BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 3, 2010

RAMAH MESRA BERSAMA AJK PERSIAP PENGKALAN CHEPA DAN ZIARAH AHLI...

Kunjungan ke Penjara Pengkalan Chepa pada 11 April 2010... bersama suami dalam melaksanakan tugas rasmi...saya mengambil peluang dan mengisi ruang yang terbatas untuk menziarahi mantan ahli PERSIAP Pengkalan Chepa yang baru kematian suami tercinta...Puan Hjh Siti Zaweyah Binti Jusoh balu kepada Allahyarham Sjn 2077 Ab. Rahim Bin Daud di alamat Kg. Petani Sering, Kota Bahru, Kelantan...meninggal dunia pada 6 Mac 2010 yang lalu kerana mengalami stoke..semuga rohnya di cucuri rahmat dan Allah menempatkan dalam golongan orang dimuliakan..Amin.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah Pengerusi Persiap Pengkalan Chepa iaitu Puan Nur Atiqah Gan Bt. Abdullah...dan AJK PERSIAP. Walaupun sebelum ini saya tidak berkesempatan mengenali Puan Hjh Zaweyah namun pertemuan pertama ini lebih mendekatkan diri saya dengan ahli dipelbagai peringkat...Dalam usaha PERSIAP MALAYSIA sedang mengumpulkan kembali ahli-ahli yang sudah bersara dari Jabatan Penjara Malaysia saya melihat usaha ini begitu murni dalam kita memperkasakan modal insan.

Pertemuan ini di sertakan dengan sumbangan khairat kematian dari Jabatan Penjara Malaysia untuk Puan Hjh Zaweyah...dan sedikit buah tangan dari sumbangan PERSIAP PENGKALAN CHEPA....saya amat mengharapkan usaha murni ini diteruskan dan semua cawangan PERSIAP berusaha mencari kembali ahli-ahli PERSIAP yang telah mengikut suami bersara dan ibu-ibu tunggal yang kematian suami...semuga jalinan ukhwah sesama kita akan terus berkekalan....InsyaAllah.

Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Pengerusi Persiap serta AJK..berkenalan dengan lebih dekat dan memberikan pandangan kearah penambahbaikan halatuju PERSIAP...mudah-mudahan dengan pertemuan singkat ini dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di antara kita semua...juga saya dan suami sempat melawat Gelari Penjara Pengkalan Chepa...dan bergambar kenangan bersama Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan staf Galeri...