Monday, May 31, 2010
PUAN NORAINI...DOA PERSIAP MALAYSIA SENTIASA BERSAMA MU....
Tanggal: 28 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 4 Petang
Tempat: Kediaman Pn Noraini.
Masih menjalani rawatan di Hospital Ipoh, Perak...Puan Noraini Bt. Mat Saman..mengidap B-cell Lymphoma, stage 1V B. Isteri kepada Kpl Rosli..kakitangan PENJARA TAIPING..dan ibu kepada empat orang cahayamata lelaki. Sewaktu bersua dengan Pn Noraini...ini untuk ke dua kali nya bagi saya...beliau semakin sihat tetapi masih menerima rawatan di Hospital Ipoh.
Saya dan ahli PERSIAP PLPP dan PERSIAP TAIPING dapat berbual dan bertanya khabar tentang perkembangan kesihatan Pn Noraini...kami PERSIAP MALAYSIA sentiasa mendoakan semuga Allah sentiasa melindungi...merahmati serta memberi kekuatan untuk Pn Noraini menjalani hari-hari mendatang.
Terima kasih diatas layanan mesra ibubapa mertua Pn Noraini sepanjang kami berada di rumah Pn Noraini...dapat menikmati juadah petang yang enak lagi lazat...meehon sup...rojak buah..kuih muih yang enak....namun kami tidak dapat berbual panjang kerana masih ada tugasan disebelah malam yang menanti...iaitu MESYUARAT MT BIL 2/2010..
Sekian..semuga kita semua akan bertemu lagi dengan Pn Noraini sekeluarga..salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...
IKHLAS SELALU...
Noraini Bt Hj Man.
Posted by z'aini at 8:27 PM