Monday, May 31, 2010
MESYUARAT MT PERSIAP BIL 2/2010...
Tanggal: 28 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Bilik Hang Tuah, PLPP
Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon berbanyak-banyak maaf kerana terpaksa memecah tradisi amalan melaksanakan Mesyuarat MT PERSIAP MALAYSIA...lazim nya mesyuarat di buat waktu pagi atau petang...tapi mesyuarat MT BIL 2/2010 ini terpaksa pecah rekod di adakan waktu malam...
Terjadi nya keadaan luar biasa ini memandangkan terpaksa mengejar masa yang ada...menjimatkan masa dan pergerakkan ahli yang terlibat dengan Mesyuarat MT yang di jalankan tiga kali setahun...pendekatan juga di ambil dengan melaksanakan AKTIVITI BIRO PENDIDIKAN PERSIAP MALAYSIA..agar pengisian ini memberi impak yang positif kepada semua ahli Persiap.
Saya sedaya mungkin menangguhkan mesyuarat jam 10.30 malam...2 jam bermesyuarat rasanya sudah memadai...memandangkan ada mata ahli mesyuarat yang kuyu dan merah menahan letih dan mengantuk agaknya...namun ini merupakan pengalaman yang cukup menarik bagi saya dan ahli mesyuarat...saya dapat melihat pelbagai gaya dan persembahan lapuran dari pengerusi cawangan...sekali sekala buat kejutan apa salahnya kan...
Hasilnya Persiap kini sudah nampak kemajuan...pengerusi cawangan sudah dapat mempamirkan keyakinan diri dan komited untuk memajukan cawangan masing-masing. Terima kasih semua yang berkorban masa dan tenaga untuk memperkasakan hala tuju PERSIAP.
Ruang dan peluang yang ada...izinkan saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA, TAIPING diatas kesudian menyediakan tempat mesyuarat dan Auditorium Ilmu PULAPEN untuk tempat seminar Biro Pendidikan kali ini. Khas saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Y. setia Tn Abu Bakar B. Ismail selaku Komandan PLPP...Pengerusi Persiap PLPP..Pn Zaiton Shamsuddin..AJK pengelola majlis serta tidak ketinggalan warga PLPP..tidak lupa pelatih PLPP...
Tanpa sokongan dan bantuan semua maka dua majlis PERSIAP MALAYSIA tidak mungkin berjalan dengan lancar dan sempurna...ada suara-suara manja usikan ahli-ahli Persiap yang hadir ''Macam datang majlis kawin je...siap dengan khemah..tatarias bunga disetiap sudut dan boleh 'sumbangkan' suara lagi...''...difahamkan sewaktu mesyuarat MT berlangsung...ahli-ahli Persiap yang menghadiri seminar sempat menghiburkan hati dengan 'mensumbangkan' suara yang merdu....
Saya mengharapkan semua ahli yang hadir selama 2 hari di PLPP berpuashati dan mendapat ilmu yang berguna menerusi seminar kesihatan dan pengurusan kewangan ini...sekiranya ada kekurangan dan perlu penambah baikkkan...saya amat mengalu-alukan pandangan membina dan positif dari semua ahli Persiap...semuga dari masa ke semasa kita saling membantu untuk memperkasakan PERSIAP yang kita sayangi.
Tidak lupa ucapan jutaan terima kasih kepada suami puan-puan yang memberi keizinan untuk hadir mesyuarat dan seminar...tanpa izin dan redha seorang suami pastinya kita semua tidak berada di PLPP...Saya dan suami sentiasa mendoakan semuga rumahtangga puan-puan dilimpahi rahmat dan hidayah dari Allah..disamping anak-anak yang soleh dan solehah...
Sekian...salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...
IKHLAS SELALU...
Noraini Hj Man.
Posted by z'aini at 1:50 AM
Labels: PERSIAP MALAYSIA 2010.