BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

* Majlis Bacaan Yassin..Tahlil..Doa Selamat *


Majlis bacaan Yassin..tahlil dan doa selamat telah disempurnakan pada 15 oktober 2010 bersamaan 7 zulkaedah 1431H.
Bertempat di Surau IPPM majlis ini berlangsung dengan penuh rasa kasih sayang walaupun dalam suasana kesederhanaan. Terima kasih kepada semua ahli Persiap yang hadir untuk sama-sama kita hadiahkan bacaan Yassin dan doa kepada insan kesayangan yang telah pergi menyahut seruan Illahi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib Yang Dipertua Persiap Puan Norsina Bt Panot..Puan Jamilah..Puan Kamsiah..Puan Zulia..serta ahli-ahli Persiap cawangan IPPM. Majlis berbesar hati dengan kehadiran mantan Yang Dipertua Persiap Malaysia Yg Bhg. Datin Hjh Fatimah Bt Mohamad..ahli-ahli Bersekutu Persiap iaitu Puan Helmiah..Puan Rokiah..Puan Fidah dan beberapa orang lagi. Juga tidak lupa ucapan terima kasih kepada beberapa ahli Persiap Penjara Wanita Kajang.

Majlis ilmiah sebegini bertujuan merapatkan jalinan ukhwah dan mengeratkan silatulrahim sesama ahli Persiap...bukan sesuatu yang mudah untuk kita bertemu sekiranya tiada hal yang mustahak...kerana kita semua mempunyai komitmen terhadap tugas hakiki bagi yang berkerja dan urusan rumahtangga yang tiada kesudahannya.

Sebelum bacaan yassin dimulakan kami mendapat berita Cik Rolijah..Staf Penjara Wanita Kajang telah kembali kerahmatullah..di Hospital Johor Bahru..sekian lama mengidap breast cancer...semuga roh Allahyarhamah Rolijah mendapat tempat yang mulia bersama orang-orang yang Allah SWT kasihi...Al Fatihah.

Kami juga menerima berita Mantan Ketua Pengarah Penjara Ybhg Dato' Hj Nik Ariffin sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur..kami warga Jabatan Penjara Malaysia sentiasa mendoakan semuga Ybhg Dato' cepat sembuh dan diberi Allah kekuatan dan kesabaran selalu...InsyaAllah.

Majlis pada petang itu juga diserikan dengan kehadiran Puan Musalmah isteri kepada Tuan Nor Afifi...InsyaAllah pada 22 Oktober 2010 Puan Musalmah bersama suami akan berangkat mengerjakan ibadah Haji. Warga Persiap mendoakan semuga Allah sentiasa menganugerahkan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah Haji..selamat dalam perjalanan pergi dan kembali dengan selamat....mudah-mudahan mendapat Haji yang Mabrur..InsyaAllah.

Saya mengharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan dari masa kesemasa...melalui pertemuan ini melahirkan ikatan kasih sayang dan jalinan ukhwah yang suci. Marilah sama-sama kita basahkan jiwa...dengan bacaan Yassin...tazkirah dalam pertemuan ini. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memelihara dan mempermudahkan segala urusan kita...Amin.

IKHLAS SELALU
Noraini Hj Man

Saturday, October 16, 2010

~ * Ziarah * ~




Alhamdulillah...kesempatan serta ruang waktu anugerah Allah SWT cukup bermakna bagi saya dan suami...mengalas amanah Allah SWT suatu yang berat dan pengorbanan ikhlas ini mudah-mudahan Allah SWT menerima dan mempermudahkan segalanya..InsyaAllah.

Tanggal 14 Oktober 2010 bersamaan 6 Zulkaedah 1431H
saya bersama suami diiringi oleh Tn Kamaruddin Jantan..jurugambar Kpl Adinan dan Kpl Nazri  berpeluang bertemu dengan beberapa Pesara Jabatan Penjara Malaysia. Secara peribadi saya amat bersukur kehadrat Illahi kerana dapat mengiringi suami dalam lawatan kerja ke Penjara Sg Buloh dan berjumpa dengan ahli PERSIAP SG. BULOH dan kakitangan.

