Monday, May 31, 2010
ZIARAH KELUARGA KIP SARUDDIN BIN JUSUH....
Tanggal: 28 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 3 Petang
Tempat : Kemunting, Perak.
Selaras dengan hala tuju PERSIAP MALAYSIA...hasrat dan impian untuk merealisasikan..''ILMU DI PERTINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN''...PERSIAP TAIPING dan PERSIAP PLPP telah mengaturkan ziarah ke rumah KIP Saruddin B. Jusuh di alamat Taman Palma, Kemunting Perak.
Saya dan ahli PERSIAP berkesempatan melawat rumah KIP Saruddin yang mengalami kebakaran pada 21 Mac 2010 yang lalu...banyak kerosokan yang berlaku dan sekarang dalam proses membaiki rumah tersebut. Di doakan semuga KIP Saruddin sekeluarga sentiasa tabah dan sabar...dan amat bersyukur Allah melindungi isteri dan anak-anak beliau.
Selepas itu saya dan ahli PERSIAP dibawa kerumah sewa KIP Saruddin yang tidak jauh dari situ. Isteri beliau baru melahirkan anak ke tiga....tahniah dari kami. Kesempatan ziarah ini dapat lah kami berkenalan dengan ibu mertua KIP Saruddin...suatu pertemuan yang dapat mengeratkan hubungan silatulrahim diantara kita semua...Alhamdulillah...
Terima kasih kepada PERSIAP TAIPING dan PERSIAP PLPP kerana mengaturkan ziarah ini..mudah-mudahan dengan jalinan ukhwah ini dapat menyatukan hati kita...hubungan silatulrahim kita semakin erat...terima kasih saya ucapkan kepada seluruh cawangan PERSIAP MALAYSIA yang telah menghulurkan derma ikhlas sebagai sumbangan kita kepada keluarga KIP Saruddin. Sumbangan ahli PERSIAP telah saya sampaikan pada petang itu.
Sekian..salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...
IKHLAS SELALU..
Noraini Bt Hj Man.
Posted by z'aini at 7:53 PM