Tanggal 10 April 2010..saya, suami dan beberapa kakitangan IPPM berkesempatan menghadiri majlis yang telah disusun di PPA Machang, Kelantan. Secara peribadi majlis ini begitu bermakna bagi diri saya...bukan kerana di sambut...di layan...dan di hidangkan dengan santapan yang enak-enak...tapi peluang dan ruang dengan izin Allah SWT jua maka saya serta rombongan dapat berkenal mesra dengan warga PPA Machang dan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Anak-Anak Yatim Machang, Kelantan....
Tiada apa yang indah dalam hidup ini...seandainya jiwa kita resah gelisah...dan majlis sebegini sesungguhnya dapat mendidik jiwa kearah ketenangan yang hakiki. Bukan mencari nama untuk di sanjung dan di puja...tapi ini sekadar termampu dan terdaya di laksanakan dalam menjalankan amanah dan tangongjawab yang di beri Allah SWT...kesempatan bersua muka dengan anak-anak yatim dan anak-anak ahli PERSIAP yang kurang sihat ini banyak menginsafkan diri sendiri....
Majlis di susun begitu sempurna sekali...dalam kesederhanaan ini...tersimpul kenangan yang abadi...untuk diri saya dan suami kenangan ini tidak dapat di bayar dengan nilaian wang ringgit...selama ini saya tidak mengetahui bahawa di peringkat cawangan PERSIAP ada anak-anak ahli yang mengalami pelbagai situasi. Mungkin kita hanya sekadar tahu tapi tidak ambil tahu. Kita sekadar bertanya khabar...tapi kita tidak bersua muka dengan ahli serta anak-anak ini....
Sumbangan untuk anak-anak yatim ini adalah hasil usaha murni PERSIAP PPA Machang berniaga...dan sumbangan untuk anak-anak ahli yang sakit kronik ini adalah sumbangan dari tabung PERSIAP MALAYSIA yang akan diberi dua tahun sekali. Berjumpa ahli dan anak-anak ini merupakan detik yang membahagiakan dalam hidup saya...walaupun seketika tapi melalui pertemuan ini saya rasa semakin dekat diri saya dengan ahli PERSIAP....Terima kasih semua..
Kesempatan yang ada saya berpeluang berjumpa dengan Pengerusi dan AJK PERSIAP Machang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan berkongsi pandangan berkaitan dengan halatuju PERSIAP...kearah penambahbaikan agar kita sama-sama dapat memperkasakan impian PERSIAP iaitu..''ILMU DI PERTINGKATKAN...KEBAJIKAN DI UTAMAKAN''.
Izinkan saya....berilah peluang dan ruang untuk saya mendekati ahli serta anak-anak dari seluruh cawangan
PERSIAP....kerana ini amanah yang Allah SWT berikan kepada saya dan suami untuk di laksanakan. Terima kasih kepada Pengarah PPA Machang...Pengerusi PERSIAP PPA Machang...AJK PERSIAP serta seluruh warga PPA Machang, Kelantan di atas kesudiaan menerima kunjungan kami dan menzahirkan impian dan harapan saya untuk bersua dengan ahli serta anak-anak....
Monday, May 3, 2010
SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK SAKIT KRONIK PERSIAP PPA MACHANG, KELANTAN.
Posted by z'aini at 1:55 AM