Berat mata memandang...berat lagi bahu mengalas segala ketentuan Illahi...namun sentiasa bersyukur dengan qada qadar Illahi..hidup mesti diteruskan dengan rasa syukur kepadaNya. Doa kami warga Jabatan Penjara Malaysia tidak pernah putus supaya semua warga Pesara sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT.

Kunjungan saya dan suami kerumah Tn Amir Nawawi mengimbau sejuta kenangan yang tidak mungkin hilang dan masih segar diingatan. Pn Shini (Kak Ani) yang dikenali hampir 23 tahun seorang ahli Persiap yang aktif suatu masa dulu...banyak sumbangan Kak Ani untuk Persiap...Terima kasih Kak Ani...budi baik dan jasa bakti Kak Ani tidak mungkin kami lupakan.
Kehadrat Allah kami warga Persiap doakan...Kak Ani tabah dan cekal menghadapi hari-hari mendatang...

Bertemu dengan Tn Wan Hassan dan isteri banyak memberi keinsafan dan peringatan dalam diri saya dan suami...isteri Tn Wan Hassan mengalami masalah mata yang kronik akibat diabetis...saya kagum dengan ketabahan dan keprihatinan Tn Wan Hassan menjaga serta merawat isteri beliau...kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tn Wan Hassan sekeluarga.

Seorang lagi pesara Kpl Ridwan...saya dan suami mengenali semenjak suami bertugas di Alor Star lagi...beliau mengalami kemalangan jalan raya enam bulan lalu...keadaan beliau semakin beransur sembuh...kami doakan semuga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Kpl Ridwan sekeluarga.

Kpl Rosli...juga pesara...kehilangan sebahagiaan kaki akibat diabetis...begitu juga harapan kami warga Jabatan Penjara Malaysia semuga Allah SWT sentiasa merahmati...melindungi dan memberi kekuatan kepada semua yang mengalami masalah kesihatan.

Semperna ziarah ini juga...suami mewakili Jabatan Penjara Malaysia menyampaikan sumbangan dari Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara untuk membantu kakitangan yang telah bersara. Peruntukan ini diberi kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit kronik. Bantuan ini juga turut diberikan kepada Kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Dengan hala tuju Jabatan Penjara Malaysia
"MEMPERKASAKAN MODAL INSAN.. KEBAJIKAN DIUTAMAKAN..ORGANISASI DIMARTABATKAN''
Mudah-mudahan pendekatan sebegini lebih merapatkan ukhwah serta mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita Warga Jabatan Penjara Malaysia.

Salam Kasih Sayang dan IKHLAS SELALU
Zulkifli B. Hj Omar
Noraini Bt. Hj Man

Friday, October 8, 2010

~ Kombo IPPM...'Nur Ain'...Terima Kasih Atas Segalanya....~


~ Sumbangsih ~
~ Dalam Pelbagai Cara ~
~ Menzahirkan Dengan Rasa Ikhlas ~
~ Merapatkan Ukhwah Sesama Kita ~
~ Untuk JPM Dan PERSIAP ~
~ Bakat Anugerah Allah ~
~ Jangan Tersasar Dari Landasan ~
~ Pelihara Maruah Dan Nama Baik ~
~ Hidup Bahagia Dunia Akhirat ~
~ InsyaAllah ~
~ IKHLAS SELALU ~


Thursday, October 7, 2010

~ Sayang Di Sayang ~


~ Kenangan Yang Sempat Di Rakam Oleh En Firdaus (Unit IT IPPM) ~
~ Sayang Di Sayang ~
~ Puan-Puan Adalah Penguat Semangat ~
~ Puan-Puan Menzahirkan Ketelusan ~
~ Puan-Puan Mengukuhkan Jalinan Ukhwah Sejati ~
~ Terima Kasih Atas Segalanya ~
~ Doa Ikhlas Puan-Puan Mengiringi Perjalanan PERSIAP ~
~ Sayang Selamanya ~
~ IKHLAS SELALU ~

~ Anak-Anak Cemerlang 2009 ~

Tokoh Pelajar Gemilang 2010
'Nur Ashikin Bt Aznan'

Tahniah..Tahniah..Tahniah
Sebahagian gambar-gambar Anak-Anak Cemerlang 2009
Doa menjadi anak yang soleh solehah
Berbakti kepada kedua ibubapa
Bahagia dunia akhirat
Menyumbang bakti setia kepada
AGAMA
BANGSA
NEGARA