BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 25, 2010

~ * LESTARI PERSIAP * ~

"LESTARI PERSIAP''...Perkataan yang sering diucapkan oleh seseorang yang begitu istimewa bagi saya...istimewanya insan ini...seorang pemimpin...kewibawaan seorang ayah kepada anak-anak kesayangan nya..pengucapannya sarat dengan nasihat dan kata-kata semangat. Hanya yang mengenali beliau saja yang memahami episod perjalanan hidup dan perjuangan yang digalas selama perkhidmatan beliau.

"LESTARI" membawa maksud "KEKAL @ TIDAK BERUBAH''...andai ditujukan kepada PERSIAP...sekali imbas terlintas dibenak kita bahawa PERSIAP selama ini persatuan yang tidak ada perubahan...tiada pembaharuan...masih di tahap lama...namun LESTARI ini mengungkap sejuta rasa yang begitu bermakna bagi insan ini dan kita semua.

Landasan yang dibina oleh pemimpin terdahulu membawa PERSIAP mengatur langkah demi langkah memartabatkan modal insan yang harmonis...KEKAL dengan halatuju yang mulia dan murni...KEKAL dengan ikatan ukhuwah yang terbina sekian lama...KEKAL disudut hati setiap warga PERSIAP satu rasa..satu jiwa persaudaraan yang KEKAL sehingga keakhir hayat ini.

Ini lah ''LESTARI''...tidak berubah walaupun ada kala nya badai melanda...ombak yang sentiasa menghempas pantai...andai tiada ombak..tiada badai...pasti PERSIAP tidak seutuh kini...jiwa PERSIAP tidak sekental kini...walau berbagai tomahan dilemparkan...ini lah asam garam yang membuatkan PERSIAP kuat...tabah dan yakin dengan gerak langkah yang diatur.

Sejak penubuhan PERSIAP 28 Ogos 1989...dengan penambahan keahliaan kini...halatuju disusun dengan lebih kemas demi menjaga kebajikan dan menyalurkan sebanyak mungkin ilmu kepada seluruh ahli PERSIAP. ''ILMU DITINGKATKAN...KEBAJIKAN DIUTAMAKAN'' mudah-mudahan menjadi ''LESTARI PERSIAP'' yang kekal untuk selama-lamanya.

Demi merealisasikan impian saya selama ini...''LESTARI PERSIAP'' akan dizahirkan dalam naskah yang bakal menjadi sejarah ujudnya PERSIAP di dalam JABATAN PENJARA MALAYSIA. Proses mengumpulkan maklumat sejarah PERSIAP pastinya mengambil masa yang lama...namun saya yakin dengan sokongan semua warga JABATAN PENJARA MALAYSIA dan PERSIAP saya mampu merealisasikan impian ini.

Untuk semua yang melayari blog ini saya zahirkan ucapan terima kasih dan dipohonkan kerjasama sekiranya ada maklumat berkaitan dengan PERSIAP dapatlah kiranya menghubungi saya...kita keluarga yang hebat...kita keluarga yang besar...ikatan ukhuwah yang terjalin menjadi kekuatan dalam menghadapi cabaran masa kini.

Semuga Allah SWT senantiasa merahmati...memberkati dan mempermudahkan segala usaha murni kita. Semuga warga JABATAN PENJARA MALAYSIA/PERSIAP sentiasa dalam lindungan Allah SWT...serta kerja bakti semua mendapat keberkatan Allah SWT hendaknya...InsyaAllah.

Salam Kasih Sayang dan Ikhlas Selalu...