BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 22, 2011

~ * PERSIAP Institut Koreksional Malaysia * ~

Kenangan Terindah
Persiap IKOM & Pengerusi Cawangan Persiap

Pengerusi Persiap IKOM
Ahli Persiap IKOM
Kasih Sayang Untuk Semua

Puan Jaliah
Persiap Sabah

Persiap Sabah
Kreatif & Berbakat

Pengerusi Persiap Cawangan
Terima kasih atas segalanya.

Sumbangsih semua menjadi kebanggaan saya

"Kau Selalu Di Hati Ku"


Terima kasih ba..
Kasih Sayang Selamanya..

Pengerusi Persiap Cawangan

Terima kasih atas segalanya
Puan-puan semua penguat semangat saya...

Tiada lafaz yang dapat saya zahirkan
Sebagai tanda terima kasih dan berbangga
Usaha murni menganjurkan majlis yang cukup bermakna
Untuk saya dan pengerusi cawangan yang hadir
Sempena Mesyuarat Agong Persiap Ke 22
Di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah
13 - 17 Mac 2011.

Walaupun bilangan ahli Persiap IKOM yang tidak begitu ramai
Namun saya berbangga atas daya usaha
Pengerusi Persiap IKOM
Puan Rosnah ..AJK serta seluruh warga IKOM
Mengadakan majlis silaturrahim Persiap.
Silaturrahim ini lah yang kita pupuk agar hati kita bersatu dan ikhlas.
Teruskan ikatan persaudaraan...persahabatan ini
Kita genggam erat ikatan mulia ini
Semoga Allah sentiasa membasahi jiwa kita
Dengan rahmat dan hidayah NYA
Kita buktikan
PERSIAP
Maju dan sejahtera
"ILMU DITINGKATKAN...KEBAJIKAN DIUTAMAKAN''

Ikhlas Selalu
Noraini Man.

Sunday, March 20, 2011

~ * Setitis Budi...Segunung Intan * ~

~ Sekalung Penghargaan Dan ucapan Terima Kasih ~

Meniti perjuangan ini...melangkah dengan izin suami tercinta...redha suami anugerah Illahi...
Ku bersyukur ke hadrat MU Illahi
Limpahan rahmat dan hidayah yang melimpah ruah...
Keluarga yang bahagia...
Sahabat handai yang sentiasa mendoakan..
Alhamdulillah...ku syukuri rahmat dan nikmat MU Illahi..
Berkati lah perjuangan ku
Bimbing lah diri ku kejalan MU yang benar dan lurus
Aku pasrah segala ketentuan MU YA ALLAH.


Sekalung penghargaan dan terima kasih untuk semua yang banyak membantu merealisasikan halatuju PERSIAP...tanpa doa dan sokongan semua saya tidak mampu melaksanakan amanah Allah ini.

Jutaan terima kasih kepada ahli-ahli PERSIAP terdahulu yang telah membina landasan untuk PERSIAP terus mengorak langkah sehingga kesaat ini. Jasa bakti serta pengorbanan semua menjadi wadah untuk saya dan genarasi kini menyusun halatuju...''ILMU DITINGKATKAN...KEBAJIKAN DIUTAMAKAN''...

Dalam meneruskan perjuangan ini...tidak dapat saya menepis tomahan dan sindiran...saya ingat kata-kata salah seorang adik saya..''SUSAH KITA DATANGNYA DARI ALLAH...SENANG KITA JUGA DATANG DARI ALLAH''...yang baik pasti ada halangan dan dugaan...

Pengajaran tidak ternilai harganya....kadangkala, kita sudah cukup baik, tetapi siapalah diri kita untuk memberikan "GRED" kepada diri sendiri...setiap diri manusia itu penuh dihiasi dengan kelebihan dan kelemahan. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna.

