BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 10, 2010

~ Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah ~


Di bawah aktiviti Biro Kebajikan PUSPANITA KDN lawatan telah disusun ke Pusat Jagaan Baitus Sakinah Mahabbah pada 27Julai 2010 yang lalu. BAITUS SAKINAH WAL MAHABBAH adalah nama yang istimewa kerana ia bermaksud RUMAH KETENANGAN DAN KASIH SAYANG. Rumah ini ditubuhkan pada awal Januari 2009.

Pusat ini ialah sebuah Pusat Jagaan berbentuk sistem asrama dan berkonsepkan kekeluargaan yang diujudkan untuk menjaga, mendidik golongan kanak-kanak dan remaja dibawah umur 20tahun dari kalangan anak-anak yatim, golongan susah/fakir miskin, OKU, anak-anak kepada pesakit kronik( Sakit jantung, injap bocor,kencing manis, asnaf zakat serta remaja-remaja yang tercicir pelajaran.

Puspanita KDN mengambil pendekatan untuk membantu semampunya anak-anak ini. Kehadiran hampir 60 orang ahli Puspanita KDN menyimpul sejuta rasa gembira untuk anak-anak ini. Puspanita KDN juga akan menyumbangkan baju raya kepada anak-anak ini. Kesempatan yang ada ahli rombongan sempat makan tengahari bersama anak-anak yang baru balik dari sekolah.

Penyampaian duit raya dari Ybhg Datin Seri Hajah Nabihah selaku Pengerusi Puspanita KDN...turut serta dalam ziarah ini ialah Ybhg Datin Jasiah selaku Ketua Biro Kebajikan..Ybhg Datin Zahrah..Pengerusi-pengerusi cawangan kecil Puspanita turut hadir.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari Web: www.baitussakinah.org

Sebarang pertanyaan dan urusan bolehlah menghubungi:
Puan Kartini Maarof
(Penyelia & Kaunselor)
H/P: 013-2556062


Puan Ummu Ammarah Asmid
(Pentadbiran & Pegawai Perhubungan)
H/P: 019-5172798

Ikhlas Selalu...
Noraini Bt Hj Man