh dan tempat yang telah di tetapkan. Semuga hasrat murni kita dengan hala tuju..''ILMU DI PERTINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN" dipermudahkan oleh ALLAH SWT...

Sekian...salam penuh taqzim dan kasih sayang dari saya..

Ikhlas Selalu..
Noraini Bt. Hj Man.