Atas rasa kasih sayang...saya zahirkan sekian lama...bermula dari bawah...dengan izin Allah jua berada dalam situasi ini...untuk mengakhiri segalanya dalam tempoh 6 atau 8 tahun...saya dan suami akan berundur...janji Allah itu pasti...sebagai manusia kerdil mungkin tempoh itu tidak sampai kepenghujungnya...takdir Allah tiada siapa dapat menduga...mungkin esok...lusa... Allah mengambil nyawa ini...semua itu ketentuan Allah...semua itu qada qadar Allah...hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Selagi Allah izinkan bernafas di dunia NYA ini...saya dan suami akan terus menjalankan amanah Allah ini...seandainya Allah mengkehendaki kami berundur...kami terima dengan berlapang dada...bahawa segalanya kehendakNYA jua...biar pun umpat keji diberikan...Alhamdulillah...saya dan suami mendoakan insan mulia ini sentiasa mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT...sentiasa diberi Allah kesihatan yang baik...rezeki yang melimpah ruah..bahagia di dunia dan di akhirat nanti...InsyaAllah.

Dalam mengatur langkah sebagai pemimpin...pasti ruang-ruang kelemahan ada dalam diri saya dan suami...apa jua yang dizahirkan walaupun jutaan "IKHLAS" dilafazkan...sudah pasti tidak semua insan dapat menerimanya...itu lah hak kita sebagai hamba Allah...tiada paksaan untuk semua pihak menerima...hanya kepada Allah SWT kami berserah...kerana janji Allah SWT itu janji yang pasti dan benar belaka.

Tempoh setahun lebih sebagai YDP...diri saya sudah dinilai dengan penuh berhemah...Alhamdulillah..ramai rupanya insan diluar sana amat prihatin dan sentiasa menyedarkan diri saya...itulah kasih sayang Allah kepada saya...terima kasih kerana menyedarkan saya dari mimpi indah...mengingatkan saya dalam setiap langkah yang saya atur...andai tiada tomahan dan kata nista ini...mungkin saya terus dibuai mimpi-mimpi indah...terima kasih kepada insan mulia ini.

Sepanjang tempoh ini juga...saya amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada insan yang banyak menyokong dan sentiasa menghulur bantuan untuk menjayakan aktiviti PERSIAP...samaada ahli PERSIAP dari pelbagai peringkat..kakitangan lelaki...dari peringkat atasan sehingga pemandu kenderaan. Keluhuran...keikhlasan...pengorbanan semua yang terlibat bersama-sama saya selama ini saya sanjung tinggi...tanpa semua pihak ini saya tidak mampu menjalankan amanah Allah ini.

Kehadrat Allah SWT saya panjatkan doa semoga semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung...diberi Allah kesejahteraan dunia akhirat...hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala budi baik...susah payah serta pengorbanan meninggalkan seketika anak...isteri...suami dalam sama-sama memperkasakan halatuju JABATAN PENJARA MALAYSIA dan PERSIAP.

Akhir kata saya..suami dan anak-anak menyusun sepuluh jari memohon beribu kemaafan...andai selama ini saya banyak menyusahkan pelbagai pihak...untuk merealisasikan impian kita bersama...untuk JABATAN PENJARA MALAYSIA dan PERSIAP yang kita sayangi...kita keluarga yang hebat...sama-sama kita seiringan membangun ummah warga yang cemerlang...gemilang...terbilang.

Ikhlas Selalu
Zulkifli Omar
Noraini Man.








~ * Sayang Di Sayang * ~



Bersama ahli Persiap Sabah.


Kutipan Derma Ikhlas Untuk
Anak Puan Juanah
Di doakan semoga Anak Puan Juanah cepat sembuh.






Sahabat lama-Puan Hashimah

Layanan ikhlas..mesra
Kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu
Menjadi memori indah
Selamanya...

Diraikan dalam majlis santai yang harmoni
Bersama pesara Kedah
Pesara Sabah
Ahli-ahli Persiap Sabah
Majlis diserikan dengan alunan merdu
Kakitangan Penjara Wanita Kota kinabalu
Tarian samazau
Memeriahkan lagi suasana.

Kutipan derma ikhlas untuk Puan Juanah
Untuk membantu seadanya
Anak Puan Juanah yang telah selamat menjalani pembedahan Tulang.

Terima kasih atas layanan mesra dan keramahan semua
Menjadi ingatan sepanjang masa
Semoga kita dipertemukan lagi
Suatu masa dan ketika
Dengan izin Allah jua.

Ikhlas Selalu
Noraini Man.

Saturday, March 19, 2011

~ * Tanjung Simpang Mengayau..Kudat..Sabah * ~



Puan Liza..Terima kasih ba..
Layanan mesra dikenang selamanya..

