BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 17, 2010

~* Tahlil Untuk Arwah Bonda Tercinta *~



Tanggal : 7 Ogos 2010 ( Sabtu )/26 Syaaban 1431H
Masa : 11 Pagi
Tempat : Kediaman Ayahanda Hj Man


16 Jun 2006 Arwah mak meninggalkan kami semua...hampir setahun mengidap Lukiamia (AML) dan 16 Jun 2010 yang lalu genap 4 tahun pemergiaan arwah mak...tetap terasa seperti arwah mak masih ada..lebih-lebih lagi dibulan mulia lagi barakah ini...Ramadhan yang cukup istimewa...Ramadhan yang menggamit sejuta rasa dan kenangan...Ramadhan yang masih terasa suara arwah mak membaca ayat-ayat suci Al Quran...sajian masakan arwah mak yang tiada gantinya...

Yang mengalami nya saja..yang memahami betapa kerinduan ini tiada penghujungnya...sebak...pilu...belaian seorang mak tiada lagi...kalau dulu nak masak apa-apa juadah untuk berbuka puasa boleh terus telepon mak...arwah mak akan cerita macam mana nak masak....lebih membahagiakan bila balik rumah mak...masakan yang ditanya pasti terhidang...itu la naluri seorang mak...kini semua itu sudah berlalu...hanya kenangan menjadi ingatan ini tidak pernah padam untuk arwah mak....

Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih.
Warga Penjara Penor...Persiap Penjara Penor...terima kasih atas segala yang telah dizahirkan...hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala yang telah di sumbangkan...bermula dari persiapan tempat...makanan serta bahagian hidangan. Terima kasih kepada Pengarah Penjara Penor PKP Tuan Abu Hasan Bin Hussain..warga Penjara Penor serta ahli Persiap seluruhnya.

Tetamu jemputan lain terdiri dari para sahabat arwah mak yang hadir untuk menghadiahkan doa untuk arwah mak...ramai yang hadir...dan suasana pilu dan hiba mengingatkan kenangan bersama arwah mak...kehadrat Allah doa dipohon semuga Allah mencucuri rahmat dan hidayah untuk arwah mak.


Saya mewakili keluarga Hj Man Mahmud mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberi...kami sekeluarga tidak dapat membalas segala pertolongan serta bantuan yang telah dihulurkan...tanpa bantuan warga Penjara Penor majlis yang berlansung tidak sempurna. Untuk ahli-ahli Persiap Penor yang hadir...jutaan terima kasih dari saya sekeluarga...juga sumbangan juadah Persiap Penor amat saya hargai.


Kepada semua sahabat arwah mak...terima kasih atas segalanya...semuga silatulrahim di antara kita terus berpanjangan dan sejahtera hendaknya...Amin.


Sekian salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...serta seluruh keluarga Hj Man Bin Mahmud.

IKHLAS SELALU
Noraini Bt Hj Man

Thursday, August 12, 2010

~* Program Manjadiri Nona Bersama Persiap*~


Tanggal : 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8 Pagi - 2 Petang
Tempat : Penjara Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh Melaka.

Program yang menjurus kearah mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli-ahli Persiap seluruh cawangan telah berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria sekali...disamping kehadiran jemputan dari Persatuan Wanita Negeri Melaka turut memeriahkan lagi suasana. Hasrat untuk membawa nama PERSIAP lebih dikenali ramai maka usaha murni ini diharapkan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang..InsyaAllah...

Persiap cawangan negeri Melaka turut membantu dan memberikan kerjasama yang baik..terima kasih kepada AJK Majlis Tertinggi Persiap Malaysia, Penjara Wanita Kajang, Penjara Dusun Dato' Murad. Sek. Hendry Gurney Telok Mas, Penjara Sungai Udang dan Institut Koreksional Malaysia.

Program dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh kakitangan Penjara Wanita Kajang...Alhamdulillah penyertaan yang membanggakan dari semua yang hadir..kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan boleh dipupuk melalui aktiviti yang sihat ini.

Acara ke dua ialah Pertandingan Memasak tajaan dari pihak Adabi dan Gas Petronas...penyertaan cukup menggalakkan dari cawangan Persiap dan Persatuan Wanita Negeri Melaka. Bahan asas yang disediakan oleh pihak penganjur ialah Ikan Patin dan Ayam kampung. Kretiviti ahli-ahli Persiap cukup membanggakan. Tahniah untuk semua yang berjaya dan syabas serta jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan memasak ini...puan-puan semua terbaik diantara yang terbaik.

- Johan - Persiap Alor Star, Kedah
- N/Johan - Persiap Seremban, Negeri Sembilan
-Ke tiga - Persiap Seremban, Negeri Sembilan


Segmen ketiga ialah ceramah kesihatan berkaitan penyakit kanser yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan NCSM Dr Dalillah Kamaruddin dengan kerjasamaa majalah NONA dan Majlis Kanser Kebangsaan. Banyak ilmu yang berkaitan dengan kanser dan wanita dapat dikongsi bersama...Alhamdulilllah semuga ilmu yang diperolehi walaupun dalam masa yang singkat memberi kesedaran yang tinggi kepada semua ahli Persiap yang hadir...InsyaAllah.

