BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 16, 2011

~ * AL FATIHAH * ~



Al-Fatihah
Allahyarham TPP Tn Hj. Zainal Bin Yusuf

Tanggal 16 Januari 2011(Ahad)
11 Safar 1432H

Saya dan suami dikejutkan dengan berita sedih kembalinya
TPP Tn Hj Zainal Bin Yusuf
Kerahmatullah.
Al-Fatihah
Semuga rohnya dicucuri rahmat...mendapat tempat dalam golongan hambaNYA yang dimuliakan...dari Allah kita datang...dan kepada Allah kita dikembalikan.
Mengenang kembali saya mengenali Allahyarham Hj Zainal...segalanya menjadi ingatan sepanjang hayat. Jasa bakti Allahyarham kepada Jabatan Penjara Malaysia
Pastinya ianya kehilangan yang besar untuk Jabatan.

Saya zahirkan disini...penglibatan Allahyarham kepada PERSIAP Penjara Simpang Rengam...sewaktu saya sebagai Pengerusi Persiap Simpang rengam Dari tahun 2003-2005
Dalam tempoh 2 tahun menerajui Persiap Simpang Rengam
Pelbagai dugaan dan tekanan yang saya terima
Ini yang dinamakan perjuangan
Tanpa dugaan dan tekanan
Tiada kemanisan dan kenangan terindah tercipta
Kenangan bersama Persiap Simpang Rengam
Menjadi sejarah suka duka untuk saya kenang sehingga akhir hayat.

Allahyarham Hj Zainal banyak membantu memudah cara untuk
Persiap Simpang Rengam terus bergerak dengan pelbagai aktiviti...dan sumbangan bakti setia isteri tercinta
Puan Hjh Siti Halijah
Seorang pendidik di Sekolah Menengah Simpang Rengam
Menjadi kenangan untuk saya disepanjang hayat ini.

Puan Hjh Siti Halijah
Ketetapan takdir Illahi...terima lah dengan redha...sesungguhnya
Allah lebih menyayangi Allahyarham
Kuatkan semangat...cekal kan hati...
Ikatan ukhuwah antara kita sentiasa kekal selamanya
InsyaAllah PERSIAP sentiasa bersama Puan Hjh Siti Halijah dan anak-anak.

Sekian salam kasih sayang dari saya...suami dan anak-anak
WARGA JABATAN PENJARA MALAYSIA
PERSIAP MALAYSIA.

IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man



Friday, January 14, 2011

~ * Majlis Perpisahan * ~

Ybhg Datin Seri Nabihah Bt Hj Hassan
Pengerusi Puspanita KDN

Ybhg Datin Jamaliah menerima sijil penghargaan

Kenangan bersama Ybhg Datin Seri Nabihah Bt Hj Hassan

Ybhg Datin Jamaliah

Puan Ayu

Cik Zainab

Majlis Perpisahan Pengerusi Cawangan Kecil Dan AJK Kerja
Puspanita Kementerian Dalam Negeri.
14 Januari 2011(Jumaat)
Kelab Tasik Presint 8
Putrajaya.

Majlis Hi-Tea
Sederhana tapi meriah menghargai jasa dan khidmat bakti ahli Puspanita KDN.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Puspanita KDN
Ybhg Datin Seri Hjh Nabihah Bt Hj Hassan
Timbalan Pengerusi
Datin Jasih
Datin Zahrah
Dato' Zaitun
Pengerusi Cawangan Kecil
Ajk

Semuga sumbangan bakti dan prkhidmatan yang ikhlas selama ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Kami sentiasa berdoa puan-puan yang diraikan
Sentiasa dalam kesejahteraan
Kesihatan yang baik
Bahagia dunia akhirat
Semuga persahabatan terus berkekalan walau dimana puan-puan berada.


Sunday, January 9, 2011

~ * AL FATIHAH * ~



Secebis kenangan bersama Allahyarhamah Norzeri

Allahyarhamah Puan Norzeri Bt Abdul Aziz
Kampung Jaya Setia, Badang, Kota Bharu kelantan.

31 Julai 2010 yang lalu
Dengan izin Allah jua saya bersama suami
Diiringi Yg Setia Pengarah Penjara Pengkalan Chepa
Tn Mohd Zuki
Puan Sarina
Serta
Ahli Persiap Pengkalan Chepa..Pengerusi dan ahli Persiap Macang...
Dan Parol Kelantan
Berkesempatan ziarah Allahyarhamah Puan Norzeri
Hampir 9 tahun mengalami rabun kritikal
Hari ini 10 Januari 2011
Puan Sarina memaklumkan
Malam tadi Puan Norzeri telah kembali kerahmatullah
Al Fatihah

Semuga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan hidayah Allah...tergolong dalam golongan hambaNYA yang mulia.
Saya selalu bertanya khabar keadaan Allahyarhamah melalui
Puan Sarina
Terima kasih kepada Puan Sarina bersama suami
AJK Persiap dan Ahli Persiap Pengkalan Chepa
Yang cukup prihatin dengan kebajikan ahli
Sikap mengambil berat dan ziarah menziarahi
Yang menjadi amalan mulia
InsyaAllah..sentiasa mendapat keberkatan dari Allah
Semuga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan kita.

