BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

* Majlis Bacaan Yassin..Tahlil..Doa Selamat *


Majlis bacaan Yassin..tahlil dan doa selamat telah disempurnakan pada 15 oktober 2010 bersamaan 7 zulkaedah 1431H.
Bertempat di Surau IPPM majlis ini berlangsung dengan penuh rasa kasih sayang walaupun dalam suasana kesederhanaan. Terima kasih kepada semua ahli Persiap yang hadir untuk sama-sama kita hadiahkan bacaan Yassin dan doa kepada insan kesayangan yang telah pergi menyahut seruan Illahi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib Yang Dipertua Persiap Puan Norsina Bt Panot..Puan Jamilah..Puan Kamsiah..Puan Zulia..serta ahli-ahli Persiap cawangan IPPM. Majlis berbesar hati dengan kehadiran mantan Yang Dipertua Persiap Malaysia Yg Bhg. Datin Hjh Fatimah Bt Mohamad..ahli-ahli Bersekutu Persiap iaitu Puan Helmiah..Puan Rokiah..Puan Fidah dan beberapa orang lagi. Juga tidak lupa ucapan terima kasih kepada beberapa ahli Persiap Penjara Wanita Kajang.

Majlis ilmiah sebegini bertujuan merapatkan jalinan ukhwah dan mengeratkan silatulrahim sesama ahli Persiap...bukan sesuatu yang mudah untuk kita bertemu sekiranya tiada hal yang mustahak...kerana kita semua mempunyai komitmen terhadap tugas hakiki bagi yang berkerja dan urusan rumahtangga yang tiada kesudahannya.

Sebelum bacaan yassin dimulakan kami mendapat berita Cik Rolijah..Staf Penjara Wanita Kajang telah kembali kerahmatullah..di Hospital Johor Bahru..sekian lama mengidap breast cancer...semuga roh Allahyarhamah Rolijah mendapat tempat yang mulia bersama orang-orang yang Allah SWT kasihi...Al Fatihah.

Kami juga menerima berita Mantan Ketua Pengarah Penjara Ybhg Dato' Hj Nik Ariffin sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur..kami warga Jabatan Penjara Malaysia sentiasa mendoakan semuga Ybhg Dato' cepat sembuh dan diberi Allah kekuatan dan kesabaran selalu...InsyaAllah.

Majlis pada petang itu juga diserikan dengan kehadiran Puan Musalmah isteri kepada Tuan Nor Afifi...InsyaAllah pada 22 Oktober 2010 Puan Musalmah bersama suami akan berangkat mengerjakan ibadah Haji. Warga Persiap mendoakan semuga Allah sentiasa menganugerahkan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah Haji..selamat dalam perjalanan pergi dan kembali dengan selamat....mudah-mudahan mendapat Haji yang Mabrur..InsyaAllah.

Saya mengharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan dari masa kesemasa...melalui pertemuan ini melahirkan ikatan kasih sayang dan jalinan ukhwah yang suci. Marilah sama-sama kita basahkan jiwa...dengan bacaan Yassin...tazkirah dalam pertemuan ini. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memelihara dan mempermudahkan segala urusan kita...Amin.

IKHLAS SELALU
Noraini Hj Man