Saya mewakili AJK Penganjur memohon maaf sekiranya sepanjang program ini berlangsung ada ruang-ruang kelemahan yang tidak disengajakan...sesungguhnya dalam proses pembelajaran dan penambahbaikkan pasti kelemahan dan terlepas pandang ini akan berlaku. Ini semua memberi impak positif dalam usaha kita memberi yang terbaik untuk seluruh ahli Persiap.

Saya sentiasa membuka ruang dan memberi peluang kepada seluruh ahli Persiap untuk menyuarakan pandangan dan cadangan yang positif demi memperkasakan PERSIAP yang kita sayangi..di ruangan ini saya mengambil kesempatan menzahirkan jutaan terima kasih kepada semua AJK pengelola yang telah berusaha menjayakan program yang murni ini...tidak lupa kepada Pengarah Penjara Wanita Kajang Puan Zainah Bt Pardi, Pengarah Institusi Zon Melaka yang banyak membantu dan hadir memberi sokongan dan bantuan. Tanpa komitmen yang padu dari semua pehak program ini tidak dapat dilaksanakan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada Chef Hj Rahman dari ADABI yang hadir memberikan semangat walaupun dalam kesihatan yang masih belum stabil...semuga hubungan kerjasama antara PERSIAP dan ADABI akan berterusan dan tidak dilupakan pehak PETRONAS yang turut menyediakan kemudahan memasak. Untuk majalah NONA dan RASA diharapkan dapat lagi meneruskan kerjasama ini dimasa-masa akan datang...

Kepada semua pehak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung diucapkan setinggi-tinggi terima kasih...semuga segala usaha murni ini mendapat keberkataan dari Allah SWT.

Sekian salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami.

Ikhlas Selalu
Noraini Bt Hj Man

Wednesday, August 11, 2010

~* Pertandingan Nasyid Puspanita KEMENTERIAN DALAM NEGERI *~


Tanggal : 6 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 9 Pagi
Tempat : Dewan Balora, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.


Buat julung kalinya PUSPANITA KDN menganjurkan Pertandingan Nasyid. Pertandingan ini anjuran Biro Agama dibawah Puspanita Cawangan Kecil JIM. Sekalung ucapan tahniah dan syabas kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan yang baik dan sempurna.


Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Puspanita KDN Ybhg Datin Sri Hajah Nabihah Bt Hj Hassan dan seterusnya merasmikan Pertandingan Nasyid kali pertama ini. Turut serta dalam majlis ini ialah Tim Pengerusi Puspanita Ybhg Datin Jasiah..Ybhg Datin Masitah..Ybhg Datin Zahrah dan pengerusi cawangan kecil Puspanita KDN.


Suatu permulaan yang baik...penyertaan enam kumpulan dari Puspanita cawangan kecil iaitu:
- Puspanita Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia
- Puspanita Cawangan Kecil AADK
-Puspanita Cawangan Kecil JPPM
-Puspanita Cawangan Kecil Ibu Pejabat KDN
-Puspanita Cawangan Kecil JIM
-Puspanita Cawangan Kecil JPAM


Alhamdulillah..untuk Pertandingan Nasyid Puspanita KDN yang julung kali nya ini..rezeki kejayaan telah berpehak kepada Pusapanita Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia. Terima kasih atas daya usaha semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjadikan kejayaan ini suatu realiti yang cukup bermakna.


Saya dan suami merasa cukup terharu dan amat berbangga dengan komitmen yang tinggi yang telah dizahirkan oleh semua yang terlibat. Tahniah kepada Kpl Jamil..Kpl Marsidi serta mendapat kerjasama dari En Shariman.. pesara Jabatan Penjara Malaysia yang berusaha gigih menjadikan kedua-dua lagu ini dinobatkan sebagai Johan. Lagu bertajuk PESANAN IBU dan IMAN PEMBIMBING SEGALANYA membawa tuah kepada kumpulan nasyid "NUR 'AIN''.


Tidak ketinggalan ucapan terima kasih saya dan suami zahirkan kepada Tn Mat Zait selaku pegawai penyelaras..Sjn Salmah yang membuat pemantauan secara keseluruhan..Kpl Sukri dalam bidang PA Teknikal...dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyumbang kearah kejayaan kumpulan Nasyid 'NUR' AIN'.


Teristimewa untuk enam anggota Kumpulan Nasyid NUR'AIN...tiada bicara dapat saya lafazkan untuk menzahirkan kesyukuran dan jutaan terima kasih atas segalanya...pengorbanan masa..tenaga dan wang ringgit yang telah dicurahkan memberi makna yang cukup mendalam dalam jiwa saya...inilah hasil yang kita semua perolehi apabila kita melaksanakan sesuatu tugasan dengan penuh rasa KEIKHLASAN dan sentiasa berada diatas landasan yang benar...InsyaAllah..pasti Allah mempermudahkan segala urusan kita.