Kudat...Sabah
Kenangan berada seketika disini
Alhamdulillah
Berkesempatan mengabadikan beberapa gambar kenangan
Tip Of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau
Pertemuan arus Laut China Selatan dan Laut Sulu
Terletak paling utara di kepulauan Borneo iaitu di daerah Kudat. Ia terkenal dengan nama Tanjung Simpang Mengayau bermaksud Benteng Pertahanan bagi kaum Rungus daripada pihak musuh.
(Sedikit info berkaitan dengan sejarah tempat ini)

Hujan lebat
Adik ku berlari
menyelamatkan kamera nya..
InsyaAllah dilain kesempatan
Dengan izin Allah jua
Didoakan akan datang lagi untuk melihat kebesaran dan keagongan Allah.

Ikhlas Selalu
Noraini Man.

~ * Puan Tevelin * ~


16 Tahun sudah berlalu
6 Mac 2011
Dengan izin Allah
Kami dipertemukan kembali
Dalam suasana yang amat membahagiakan.

Puan Tevelin (Mantan Pengerusi Persiap Sabah)
Isteri mendiang Antony Lajingga
(Mantan Pengarah Penjara Sabah)

Waktu bersama Puan Tevelin
Saya banyak belajar tentang Persiap
Tunjuk ajar dan bimbingan beliau
Banyak memberi ilmu untuk saya menjalankan amanah Allah ini.
Terima kasih Puan Tevelin
Saya sentiasa mendoakan Puan sentiasa sihat dan bahagia selalu disamping anak-anak..cucu dan keluarga.

Ikhlas Selalu
Zulkifli Omar
Noraini Man.

~ * Secebis Kenangan...Himpunan Kasih * ~



















6 Mac 2011
Majlis meraikan pesara Jabatan Penjara Malaysia
Dari Zon Utara dan Pesara Sabah.
Dengan izin Allah jua segala hasrat murni terlaksana
Himpunan kasih yang ikhlas
Mempertemukan rakan taulan yang terpisah sekian lama
Benarlah janji Allah
Kewajipan mengeratkan silaturrahim ini juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah SWT sebagaimana disebut dalam hadis
Rasulullah SAW
Baginda bersabda yang bermaksud
"Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari khiamat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (Silaturrahim)"
(Hadis riwayat Bukhari)

Secara peribadi hampir 16 tahun saya tidak berjumpa warga Penjara Sabah dan pesara Sabah Alhamdulillah...dengan izin Allah jua
kami dipertemukan...dengan rasa kasih sayang yang harmoni.
Syukur Ya Allah
Memberi kesempatan kepada kami untuk berjumpa kembali
Didoakan semoga semua warga Pesara Jabatan Penjara Malaysia
Sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah
Diberi kesihatan yang baik
Bahagia dunia akhirat...
Amin.

Ikhlas Selalu
Zulkifli Omar
Noraini Man

~ * Persaudaraan..Kasih Sayang Selamanya * ~

Anggun Bergaya
Puan Norwati
Puan Nora
Terima kasih atas segalanya.

Kenangan Terindah..Jalinan Ukhuwah
Abadi Selamanya


Puan Zaharah
(Pengerusi Persiap Sabah)

Bakat Ahli Persiap Sabah

Puan Faridah Mahmud
(Ahli Bersekutu Persiap-Zon Utara)
Selamat Hari lahir Kak Dah
7 Mac..Dalam ingatan


Ahli Bersekutu Zon Utara
&
Ahli Persiap Kota Kinabalu

Puan Hjh Juriah
(Ahli Bersekutu Zon Utara)
&
Ahli Persiap Sabah



Pertemuan...Perpisahan
Hanya Allah penentu segalanya
Pertemuan dengan izin Allah jua
Perpisahan dalam redha Allah hendaknya..

6 Mac 2011
Pertemuan dengan izin Allah jua
Ahli Bersekutu Persiap Zon Utara
Ahli Bersekutu Persiap Negeri Sabah
Mengungkap sejuta kenangan yang abadi
Silatulrahim anugerah Illahi
Menyatukan hati anugerah Illahi
Pertemuan ketentuan Allah
Bersyukur atas limpahan rahmat dan hidayah Allah
Alhamdulillah
Keagongan Allah
Kami dipertemukan.

Ikhlas Selalu
Zulkifli Omar
Noraini Man