Tanggal : 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8 Pagi - 2 Petang
Tempat : Penjara Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh Melaka.
Program yang menjurus kearah mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli-ahli Persiap seluruh cawangan telah berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria sekali...disamping kehadiran jemputan dari Persatuan Wanita Negeri Melaka turut memeriahkan lagi suasana. Hasrat untuk membawa nama PERSIAP lebih dikenali ramai maka usaha murni ini diharapkan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang..InsyaAllah...
Persiap cawangan negeri Melaka turut membantu dan memberikan kerjasama yang baik..terima kasih kepada AJK Majlis Tertinggi Persiap Malaysia, Penjara Wanita Kajang, Penjara Dusun Dato' Murad. Sek. Hendry Gurney Telok Mas, Penjara Sungai Udang dan Institut Koreksional Malaysia.
Program dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh kakitangan Penjara Wanita Kajang...Alhamdulillah penyertaan yang membanggakan dari semua yang hadir..kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan boleh dipupuk melalui aktiviti yang sihat ini.
Acara ke dua ialah Pertandingan Memasak tajaan dari pihak Adabi dan Gas Petronas...penyertaan cukup menggalakkan dari cawangan Persiap dan Persatuan Wanita Negeri Melaka. Bahan asas yang disediakan oleh pihak penganjur ialah Ikan Patin dan Ayam kampung. Kretiviti ahli-ahli Persiap cukup membanggakan. Tahniah untuk semua yang berjaya dan syabas serta jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan memasak ini...puan-puan semua terbaik diantara yang terbaik.
- Johan - Persiap Alor Star, Kedah
- N/Johan - Persiap Seremban, Negeri Sembilan
-Ke tiga - Persiap Seremban, Negeri Sembilan
Segmen ketiga ialah ceramah kesihatan berkaitan penyakit kanser yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan NCSM Dr Dalillah Kamaruddin dengan kerjasamaa majalah NONA dan Majlis Kanser Kebangsaan. Banyak ilmu yang berkaitan dengan kanser dan wanita dapat dikongsi bersama...Alhamdulilllah semuga ilmu yang diperolehi walaupun dalam masa yang singkat memberi kesedaran yang tinggi kepada semua ahli Persiap yang hadir...InsyaAllah.
Saya mewakili AJK Penganjur memohon maaf sekiranya sepanjang program ini berlangsung ada ruang-ruang kelemahan yang tidak disengajakan...sesungguhnya dalam proses pembelajaran dan penambahbaikkan pasti kelemahan dan terlepas pandang ini akan berlaku. Ini semua memberi impak positif dalam usaha kita memberi yang terbaik untuk seluruh ahli Persiap.
Saya sentiasa membuka ruang dan memberi peluang kepada seluruh ahli Persiap untuk menyuarakan pandangan dan cadangan yang positif demi memperkasakan PERSIAP yang kita sayangi..di ruangan ini saya mengambil kesempatan menzahirkan jutaan terima kasih kepada semua AJK pengelola yang telah berusaha menjayakan program yang murni ini...tidak lupa kepada Pengarah Penjara Wanita Kajang Puan Zainah Bt Pardi, Pengarah Institusi Zon Melaka yang banyak membantu dan hadir memberi sokongan dan bantuan. Tanpa komitmen yang padu dari semua pehak program ini tidak dapat dilaksanakan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada Chef Hj Rahman dari ADABI yang hadir memberikan semangat walaupun dalam kesihatan yang masih belum stabil...semuga hubungan kerjasama antara PERSIAP dan ADABI akan berterusan dan tidak dilupakan pehak PETRONAS yang turut menyediakan kemudahan memasak. Untuk majalah NONA dan RASA diharapkan dapat lagi meneruskan kerjasama ini dimasa-masa akan datang...
Kepada semua pehak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung diucapkan setinggi-tinggi terima kasih...semuga segala usaha murni ini mendapat keberkataan dari Allah SWT.
Sekian salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami.
Ikhlas Selalu
Noraini Bt Hj Man