BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 11, 2010

~* Pertandingan Nasyid Puspanita KEMENTERIAN DALAM NEGERI *~


Tanggal : 6 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 9 Pagi
Tempat : Dewan Balora, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.


Buat julung kalinya PUSPANITA KDN menganjurkan Pertandingan Nasyid. Pertandingan ini anjuran Biro Agama dibawah Puspanita Cawangan Kecil JIM. Sekalung ucapan tahniah dan syabas kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan yang baik dan sempurna.


Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Puspanita KDN Ybhg Datin Sri Hajah Nabihah Bt Hj Hassan dan seterusnya merasmikan Pertandingan Nasyid kali pertama ini. Turut serta dalam majlis ini ialah Tim Pengerusi Puspanita Ybhg Datin Jasiah..Ybhg Datin Masitah..Ybhg Datin Zahrah dan pengerusi cawangan kecil Puspanita KDN.


Suatu permulaan yang baik...penyertaan enam kumpulan dari Puspanita cawangan kecil iaitu:
- Puspanita Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia
- Puspanita Cawangan Kecil AADK
-Puspanita Cawangan Kecil JPPM
-Puspanita Cawangan Kecil Ibu Pejabat KDN
-Puspanita Cawangan Kecil JIM
-Puspanita Cawangan Kecil JPAM


Alhamdulillah..untuk Pertandingan Nasyid Puspanita KDN yang julung kali nya ini..rezeki kejayaan telah berpehak kepada Pusapanita Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia. Terima kasih atas daya usaha semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjadikan kejayaan ini suatu realiti yang cukup bermakna.


Saya dan suami merasa cukup terharu dan amat berbangga dengan komitmen yang tinggi yang telah dizahirkan oleh semua yang terlibat. Tahniah kepada Kpl Jamil..Kpl Marsidi serta mendapat kerjasama dari En Shariman.. pesara Jabatan Penjara Malaysia yang berusaha gigih menjadikan kedua-dua lagu ini dinobatkan sebagai Johan. Lagu bertajuk PESANAN IBU dan IMAN PEMBIMBING SEGALANYA membawa tuah kepada kumpulan nasyid "NUR 'AIN''.


Tidak ketinggalan ucapan terima kasih saya dan suami zahirkan kepada Tn Mat Zait selaku pegawai penyelaras..Sjn Salmah yang membuat pemantauan secara keseluruhan..Kpl Sukri dalam bidang PA Teknikal...dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyumbang kearah kejayaan kumpulan Nasyid 'NUR' AIN'.


Teristimewa untuk enam anggota Kumpulan Nasyid NUR'AIN...tiada bicara dapat saya lafazkan untuk menzahirkan kesyukuran dan jutaan terima kasih atas segalanya...pengorbanan masa..tenaga dan wang ringgit yang telah dicurahkan memberi makna yang cukup mendalam dalam jiwa saya...inilah hasil yang kita semua perolehi apabila kita melaksanakan sesuatu tugasan dengan penuh rasa KEIKHLASAN dan sentiasa berada diatas landasan yang benar...InsyaAllah..pasti Allah mempermudahkan segala urusan kita.


Tempat ke dua telah dimenangi oleh Puspanita Cawangan Kecil JIM dan tempat ke tiga disandang oleh Puspanita Cawangan Kecil AADK....Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya...juga ucapan tahniah kepada semua kumpulan yang menyertai pertandingan ini...Anda semua terbaik diantara yang terbaik.


Salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...


Ikhlas Selalu
Noraini Bt Hj Man