BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

KENANGAN SEPANJANG SEMINAR WANITA PEMANGKIN KELUARGA BAHAGIA...BIRO PENDIDIKAN PERSIAP MALAYSIA 2010..


Tanggal: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat: Auditorium Ilmu PULAPEN, Taiping Perak.

Tajuk Seminar:
  • Wanita Dan Seksualiti - Dr Zubaidah Binti Md. Sani
  • 3G - Punca Dan Masalahnya - Dr Zamri Bin Mansor
  • Pengurusan Kewangan Dalam Institusi Keluarga - Prof. Madya Dr. Fauziah Binti Zainal Abidin.
Ucapan terima kasih didahulukan kepada Pengerusi Persiap Pokok Sena..Puan Hajah Dr Habsah diatas komitmen dan daya usaha menzahirkan sesuatu yang amat berguna kepada ahli-ahli Persiap...Pengisian ilmu khusus untuk wanita ini memberi kesedaran kepada kita sebagai wanita, isteri dan ibu.

Slot pertama..Wanita dan Seksualiti tertumpu pelbagai aspek berkaitan dengan penyakit yang banyak dihidapi oleh wanita masa kini..dan bagaimana cara untuk mengawal...mengubati dan sedaya mungkin mengelak dengan cara pengurusan diri dan penjagaan kesihatan dari awal lagi...Alhamdulillah banyak info yang berguna dapat di kongsi bersama dengan penceramah...

Slot kedua..berkaitan dengan 3G...GEMUK..GEMPAL..GENDUT..alahai amat menakutkan...selalu kita dengar...kalau nak gemuk amat mudah sekali...nak turun berat badan sesuatu yang amat menyeksakan...topik ni cukup menarik untuk dihayati dan diharapkan dapat diamalkan dari masa kesemasa...pentingnya kita mengawal berat badan...


Slot ketiga..Pengurusan Kewangan Dalam Institusi keluarga...banyak pendedahan bagaimana kita mengawal perbelanjaan dalam keluarga...membuat tabungan agar kita sentiasa bersedia bila berlaku masalah dalam keluarga...persediaan untuk pendidikan anak-anak...dan tabungan untuk kesihatan. Topik ini amat berguna untuk kita sebagai wanita..isteri dan ibu...kerana perbelanjaan dalam rumahtangga banyak hubung kait dengan kita...maka seharusnya kita peka dengan pengurusan kewangan agar sebagai isteri kita dapat membantu dan memahami serta mengatur sebaik mungkin pendapatan suami.


Mudah-mudahan SEMINAR WANITA PEMANGKIN KELUARGA BAHAGIA ini membantu kita kearah memperlengkapkan diri sebagai wanita..isteri dan ibu kepada suami tercinta dan untuk anak-anak tersayang. Sebagai isteri dan ibu sama-sama lah kita memperbaiki segala kelemahan yang ada...sentiasa mempersiapkan diri dengan segala ilmu...baik dari segi jasmani agar sentiasa sihat dan cantik untuk suami dan anak-anak dan dalaman rohani amat penting agar pancaran kasih sayang akan lahir dari hati kita yang suci bersih...InsyaAllah...


Airmata saya gugur juga akhirnya...sebaik melangkah ke dalam Auditorium Ilmu PULAPEN..disambut dengan nyanyian Koir PELATIH PLPP...lagu ''PAHLAWAN KU'' cukup terkesan dihati...backdrop yang cukup indah...penghormatan untuk kami PERSIAP MALAYSIA yang dizahirkan oleh Y.Setia Tn Abu Bakar..Komandan PLPP..Pn Zaiton serta warga PLPP tidak dapat dilafaz dengan kata-kata...hanya kepada Allah dipohonkan segala yang terbaik telah dizahirkan untuk kami...hanya Allah saja yang dapat membalas segala keikhlasan dan ketulusan warga PLPP...


Dipohonkan selama PERSIAP MALAYSIA berada di PLPP...seandainya ada salah silap..ketelanjuran tingkah laku serta tutur kata yang kurang menyenangkan...saya mewakili semua ahli Persiap yang terlibat menyusun sepuluh jari memohon maaf...semuga di masa-masa akan datang PERSIAP MALAYSIA dapat menjalankan aktiviti lagi di PLPP.


Sekian salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami..


IKHLAS SELALU...
Noraini Bt Hj Man.