Tempat ke dua telah dimenangi oleh Puspanita Cawangan Kecil JIM dan tempat ke tiga disandang oleh Puspanita Cawangan Kecil AADK....Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya...juga ucapan tahniah kepada semua kumpulan yang menyertai pertandingan ini...Anda semua terbaik diantara yang terbaik.


Salam kasih sayang dan IKHLAS SELALU dari saya dan suami...


Ikhlas Selalu
Noraini Bt Hj Man

Tuesday, August 10, 2010

~ Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah ~


Di bawah aktiviti Biro Kebajikan PUSPANITA KDN lawatan telah disusun ke Pusat Jagaan Baitus Sakinah Mahabbah pada 27Julai 2010 yang lalu. BAITUS SAKINAH WAL MAHABBAH adalah nama yang istimewa kerana ia bermaksud RUMAH KETENANGAN DAN KASIH SAYANG. Rumah ini ditubuhkan pada awal Januari 2009.

Pusat ini ialah sebuah Pusat Jagaan berbentuk sistem asrama dan berkonsepkan kekeluargaan yang diujudkan untuk menjaga, mendidik golongan kanak-kanak dan remaja dibawah umur 20tahun dari kalangan anak-anak yatim, golongan susah/fakir miskin, OKU, anak-anak kepada pesakit kronik( Sakit jantung, injap bocor,kencing manis, asnaf zakat serta remaja-remaja yang tercicir pelajaran.

Puspanita KDN mengambil pendekatan untuk membantu semampunya anak-anak ini. Kehadiran hampir 60 orang ahli Puspanita KDN menyimpul sejuta rasa gembira untuk anak-anak ini. Puspanita KDN juga akan menyumbangkan baju raya kepada anak-anak ini. Kesempatan yang ada ahli rombongan sempat makan tengahari bersama anak-anak yang baru balik dari sekolah.

Penyampaian duit raya dari Ybhg Datin Seri Hajah Nabihah selaku Pengerusi Puspanita KDN...turut serta dalam ziarah ini ialah Ybhg Datin Jasiah selaku Ketua Biro Kebajikan..Ybhg Datin Zahrah..Pengerusi-pengerusi cawangan kecil Puspanita turut hadir.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari Web: www.baitussakinah.org

Sebarang pertanyaan dan urusan bolehlah menghubungi:
Puan Kartini Maarof
(Penyelia & Kaunselor)
H/P: 013-2556062


Puan Ummu Ammarah Asmid
(Pentadbiran & Pegawai Perhubungan)
H/P: 019-5172798

Ikhlas Selalu...
Noraini Bt Hj Man

~ Durian Kunyit ~

~ Raja Buah ~
~ Digemari Ramai Orang ~
~ Tak Kurang Yang Pening Dengan Bau Nya ~
~ Ada Juga Marah-Marah ~
~ Kerana Bau Nya Tidak Semua Orang Suka ~
~ Anak-Anak Ku ~
~ Ada Tak Pe..Kalau Tak Ada Lebih Nyaman ~
~ Suami Ku...Kalau Ada Dia La Paling Banyak Makan ~
~ Suka La Tu ~
~ Aku ~
~ 50/50 ~
~ Tapi Setelah Merasai 'Durian Kunyit' ~
~ Rasanya Lain Dari Yang Lain ~
~ Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ~
~ Jangan Lupa Cari Ya ~
~ Wajah Dalam Artikel Ini Dapat Membantu Anda ~
~ Selamat Menikmati Keenakkan ~
~ DURIAN KUNYIT ~

Ikhlas Selalu..
Noraini Bt Hj Man

~ Sjn Awi ~

~ Sjn Zawawi ~
~ Mesra Dengan Sapaan 'AWI' ~
~ 24 Tahun Yang Lalu ~
~ Masih Tidak Berubah ~
~ Seperti Dulu Juga ~
~ Mesra ~
~ Tidak Berkira Bab Kerja ~
~ Suruh La Apa Saja Yang berkaitan Dengan Kerja ~
~ Pasti Tidak Pernah Menghampakan ~
~ Suatu Masa Aktif Dengan Sukan Tenis ~
~ Sekarang Tidak Lagi ~
~ Kadang-Kadang Katanya ~
~ Mengapa ~
~ Dah Tua Katanya ~
~ Mengenali 'AWI' ~
~ Suatu Memori Indah Untuk Ku Dan Suami ~
~ Ikhlas Selalu Dari Ku Dan Suami Serta Anak-Anak Untuk Sjn Awi Sekeluarga ~

Ikhlas Selalu
Noraini Bt Hj Man

~ Kenangan Mengusik Jiwa.... Selamanya ~