BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 6, 2010

~ * Arissa Hayra Binti Mohd Nasir * ~


Puan Farhani Binti Tasman
(Ibu Arissa Hayra)



Sudah berhari-hari saya menatap gambar-gambar ini...saya tidak pasti...bagaimana untuk memulakan bicara ini.
Tanggal 3 Nov 2010 (26 Zulkaedah 1431H)
Hari Rabu jam 2 petang
Sempena MKKI yang berlangsung di Batu Pahat Johor
Saya memohon jasa baik Puan Roslina Kamaludin 
(Pengerusi Persiap Penjara Kluang)
Mengaturkan pertemuan kali ke dua saya dengan anakanda Arissa Hayra
Yang mengidap 'Billiary Duct Hypoplasia'

Turut serta dalam ziarah ini ialah pengerusi cawangan yang ada kesempatan mengiringi suami yang terlibat dengan MKKI...memandangkan ketika itu hari persekolahan dan waktu berkerja maka sebahagian saja Pengerusi cawangan yang dapat turut serta.

Tiada bicara yang dapat disusun dan dilafazkan dalam pertemuan ini...memandang dengan pandangan penuh simpati pada anak semanis Arissa ini mengundang sejuta rasa terharu...tubuh kecil yang tidak mengerti apa-apa ini...sarat dengan rasa sakit...

Pandangan kami yang hadir...dihati masing-masing hanya dapat berdoa semuga Allah meringankan penderitaan anakanda Arissa...mudah-mudahan Allah memberi hidayah...mempermudahkan supaya penderma hati untuk anakanda Arissa...segera diperolehi.

Mari lah warga Jabatan Penjara Malaysia/PERSIAP kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT semuga anakanda Arissa Hayra sentiasa dalam lindungan Nya...Allah memberi kekuatan kesabaran kepada kedua ibubapa Arissa Hayra.

Salam Kasih Sayang
IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man