Kepada seluruh keluarga Allahyarhamah terutama suami dan anak
Semuga tabah dan sabar menghadapi segalanya
Allah lebih menyayangi Allahyarhamah
Saya dan suami
Sentiasa berdoa semuga Allah sentiasa memelihara keluarga ini
Agar sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah

8 Januari 2011
Menerima berita kematian anak Kpl Rahmah
Salah seorang staf wanita
Penjara Wanita Kajang
Tidak berkesempatan untuk ziarah
Atas urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan
Semuga roh anakanda Kpl Rahmah dicucuri rahmat dan hidayah Allah
Al Fatihah...

Sekian...salam taqziah dari saya..suami dan anak-anak.

IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man

Friday, January 7, 2011

~ * AL FATIHAH * ~


Allahyarham Dato' Hj Nik Ariffin Bin Nik Omar
Mantan Ketua Pengarah Penjara Malaysia
(1.5.1988 - 7.11.1989)

Allahyarham Dato' Hj Nik Ariffin Bin Nik Omar
Telah kembali kerahmatullah
Pada
5 Januari 2011

Sempat menziarahi allahyarham beberapa bulan yang lalu di
Hospital Kuala Lumpur..
Kali ini tiada kesempatan ziarah bila diberitahu..
Terlewat sehari..
Zaman persaraan dilalui penuh kebahagiaan
Disamping Ybhg Datin Hjh Habsah
Anak-anak tercinta
Cucunda yang tersayang

Aktif berbasikal
Selalu juga saya terjumpa
Di pasar mini berhampiran rumah
Pernah Allahyarham bergurau dengan saya
Mengajak sama-sama berbasikal
Kata saya
"Maaf Dato'..saya tak pandai naik basikal"
Allahyarham ketawa
Sempat bertanya khabar kesihatan beliau
''Biasa la orang pencen...nak buat apa lagi..
Jaga dan main dengan cucu la''

Secebis kenangan bersama Allahyarham..
Semuga roh nya dicucuri rahmat...ditempatkan dalam golongan hambaNya yang dimuliakan...
Salam taqziah untuk seluruh keluarga Allahyarham
Segala jasa bakti Allahyarham Ybhg Dato' Hj Nik Ariffin
Menjadi wadah..manafaat untuk seluruh warga
JABATAN PENJARA MALAYSIA

AL FATIHAH.

Thursday, January 6, 2011

~ * Salam Persaudaraan...Salam kasih Sayang * ~



Tanggal: 5 Januari 2011
(30 Muharam 1432H)

Persaraan Yg Setia Komandan PLPP

Tuan Abu Bakar Bin Isamail
Puan Zaitun Binti Samsuddin

Tegas...garang...baik hati...
Ini yang sering diucap oleh kakitangan yang pernah menjalani latihan di PLPP..dan suami saya pernah menjalani latihan di PLPP dibawah Komandan ini.

Kalau semua orang kata garang...itu saya tak pasti sebab saya tidak mengalaminya..dan tidak pernah menyaksikan sifat garang beliau...kalau dinilai dari segi raut wajah beliau...tidak dinafi...nampak garang...tegas perlu ada pada pegawai yang menerajui Pusat Latihan...kalau tidak tegas...disiplin pasti hancur dan jatidiri kakitangan tidak dapat dibentuk...

Saya dapat rasai...baik hati...keikhlasan beliau melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang beliau galas sehingga penghujung perkhidmatan beliau dalam Jabatan Penjara Malaysia...seiring dengan kelembutan suri yang setia disamping beliau...kakitangan yang pernah bertugas dan menerima latihan di bawah pimpinan beliau pasti bersetuju dengan pandangan saya..

Sentiasa menghulurkan bantuan dari segi idea dan kerjasama yang jitu membuatkan saya tidak gusar bila melaksanakan aktiviti Persiap di PLPP...diatas keyakinan ini Persiap Malaysia menganjurkan berapa aktiviti dalam tahun 2010...dari segi persiapan tempat dan kemudahan lain...tidak sesekali susah hati kerana hasilnya pasti memuaskan hati semua. Kerjasama anak-anak didik beliau...dengan disiplin yang tinggi...menzahirkan keputusan yang cemerlang.

Tempoh tahun 2010..secara peribadi saya amat kagum dengan penglibatan beliau berserta isteri..Puan Zaitun...walaupun mempunyai bilangan kakitangan yang terhad tetapi hati mereka bersatu...keluarga yang hebat...tanya la sesiapa yang singgah walaupun seketika di PLPP...pasti merasai kemanisan layanan mesra dan berhemah melayan tetamu.

