Alhamdulillah...kesempatan serta ruang waktu anugerah Allah SWT cukup bermakna bagi saya dan suami...mengalas amanah Allah SWT suatu yang berat dan pengorbanan ikhlas ini mudah-mudahan Allah SWT menerima dan mempermudahkan segalanya..InsyaAllah.
Tanggal 14 Oktober 2010 bersamaan 6 Zulkaedah 1431H
saya bersama suami diiringi oleh Tn Kamaruddin Jantan..jurugambar Kpl Adinan dan Kpl Nazri berpeluang bertemu dengan beberapa Pesara Jabatan Penjara Malaysia. Secara peribadi saya amat bersukur kehadrat Illahi kerana dapat mengiringi suami dalam lawatan kerja ke Penjara Sg Buloh dan berjumpa dengan ahli PERSIAP SG. BULOH dan kakitangan.
Berat mata memandang...berat lagi bahu mengalas segala ketentuan Illahi...namun sentiasa bersyukur dengan qada qadar Illahi..hidup mesti diteruskan dengan rasa syukur kepadaNya. Doa kami warga Jabatan Penjara Malaysia tidak pernah putus supaya semua warga Pesara sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT.
Kunjungan saya dan suami kerumah Tn Amir Nawawi mengimbau sejuta kenangan yang tidak mungkin hilang dan masih segar diingatan. Pn Shini (Kak Ani) yang dikenali hampir 23 tahun seorang ahli Persiap yang aktif suatu masa dulu...banyak sumbangan Kak Ani untuk Persiap...Terima kasih Kak Ani...budi baik dan jasa bakti Kak Ani tidak mungkin kami lupakan.
Kehadrat Allah kami warga Persiap doakan...Kak Ani tabah dan cekal menghadapi hari-hari mendatang...
Bertemu dengan Tn Wan Hassan dan isteri banyak memberi keinsafan dan peringatan dalam diri saya dan suami...isteri Tn Wan Hassan mengalami masalah mata yang kronik akibat diabetis...saya kagum dengan ketabahan dan keprihatinan Tn Wan Hassan menjaga serta merawat isteri beliau...kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tn Wan Hassan sekeluarga.
Seorang lagi pesara Kpl Ridwan...saya dan suami mengenali semenjak suami bertugas di Alor Star lagi...beliau mengalami kemalangan jalan raya enam bulan lalu...keadaan beliau semakin beransur sembuh...kami doakan semuga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Kpl Ridwan sekeluarga.
Kpl Rosli...juga pesara...kehilangan sebahagiaan kaki akibat diabetis...begitu juga harapan kami warga Jabatan Penjara Malaysia semuga Allah SWT sentiasa merahmati...melindungi dan memberi kekuatan kepada semua yang mengalami masalah kesihatan.
Semperna ziarah ini juga...suami mewakili Jabatan Penjara Malaysia menyampaikan sumbangan dari Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara untuk membantu kakitangan yang telah bersara. Peruntukan ini diberi kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit kronik. Bantuan ini juga turut diberikan kepada Kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.
Dengan hala tuju Jabatan Penjara Malaysia
"MEMPERKASAKAN MODAL INSAN.. KEBAJIKAN DIUTAMAKAN..ORGANISASI DIMARTABATKAN''
Mudah-mudahan pendekatan sebegini lebih merapatkan ukhwah serta mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita Warga Jabatan Penjara Malaysia.
Salam Kasih Sayang dan IKHLAS SELALU
Zulkifli B. Hj Omar
Noraini Bt. Hj Man