BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 25, 2010

~ * Disember 2010 * ~

Tirai 2010 bakal berlabuh beberapa hari lagi...secara peribadi saya dan suami melalui pelbagai kenangan yang terkesan dihati...segalanya ketentuan Allah SWT...mengalas amanah Allah...menginsafkan diri bahawa segala kemungkinan ini hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Tanggal 23 Disember 2010...dengan izin Allah jua...saya dan suami berada di Penjara Tawau Sabah...berjumpa dengan balu serta keluarga yang mengalami kemalangan bas pada 16 Disember 2010 bersamaan dengan 10 muharram 1432H...Hanya Allah yang maha mengetahui rasa hati ini...merenung mata anak-anak yang masih kecil...kehilangan ayah...isteri yang kehilangan suami dan ibubapa yang kehilangan anak kesayangan meruntun jiwa semua yang hadir.

Ini yang terdaya dan termampu saya dan suami zahirkan sebagai rasa simpati untuk kakitangan dan ahli Persiap yang terlibat...dan hanya doa yang tiada putusnya semuga Allah memberi kekuatan..ketabahan dan memelihara keluarga ini. Sumbangan dari Jabatan Penjara Malaysia...Persiap Malaysia dan individu setempat mudah-mudahan dapat meringankan kesedihan keluarga ini.

Tanggal 24 Disember 2010...perjalanan diteruskan memenuhi undangan dari warga PLPP dan PERSIAP PLPP...penghargaan dan penghormatan yang lahir dari ketulusan keikhlasan warga PLPP dan PERSIAP PLPP...menjadi lipatan sejarah sehingga keakhir hayat saya dan suami. Hanya yang mengalami dan berada dalam situasi majlis ini saja yang dapat mentafsirkan yang tersirat dan tersurat. Sekalung jutaan terima kasih segala yang dizahirkan untuk saya dan suami. Semuga ikatan ukhuwah akan berkekalan selama-lamanya.
"SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG'' dan ''ANTARA MATAKU DAN MATA MU'' menjadi memori terindah dan tanda kasih sayang untuk seluruh warga PLPP dan PERSIAP PLPP.

Istimewa untuk Tuan Abu Bakar dan Puan Zaitun...selamat bersara ...budi baik jasa bakti menjadi kekuataan serta semangat untuk saya dan suami mengalas amanah Allah ini. Jasa yang menjadi ingatan abadi...keluhuran budi yang sukar dicari ganti. Terima kasih selama ini memberi kekuatan dan semangat untuk PERSIAP melaksanakan aktiviti...jangan lupa pada kami yang masih memerlukan nasihat dan teguran membina dalam memertabatkan hala tuju PERSIAP.

Tanggal 25 Disember 2010...kami meneruskan perjalanan ke Penjara Seberang Prai...Alhamdulillah...bukan sambutan yang gemilang saya dan suami harapkan..tetapi kehadiran warga Penjara Seberang Prai/PERSIAP sebagai tanda rasa kasih sayang sesama kita yang amat membanggakan..juga tidak lupa Pengarah Intitusi Zon Utara dan isteri...Pengarah Parol Negeri...kehadiran semua memberi gambaran keikhlasan dan keluhuran hati serta kasih sayang demi Jabatan Penjara Malaysia.

Tahniah kepada Pengarah Penjara Seberang Prai..Tuan Mohd Basir dan Pn Nasimah selaku Pengerusi Persiap Seberang Prai..program yang disusun dengan sempurna sekali...dimulai dengan ceramah keibubapaan-MEMBANGUN MODAL INSAN...pertandingan memasak oleh ahli Persiap...pertandingan mewarna oleh anak-anak Tadika...mengisian yang dapat menyatukan seluruh warga Penjara Seberang Prai...Tanhiah dari saya dan suami.

Menzahirkan ucapan tahniah atas kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2010...penyampaian disempurnakan oleh Datuk Wira KJP...Tahniah untuk anak-anak yang cemerlang..semuga menjadi anak-anak yang soleh solehah berbakti kepada kedua ibubapa..agama...bangsa dan negara.

Ziarah kerumah pesara-pesara Jabatan Penjara mengakhiri program sehari bersama warga Penjara Seberang Prai...Alhamdulillah kerana Allah memberi ruang waktu dan kesihatan yang baik mengizinkan saya dan suami bertemu dengan pesara-pesara ini..Kpl(B) Maznah Bt Salleh kini lumpuh...salah seorang olahragawati Jabatan Penjara sewaktu hayatnya masih sihat...kini terlantar..hanya ibu dan adik beradik menguruskan keperluan nya...sesiapa yang mengenali Kpl Maznah ziarah lah beliau...memberi semangat dan kekuatan untuk beliau meneruskan hidup...semuga doa ikhlas kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT...semuga Kpl Maznah kembali sembuh dan sihat.

Ziarah seterusnya ke rumah Sjn(B) Zainal Bin Mat Sahak..juga lumpuh sebelah badan..sempat mengenali isteri beliau Puan Sabariah Bt Abdul Hamid...didoakan semuga cepat sembuh...sentiasa sabar dan cekal menghadapi ujian Allah...

Sepanjang perjalanan pulang...perasaan bercampur baur...suka duka...sebak dan airmata deras mengalir...menginsafi diri bahawa segalanya berkemungkinan...hari ini kita riang ketawa...tidak mustahil esok lusa kita meratap hiba...hari ini kita berada dipuncak...tidak mustahil esok lusa kita berada dibawah...ini yang dinamakan kehidupan...ini juga rahmat hidayah Allah untuk kita hambaNya..suka duka riang tawa silih berganti...segalanya menginsafkan diri ini.

Sesingkatnya anugerah Allah...nikmat Allah...hanya pinjaman sementara untuk saya dan suami...izinkan kami melaksanakan amanah Allah ini...semuga kita semua sentiasa dalam rahmat dan pertunjuk Allah...InsyaAllah.