Sukar dicari pengganti...mungkin masa yang dapat menentukan ada lagi insan seperti keduanya...pasti semua merasai kehilangan...merasa kehilangan untuk mendengar lagi ucapan beliau dalam acara dan majlis Jabatan...susunan kata-kata ucapan sepontan yang penuh dengan nasihat dan semangat...ucapan dan kata-kata beliau menguatkan semangat saya untuk terus bangkit dan memperbaiki kelemahan diri...

Selamat bersara Yg Setia Tuan Abu Bakar..
Perkhidmatan dalam Jabatan Penjara Malaysia pastinya indah berwarna-warni...dan pastinya ada yang menguris rasa...realiti bahawa telah banyak menjulang bakti dan menabur budi...membangun dan melakar sejarah...membina nama dan mewarnai Jabatan Penjara Malaysia.

Menangis...berduka meninggalkan tugas dan rutin harian yang dijalani berpuluh tahun...Alhamdulillah telah dizahirkan dengan tabah...dedikasi...kini tiba masanya...melaksanakan apa jua keinginan dan impian yang belum terlaksana atau belum sempat dilaksanakan.

Saya dan suami sentiasa berdoa semuga Allah menganugerahkan kesihatan yang baik...bergerak aktif...eratkan hubungan silatulrahim dengan keluarga tersayang...rakan-rakan...jiran tertangga serta masyarakat sekeliling...serta ruang waktu dapat menghadirkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Istimewa untuk Puan Zaitun...raut wajah...tutur kata...kelembutan dan kasih sayang ibarat kakak kepada adik-adik...menjadi suatu kemanisan dan keserian dalam hidup saya...dan seluruh ahli Persiap...pastinya kami akan rindu senyuman manis dan senda gurau Puan Zaitun...semuga ikatan silatulrahim kita kekal selama-lamanya...InsyaAllah...

Jasa bakti dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan akan tetap di kenang sampai bila-bila...bak kata pepatah.."Hancur Badan Di Kandung Tanah..Budi Yang Baik Dikenang Jua"...saya dan suami merakamkan jutaan terima kasih atas segala doa ikhlas...kata-kata nasihat dan perangsang untuk kami meneruskan perjuangan ini.

Semuga bahagia hendaknya disamping keluarga...anak-anak dan cucunda tersayang.

Senyuman Yang Tersirat Di Bibir Mu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Tersimpul Padu
Kenang Kami Di Dalam Doa Tuan Dan Puan
Semuga
Allah Memberkati Tuan Puan Sekeluarga.


IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man



Monday, January 3, 2011

~ * Malam Himpunan Kasih * ~

~ * Kenangan Terindah * ~

*Mesra Ikhlas Dan Berbakti*

*PERSIAP PLPP*
Kasih Sayang Selamanya

*Terima Kasih Anak-Anak Ku Sayang*

*Anak-Anak Ku Sayang*

~ Malam Himpunan Kasih ~
Kasih Sayang
Keikhlasan
Kesetiaan
Pengorbanan

Menzahirkan rasa kasih sayang dan erat silatulrahim dalam pelbagai cara dan persembahan...
Persembahan gerak laku...raut wajah...tutur bicara...menzahirkan rasa hati yang tulus ikhlas...
24 Disember 2010

Kuala Gula Bird Sanctuary Resort
Lipatan sejarah manis untuk saya dan suami..
Terlalu indah kenangan ini

Ini sebahagian keluarga hebat
JABATAN PENJARA MALAYSIA
PERSIAP MALAYSIA
Semuga kasih sayang anugerah Allah
Berkekalan sehingga keakhir hayat.

Terima kasih doa ikhlas dan sokongan padu
Salam kasih Sayang
Warga PLPP
PERSIAP PLPP

IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man

~ * Kek Serawak * ~

~ * Kek Serawak * ~
Mesyuarat AJK MT Bil: 3/2010
4 Disember 2010

Ini buah tangan tanda ingatan Puan Kamsiah
Pengerusi Persiap Sri Aman Serawak
Sebenarnya kek serawak ni ada nama..
Lupa nak tanya Puan Kamsiah

Kata Puan Kamsiah
Kek ini dihasilkan oleh ahli Persiap Sri Aman
Terkenal dengan pelbagai jenis kek serawak
Rasanya memang sedap
Anak-anak suka sebab rasanya manis dan kek ni lembab..

Saya 50-50
Sebab saya kurang gemar kek..
Suami..
Seperti anak-anak
Suka yang manis-manis
Mungkin asal orang Cik Siti Wan Kembang..
Yang suami tak suka
~ * Kek Coklat * ~
Makanan yang berasaskan
~ * Coklat * ~
Tiada pilihan..makan juga la..

Untuk Puan Kamsiah dan Ahli Persiap Sri Aman
Terima kasih atas ingatan ikhlas

Saya sentiasa berdoa semuga warga Penjara Sri Aman
Persiap Sri Aman
Dalam rahmat dan lindungan Allah SWT
Selamat Maju Jaya.

IKHLAS SELALU
Zulkifli Hj Omar
Noraini Hj Man