BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA AHLI BERSEKUTU PERSIAP PENGKALAN CHEPA...


Tanggal: 23 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9 Pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Murad Ahmad.

Tidak dapat diungkap dengan kata-kata...syukur Alhamdulillah diatas izin Allah jua...saya dapat berjumpa dengan hampir 60 orang ahli yang telah bersara yang kini menetap dinegeri Kelantan.
Maklum la setelah suami mereka bersara dari Jabatan Penjara Malaysia...mereka juga turut meninggalkan PERSIAP...

Namun kini usaha giat di lakukan diseluruh peringkat cawangan Persiap untuk mengumpulkan kembali bekas ahli-ahli Persiap ini. Saat bersua muka dengan ahli-ahli ini mengungkap sejuta rasa...terubat rindu yang sekian lama terpendam...kerana ramai di antara yang hadir saya masih mengenalinya...
 
Mereka masih anggun dan bergaya...masih sihat dan ceria..hadir bersama suami tersayang...saya sempat berkongsi cerita dan meminta pandangan serta nasihat...kata mereka rutin harian ialah ke masjid...menghadiri majlis2 ilmu...menjaga cucu-cucu...kebahagiaan terpancar jelas dari riak wajah mereka...pertemuan ini cukup bererti untuk saya dan ahli Persiap Pengkalan Chepa.

Majlis juga diserikan dengan sambutan HARI IBU sebagai penghargaan PERSIAP PENGKALAN CHEPA kepada ahli-ahli bersekutu yang hadir...


Sebagai pengisian majlis turut di sampaikan saguhati sumbangan dari POA untuk anak-anak cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM...semuga sumbangan ini menjadi pembakar semangat untuk anak-anak berjaya dalam pembelajaran dan berjaya dalam hidup.


Tidak dilupakan majlis turut menjemput balu kepada Pegawai Penjara Allahyarham Rosli B. Hamzah yang telah meninggal dunia awal tahun 2010...sumbangan dari Persiap dan Jabatan turut di hulurkan. Semuga roh Allahyarham Rosli B. hamzah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang Allah muliakan......
AL FATIHAH...

Majlis berakhir dengan seribu kenangan yang tidak mungkin saya lupakan...sekalung ucapan syabas dan tahniah untuk Pengerusi Persiap Pengkalan Chepa..Puan sharina..AJK Persiap Pengkalan Chepa serta warga Penjara Pengkalan Chepa kerana telah menzahirkan usaha yang mulia...di doakan segala usaha mulia..diiringi dengan keikhlasan dan kejujuran ini mendapat rahmat dan hidayah dari Allah...semuga Allah sentiasa mempermudahkan segala usaha murni kita ini...InsyaAllah.


Salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami.


IKHLAS SELALU
Noraini Hj Man.